.A STORY.: December 2011
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Friday, December 30, 2011

Thursday, December 29, 2011

Assalamualaikum wbt.


Selalu betol update blog kan. Sebab aku banyak sangat waktu free yang aku perlu isi dengan study. Nama pun study week. Tapi aku bukanlah robot sebab perlu jugak otak aku rehat. Biasa nya kalau rehat otak samada layan fb atau pun isi blog dengan entri diari harian. Eh, blog aku, suka ati aku la kan. Huhu.

Apabila rasa syukur itu wujud...segala yang kita buat akan lebih rasa tenang dan senang. Betol. Seperti entri yang lepas aku ada mengatakan rasa ketidaksyukuran aku yang teruk itu. Maafkan ku mak abah.


Tapi bila hari ini asek berkoling dengan mak dan abah..timbul rasa syukur dalam diri dengan apa yang mereka dah beri pada aku. Sebab aku rasa lemah semalam semua nya sebab nafsu yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Dan petang tadi aku nekad...walau macam mana pun...aku mesti terus bawak kereta manual tu! Mesti jugak pergi jalan-jalan malam ni dengan kereta tu. Ni semua gara-gara pinjam kete abang 2bulan, then dah takut nak bawak manual lek. Cis. Sebab abah dah bagi kepercayaan kepada aku. Kenapa aku nk sia-siakan...


Dan alhamdulillah...seperti lebih kurang 2 bulan lepas..aku dapat memandu kereta itu dengan baik. Tak perlu nak drift. Cukup sekadar keperluan aku. Bukan terlalu lambat..bukan terlalu cepat. Sedang-sedang aje. Practices make perfect. kan? Kalau aku tinggalkan kereta manual, sampai bile2 pun aku tak cekap kan. Bukannya tak boleh. Cume rasa tidak bersyukur tu buat aku lemah. InsyaAllah...kalau ada waktu dan ketika..aku akan pergi check up kaki aku. Semoga dapat legakan semua pihak. Pihak aku..dan pihak kedua ibubapa.

But of course, kereta wira lama..mestilah ada yang tak kena seperti bunyi-bunyi apa ntah. Tapi satu persatu la kan..baiki satu persatu. aku pun bukannya pernah baiki gune duet aku pun. Semua pun abah aku tanggung berkenaan kereta tu kecuali minyak. Jadi oleh sebab rasa lega sebab pemanduan yang lancar tadi semasa pergi isi minyak dan ke kedai-kedai di Seri Serdang, aku harap dapat study dengan tenang dan senang.

Sebab rasa syukur itu banyak nikmatnya. Sepetang tadi fikiran aku tak tentu arah kerana semua ini. Dan kini, aku lebih tenang. Semoga dapat belajar dengan baik. Amin...

Petang Khamis yg Sejuk


Wednesday, December 28, 2011

Mak Abah Maafkan ku kerana tidak bersyukur

Assalamualaikum wbt


Diam aku terduduk dalam kereta pukul 8.15pm tadi. Yang kedengaran cuma deruman enjin yang baru di start. Hanya membiarkan ia memanaskan enjin. Termenung jauh aku dalam keadaan gelap dekat dengan tempat jaga kolej. 


Dalam hati berdebar-debar. jantung terasa berdegup cepat sedikit. Ya Allah...rasa seperti nak menangis.. kaki aku terasa terketar-ketar. mencari clutch, break dan minyak. Tiada kekuatan. Langsung tak de kekuatan. Sebab tu orang kata alah bisa tegal biasa. Eh?betol ke? Abang datang tukar kereta semalam. Selama hampir dua bulan memandu kereta auto membuat aku takut untuk membawa manual kembali. Tak tahu kenapa. Rasa sangat takut. selepas memanaskan enjin, niat untuk membawa kereta berjalan-jalan sekejap terbatal di situ sahaja. 



Maafkan aku, especially to mak dan abah. Sebab tidak bersyukur dengan apa yang diberi. Dah diberi betis nak paha. Dah diberi kereta, demand nak auto. Sedangkan sebelum ni aku bawak manual selama sebulan oke jek. Tapi kekuatan itu dah tak kembali. Menangis mengadu dalam telefon hanya merisaukan mak dan abah. Maafkanku...


Maafkan aku..kerana tidak berterus terang tentang kecederaan di betis pada awal tahun 2011 aritu. kaki aku dah tak kuat. untuk tekan clutch itu. Bersukan jugak mungkin dah kurang boleh aktif. Mungkin setakat main sikit bolehla. Aku sedih. Sebab tu bila kawan tanya kenapa aku dah tak nk interkolej hoki, aku jawab sebab bz. Tak..sebab kaki aku dah tak kuat. Aku takut kalau bertambah sakit tulang tu. Delayed union or nonunion? Mungkin. sebab tu ada terasa sakit walaupun dah hampir setahun.

dan atas sebab-sebab tersebut aku terasa penat membawa kereta manual. Maafkanku merisaukan mak dan abah. Selalu merisaukan mereka. Jahatnya aku. Aku tahu tu kereta kesayangan abah. Tapi tak salahkan nk tukar kepada auto? Wuwu..penatnya. 


Balik ke bilik dengan hati sayu dan sedeh. Pilu jugak bila pikirkan exam minggu depan. Kenapa otak aku terasa berserabut.

Hatiku mendung seperti ini. Hanya belog peneman untuk meluahkan perasaan yang tak terucap.
Semoga aku dapat tenangkan hati. Jangan menangis. (T,T)

Entri panjang ntah ape-ape takperlu baca :)

Assalamualaikum.


Selamat tengahari. Di Serdang kini tengahari yang tak berapa panas. Ada mendung-mendung gitu. Seronok dibuat tidor. Tetapi atas satu tanggungjawab besar iaitu mesti study terpakse korbankan untuk minggu lain. iaitu mungkin about 3 minggu lagi baru leh rest semase musim praktikal. (Haida bajet study, padahal tak sangat pun)


Oleh kerana kafe 17 ditutup untuk beberapa minggu?bulan? atau bile-bile la, jadi rasanya selepas habes final boleh ar turun berat badan 5-6kg kot? Sebab nye kena masak sendiri. Dan paling mendukacitakan adalah rumah kami tiada peti ais. Jadi makanan seperti sayur segar mungking akan kekurangan dalam badan. Tak elok nye untuk musim final ni. Makanan harian yang kering seperti telur, sardin, megi, nasi goreng adalah menu utama aku untuk minggu ni. Takpe. Haida tak kisah pun. Bab makan memang tak memilih selagi bley kenyang oke jek. Haha.


Semalam ade chat dengan ex-school mate die ckp baru habes present final year project. Oh, best nya korang. ramai jugak kawan aku yang dah habes belajar. Yang di obersea jugak ade yg dah habes belajar. Ni yang buat aku semangat sangat nk habeskan belajar. Sebab nak cepat-cepat keje. 

Tapi...kenapa ada yang dah keje nak sambung belajar yeh? Sebab katanya penat nya keja. Tapi belajar pun penat jugak. Penat otak sangat banyak. Takut-takut dengan lecturer lagi..stress exam lagi...tak paham ape benda lagi...macam-macam ah. 


my bf, walaupun result spm power..tapi takde rezki untuk melangkah ke universiti, tetapi rezki die datang dari segi lain. Dapat tawaran sambung belajar untuk kerja kerajaan adalah satu benda yang sangat bersyukur pada aku kerana die sudah ada 1 jaminan yang tetap. Walaupun bermula sedikit-sedikit sebagai penolong pegawai farmasi, kalau nanti sambung lagi 4 taun amek ijazah, leh jadi pharmacist. Itu rezki die kan? Sebab tu kalau kite tak dapat sesuatu, sebenarnya Tuhan ada sediekan rezki dalam bentuk lain yang mungkin lebih baik untuk kite. Selamat bekerja untuk dia!


Masa aku ngah study tadi (Haida bajet study over!) aku pikir, kenapa aku tak struggle study? Sebab aku ada baca sesuatu kat website mana ntah semalam cakap lebih kurang macam ni "Prinsip orang yang cemerlang tu ibarat itik yang berenang kat kolam or tasik or pantai?" Seriusly ini bukan kisah dongeng Stacy. Umpama tu memang sangat bermakna. Kat sini la SILA BACA . Kalau korang nk tahu ape maksudnya sila la baca kat situ ye. 

Haa..pastu aku pikir, aku terlambat dah ke nak struggle? aku ada 1 setengah tahun lagi untuk habeskan 5 tahun kat sini. Kemana hilangnya struggle yang sepatutnya aku cipta sejak 3tahun lepas? Apa yang aku buat 3 tahun lepas? Kat sekolah aku dulu, aku suka la belajar. Haha. Yeke? Sebab kat sekolah dah ada tetapkan waktu untuk belajar semua. Di matrikulasi dan universiti pulak? Adakah ini culture shock yang aku sendiri kena ubahsuai jadual sendiri dan cari masa sendiri untuk belajar sebab tu aku kurang excellent in vet? OMG. What to do..Result test aku baru-baru yang lepas ni buat aku pikir semua ni. Atau! salah satu sebab ialah mungkin kelemahan aku dalam English? Ye mungkin jugak. Tapi itu bukan masalah utama sebab masalah utama ialah aku salah jawapan. Bukan salah grammar bagai. Sebab ingatan aku lemah? Ingatan aku kepada nombor adalah lebih baik daripada ingatan kepada perkataan. Kenapa aku dah faham tapi kurang ingat. Faham tapi tak ingat adekah sama seperti tak faham?


Dan paling aku pasti dan pasti adalah, aku suke study dalam bilik yang tiada orang. Sebab kalau ada orang, pergerakan orang yang ada tu akan buat aku hilang fokus. Apa boley buat aku duk hostel yang kena kongsi la dengan orang lain. Bila dalam keadaan macam ni...ada 1 benda yang aku rindukan iaitu memori di SEMESTA. Aku rindu semua. Semua. Tak kisah pahit atau manis. Haida over! Huhu. Kenapa aku tak rindukan KMJ? mungkin sebab setaun jek kot. Ape la sangat. kan..hehe. 



P/s: pilih kos yang anda rasa anda akan do the best. Ini sume pasal ikot orang la aku ni nak kos ni. Haha. Tapi ingat, Tuhan yang tentukannya, kita merancang je.Patutnya 4 taun lepas aku pikir semua ni. Cis.
Ketika buang masa.

Korang suke buang masa macam aku nie? Haha.

Tuesday, December 27, 2011

Percutian ke rumah memang seronok kan?

Assalamualaikum.


Salam sejahtera! oke hari ini aku dah mula bajet2 nak struggle study. After aku taip ni mesti terus struggle. Kah3. Itu bukan aku. Aku kan relax2 jek orangnya. haha. Worait. 


Dalam banyak2 tempat, percutian berjumpe family is the best thing in my life. Ponteng cc pada hari jumaat lepas memang semata-mata untuk pulang ke Pahang. Tapi bile memikirkan untuk final minggu depan terpaksa balik. Sebab aku memang tak leh study kat rumah. Sebab dari tingkatan 1 dah terbiasa balik rumah untuk berehat. aku rasa bebudak asrama lain pun macam tu jugak kot. sebab kat sekolah la study prep bagai. Balik rumah masa time cuti jek. thats why kat rumah tak de masa nak bukak laptop sume. sebab kat rumah ada family. boley chit chat. Tapi 3-4 hari lepas aku balik Mentakab. Hehe. Pergi kenduri sana-sini macam orang tak ingat nak exam jek. Dah sampai ari isnin baru cam rasa gelabah dalam hati sorang-sorang sebab tak study lagi. haha. Okeh. Takpe. 

Seronok tengok orang kahwin. Haha. Walaupun untuk aku lambat lagi kot. 2 taun lagi? InsyaAllah. Amin...Dan seronok membawa rombongan pengantin.

Sekarang aku nak bagitau. Kenapa percutian kat rumah sangat seronok?


1. Nak makan tak payah nak pergi keluar. Berlitup semua. sebab kat dalam rumah kan. Pergi la dapur. Kalau ade makanan makan jek la. Kalau takde pandai-pandai la masak kan. 

2. Kat rumah tak de orang nak ganggu. Sebab aku tak de adik. Abang aku pun duk luar ngn bini dia.

3. Kat rumah ada tv yang boleh on off bila-bila masa.

4. Kat rumah kan aku rasa tempat yang paling selamat. 

5. Kat rumah boleh buat apa-apa jek. Nak tido kat mana-mana pu takpe.

6. Kat rumah aku suka sebab udaranya nyaman. Tak macam kat kota. Haha. Oke. tukar..tak macam kat bandar...banyak asap. Kalau duk rumah terasa kulit seperti bayi. Kah3. Tak la. Kat rumah aku udaranya nyaman. Sebab dekat dengan hutan.

7. Kat rumah ada mak dan abah. Kat rumah mentakab ada bakal family. InsyaAllah. Amin.

8. Sebab aku dilahirkan kat dalam rumah. Sebab tu aku suka rumah aku walaupun aku jarang balik rumah Pahang kalau bukan cuti yang panjang.

3-4 hari lepas...

Gambar perasan.

Nama dia Nur Qisha Uzma. Anak buah si dia.

Kami pergi kenduri.

Membawa rombongan pihak lelaki.

Kagum dengan hasil seni. Aku lah peminat seni. Haha

Ini jugak. Sangat cun la tembikai.

Kami memang bajet best jek.

4 dara pingitan. Oh. Kakak yang baju purple pink seorang pengantin baru.

Ke kenduri anak pakcik yang sudah bersunat. 


Hihi. Aku memag suka berjalan. dan paling penat adalah drive kereta dari Pahang ke Serdang. Ohoho. Paling geram masa aku drive kereta, bf aku tido sebelah then dia kata.."penatnya tido. bangun2 tak sampai lagi..bangun2 tak sampai lagi..." Cis. Lambat ke aku drive? huh!


Babai. Masa untuk study dah lama sampai. 

Wassalam!

Tuesday, December 20, 2011

Rindu Mereka- entri ketika dalam keadaan study

Saya rindu mereka. Seriusly. Haha.


Mereka yang selalu buat aku terhibur dan kadang-kadangkala rasa terganggu. Tapi tetap sayangkan mereka.

Mereka yang kurindui. Haha. Bukan adik kerana aku anak bongsu. Dah tentu la anak buah! Saat2 stress beginilah datang kerinduan itu. Ahaha.

Zara Amani yang suke senyum!Betol. Rindu nak dukung! Haha

Firas Umar. Selalu bergadoh ngn die. haha. Tak matang tol.

Burung-burung bertenggek.

Jangan salah sangka. Ini bukan burung sebenar. Ini ciptaan tuhan yang Maha Agung. Nama pokok ini "Pokok Burung Bertenggek". Marilah datang ke rumah saya dan melawat. Haha.



p/s: Aku maksu yg garang. Haha.

Sunday, December 18, 2011

Perkara Sama Berulang Selama 2 Minggu

Dan perkara yang sama berulang-ulang terjadi lagi.

Sampai bila aku nak macam ni pun aku tak tahu. Sedangkan setiap hari masa berlalu dengan pantas. Perlu ke aku ikut mood ni? Kalau aku tak ikut, dan aku paksa diri aku, sama je macam aku tak buat apa-apa. OMG. Atau tu hanya perasaan aku? Mungkin kalau aku ignore mood malas aku tu, aku boleh fokus? Sebenarnya bukan masalah boleh fokus atau tak, tapi boleh mula atau tak jek. KENAPA AKU MALAS SANGAT NAK MULA STUDY NI? kalau aku ni genius aku tak kisah lah. ni tak..kalau tak study memang hancur la aku. hahah.

Perkara ni bermula sejak minggu aku habeskan rotation ward dan surgery. Sejak tu aku dah niat nak study2 awal2. Sebab final exam aku mase tu lagi sebulan nak hadirkan diri. Tapi sekarang dah 2 minggu berlalu. Dan aku masih tetap sama. takde mula study struggle bagai, sedangkan final exam aku lagi 2 MINGGU! Banyak untuk dicover tapi aku masih relax?? Kadang cemburu tengok orang lain yang rajen study. Rumate aku tidak! Sebab die memang genius. Serius aku tak leh ikut die. Seriusly!


dan setiap hari, sebelum tidor pada sebelah malam, aku sempat lagi memasang niat. "Oke, kunci alarm pukul 4 pagi. Nanti kena bangun jugak sebab dah tdo awal ni kul 11 malam. Kena study start dari esok!" 

Tuttututut...alarm berbunyi. Kul 4 pagi. Tangan matikan alarm sambung tido. Dan setiap hari berlaku benda yang sama. Bila dah lepas kul 6 pagi, bangun2 nak kena siap-siap ke kelas. iron tudung lagi. kemas barang nk g kelas ag. Pastu keluar rumah dan ke kelas. oh. Tak mula study jugak.

Kemudian dah habes kelas. Balik around 7pm, niat..."oke! start malam ni kul 9 sampai 12 or 1 kena study!" lepas makan malam sume, bukak laptop, fb, blog, stalk blogshop, pc game..tup2 dah pukul 12. Oh! aku tak study lagi! takpe la...sok pagi kena bangun awal nie! kena gak study walaupun sikit. kul 12 dah ngantuk! tido la dulu! pastu perkara pagi terus berulang seperti yang sama.

What should i do? aku ke yang tak pasang niat dengan betul?ye..mungkin. dan sampa bila harus begini? sedangkan waktu aku menaip ini jugak aku dah memasang niat untuk study but the mood is not coming?Bukan salah mood. salah diri aku. 



sebenarnya, kalau ada minat, ape2 pun aku mudah dan smooth. Kalau aku minat shopping. walau macam mana pun, aku tetap akan pergi walaupun aku penat. Bukan bermaksud aku tak minat study. but, mungkin aku rase aku memerlukan rehat yang lebih. sebab setiap hari aku rase diri aku sangat penat. sangat sangat. Sebab bila kita study, kita menggunakan otak lebih daripada kita keluar bershopping. Sebab tu aku rase dengan keadaan penat, untuk study adalah kurang. 


Gambar yang masih tiada kena-mengena. Sebab aku sendiri tak tentu hala tentang pengurusan masa. Oh, origamiku..bila mau siap? Ada plak masa buat origami. Itulah aku. huh!


kadang-kadang terfikir, aku tak banyak terpikirkan jawapan apabila orang bertanya tentang sesuatu adalah sebab aku ni kurang membaca. Oke. entri ni ditulis sebab nak menyahut marilah kita rajen membaca. ahah. tetibe tak pasal2. oke. sudah gile. 


~sedang mencuba membina mood study. (T,T)

Wednesday, December 14, 2011

Nera AF9 Hatiku Milikmu

Disebabkan Cerite Cinta Elysa dah habes, lagu ni pun duk terngiang2 kat kepala aku. Lepas ni tak de la a nak tengok Johan Asari kt Cinta Elysa lagik. Ahaks. But cerite ni aku suke. Tak miss! Hehe.


Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu

Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku


Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu


Nafasku terhenti bila melihat dirimu

Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau

Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu

Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


Bagai bahtera yang dilanda badai

Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku


Aku coretkan kenanganmu

Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini




Mood:

Assalamualaikum...


Malam yang free. Suasana yang nyaman. Keadaan yang tenang jugak.

Nak tanya sikit, mood tu penting ke untuk buat sesuatu perkara? Tak boleh ke mood tu kita bina semasa buat sesuatu? Teruk nya terasa diri sebab rasa membuang masa setiap hari pada minggu yang aku free ni. Thats y aku pelik, kenapa mood study tu susah sangat nak datang. Atau aku perlu paksa dan mood tu akan wujud? Nak kata result oke sangat tak pulak. Carry mark boleh2 gitu jek. Tapi still, MOOD SAYE TAK DATANG LAGI!! Bile mau datang? Semua kata-kata ini luahan dalam hati. Tapi anggota badan still duk malas lagi. So teruk. Ingat ye, kalau nak jadi pelajar yang bagus, mestilah jangan ikut cara aku. Sebab aku suka buat sesuke hati. Hehe. Ikutlah budak scorer. Aku budak biasa2 jek. sebab sikap aku la. malas dan suka nak ikut mood.


Entri ni paling bosan aku pernah taip. Jadi baik stop bace dan pangkah. Haha.



Kata-kata jiwang? dari aku.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepian pantai, tapi kalau dah situ je yang ada tanah kosong, binalah rumah yang kukuh bahan binaannya. ohoh!




The best photo dari handphone aku yang lame.(aku mane ade dslr bagai).Ahaks.


Bukan senang untuk buang yang pahit sebab kadangkala perkara pahit itu datang menghantui dan menghasut hati. My jiwa rasa perit. (T,T)...rasa itu kadang datang dan pergi.

Monday, December 12, 2011

Perkara tentang aku

Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang aku if korang nak tahu. Kalau tak nak tahu tak kisah. Ahaks. Antara perkara yang buat aku rasa geram dan annoying:


1. Bila nak cepat taip msg tibe2 tertekan sumthing kat button handset tu yang buatkan msg yang aku nak hantar tersave dekat draft. Rasa geram.

2. Bila aku menjawab atau melayan sebagai seorang sahabat tetapi orang cakap aku perasan dan sengaja cuba nak menggoda. Annoying.

3. Bila aku nak study yang last minute punye study tetapi terpaksa dengar orang dok cerite tak henti2 dekat aku. Rasa rimas.

4. Bila aku tengah tengok movie orang datang duk cerite itu ini yang tak de faedah. Annoying.

5. Bila salah orang lain tapi aku yang kena. Aku bengang.

6. Bila aku terlambat bangun pagi dan kelas pulak dengan lecturer yang garang. Aku bengang dengan diri.

7. Bila aku buat salah dan mintak maaf, dan orang tu layan aku macam hampeh masa mintak maaf. Lantak kau.

8. Bila aku bagi idea dalam kalangan budak2 pandai then idea aku yg mungkin diaangap seakan macam orang bodoh punye idea ni tak dilayan langsung. Rasa sedih dan rendah diri. Oh! pernah terjadi dan sampai sekarang kalau aku group dengan budak2 scorer aku takkan bg idea. Lantak ar.

9. Aku susah jatuh hati. Sebab tu aku layan korang sebagai kawan semuanya. Dan jangan salah anggap dengan sikap aku.

10. Aku banyak rahsia dalam hati yang aku hanya kongsi dengan orang yg aku sayang. 

11. Benda yang aku akan buat kalau stress adalah bukan makan.

12. Dulu seorang yang sangat mudah terasa hati, tapi kini tidak sedikit demi sedikit.

13. Oh! Benci dengar orang hempas2 pintu atau pun hentak2 barang depan aku.

14. Tak suka bila penat. Sebab aku tak boleh buat apa2 kerja kalau penat, rasa nak marah. Sebab tu suka elakkan penat dengan tidor.

15. Lastly, tak suka orang kutuk aku depan aku, kutuklah belakang aku takpe asalkan aku tak tau. Sebab aku tak dengar. Tuhan je tahu.

p/s: Aku manusia biasa. Terlalu banyak kelemahan yang perlu dibaiki.




Ada waktu gembira dan sedih selama kami berkongsi segala macam hal selama 6 tahun. 
Kalau korang tak suke tengok, tak payah tengok. Aku tak kisah. Sebab aku yang suka dia. Haha. Serious. Tehee! ;)

Sunday, December 11, 2011

Ada Teringin

Asslamualaikum.

Best wo sebab hujung minggu yang tenang dapat berehat2 dan berpoye2. 


Senang hati bila keluar dengan yang tersayang. Senang hati dapat buat die tersenyum.

Tapi, bila balik ke bilik.. teringin jugak aku nak rajin study. teringin jugak nak setel semua nota dibace untuk final. Memang sangat teringin untuk jadi seorang yang rajin, suka dan mudah untuk study. Bila orang tanya semua benda pun tahu. best jugak jadik macam tu.


Tapi, bile dah sampai bilik.. keinginan yang ada cume dalam hati. What should i do? Gerak geri yang masih malas. oh, no! Aku blurr sekarang. so aku rase nilah masanya untuk aku sedie untuk tahun depan. Kalau bukan sekarang bile lagi? (Atau kata2 ni hanya tersemat dalam hati?) Uh...




p/s: Aku tak mahu stress dan tak mahu memakse diri. Biar seadanya. (^,+)


Thursday, December 8, 2011

Tuesday, December 6, 2011

Hari Selasa

Terkilan.  Dengan beberapa perkara untuk hari Selasa sepanjang siang tadi sampai senja ni. oh!
Itu jek perkataan untuk masa ni. Selamat tidor. (tidor awal kerana ada sebab-sebab tertentu).


Bye.

~Sorry to say.

Monday, December 5, 2011

Saya Rasa Marah

Assalamualaikum n Selamat malam!

Sedang kenyang. Takut mengantuk n tertidor, so ape lagi...duk mengarang cite yg entah pape je la kan. But today adelah hari marah aku. tataw nape but terasa sensitif sangat2 sebab kat dalam surau pun kau nk sakitkan ati aku ke? 


Aku tak kisah la aku memang tak cantik pun. Kalau aku pakai bedak pun, tak payah la nk cakap..."tak lawa pun"...memang la aku xlawa pun. oke takpe..aku pakai bedak ke...lipbalm ke...lipgloss ke...aku untuk kepuasan aku sendiri. bukan nk tunjuk kat kau. kalau kau rase annoying nampak aku pakai bedak, so tak payah la tengok. boleh?



Memang aku rase teruk sebab nk tulis kat belog pasal nie. Tapi aku nak readers tahu jugak...jangan la kita bergurau sampai boleh membuatkan seseorang tu rasa jatuh air mukanya. Hahaha, faham ke? oke, tak faham xpe. 



Aku cite2 kat bf aku pasal tu. pastu die kate kalau die tak de rase ape2 pun. Mungkin jugak sebab die seorang lelaki. Atau sebab aku yg over nk terase ke? Hahaha...tak lah. Sebab die memang selalu buat aku rase rendah diri. Lepas tu dalam kelas nk kutuk group aku punye form plak. Sian Aini. Die yang buat form tu. Amek kau kan da kena sound direct je ngn dak grup aku yg len. Pastu baru nk cover2 cakap kau gurau jek. Terlajak perahu bley ar suh tarik ngn tali, terlajak kate...ko ludah jadi air liur je la...haha..


Oleh sebab aku rase terkilan dengan sikap kau, aku rase better aku tak payah bercakap sangat la kot. Silent is better than singing?? Haha. Aku malas nk rase marah kat orang sebenarnye. Sebab banyak lagi rasa yang aku perlu rasa yang lagi best drpd rasa marah. Kan?


~Aku perempuan biasa yg ada semua perasaan. Walaupun aku sukakan gurauan dan kelakar, but ade batasnya..jgn jadikan gurauan korang kepada benda serius, if bergurau buat care bergurau. bukan cara jatuhkan air muka.

~Aku sedar aku tak cantik mana. Tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada.


Study and My Life tidak berat sebelah

Assalamualaikum..

Tengok2 facebook ade budak kelas ckp, "test 3 surgery result dah keluar kat lms." rasa berat nk check kat lms tu. sebab aku teringat pada hari surgery test3 tu aku sedang dalam ward rotation. pagi tu after siapkan keje kat ward, aku rase sangat sedeh n stress. never feel like that. sedih sebab tak sempat nk study dengan bersungguh. sedih sebab aku penat dan tertido malam tu. sedih sebab aku rase aku tak dapat nk cover ape aku belajar b4 this in a day. OMG. mase tu aku rase stress sebab hari tu nk keje lambat plak siap kat ward. aku nk bace after tu pun da letih sangat2.


Hari tu hari Rabu. Jadual aku pukul 8 kene tengok senior present. Aku tak pergi pun n ponteng sebab aku nk bace surgery. biasenya kalau ade dalam auditorium tu aku bukan dapat bace sangat pun. sebab orang ngah present kan. then, aku duk dalam kelas. tapi time tu tuhan je yg tau pasaan aku camane. aku nk nanges. nak nanges sepuasnye sebab aku tak dapat study. mungkin sebab aku rase stress. 

mase kelas therio, then tak leh pun nk tumpu. kawan tnye nape then time tu bele ngah stress tak leh nk jawab cume jawab nanti la aku cerite. Terus ke tandas. lame aku ke tandas. dalam 20 minit. mase kat tandas Syakie nampak aku then die tepuk2 belakang suh je aku nanges puas2. naseb baik Zuzu tolong signkan attendance sebab die kate tengok aku lame ngat kt tandas. TQ both of you. 

then, bile tengok result aku yang cukup2 je tu aku dah agak pun sbb memang hari tu aku sangat stress. dan korang akan expect result korang camane kalau jawab mase stress??? haha. that wat i got for my test3 result. asalkan lulus time tu pun oke sangat da. and also, time tu aku ngah pikir nak pegi sebuah bukit untuk jerit kuat2.  kadang2 aku rase aku ni over je nk stress. then dah masuk minggu ke 2 di ward, aku dah berjaya adapt dengan kebizian. mungkin jugak mase minggu kedue tu aku da kurang stress sebab aku da puas menangis mase minggu 1st. Lemah betol kan aku ni? tapi xpe sebab nya i think that is the best way aku leh hilangkan rasa stress n sedeh. kalau korang rase menanges tu boleh buat korang kurang beban kat hati, just menangislah. sebab korang akn feel better after that.

sebab bukan semua orang hatinye kuat untuk tempuh sesuatu tu. ade satu perkara menarik iaitu, mase mule2 aku sangat stress dan menanges2, then bile aku nak habes rotation ni pun aku rase sedeh sebab aku dah mule rase sayang pada haiwan yg aku jage. dejavu. Oh, rase macam dejavu plak. huhu..


oke! need to stay up tonite to study for test4 surgery! Good Luck for myself. Aku cume ade mase 2 malam untuk study surgery test4 nie.


cop! kenape tajuk entri aku study n life tak berat sebelah? haha. untuk pengetahuan korang, aku bukan jenis perempuan yg sentiase mengadap buku bace n bace. aku seorang yg sangat biase dan sangat biase semasa study. Bile aku nk keluar jenjalan, aku just keluar, bile aku nk tido, aku just tido. sebab tu aku cepat stress bile study tak habes. Mungkin!

Sunday, December 4, 2011

Ada Rasa Gembira dan Sedih

Assalamualaikum wbt.

Baiklah. Malam ni aku ingat aku akan rasa sangat gembira sebab dah habes rotation ward. Tapi jauh kat sudut hati ade perasaan sedih menyelinap dalam kalbu. Blueeekk..haha. Rasa nak muntah dengan ayat. 

Antara sebab aku gembire pada malam ni ialah, aku dah habes ward rotation untuk sem ni! jadi aku akan banyak masa terluang la. Haha. Bajet la kan. Gembire sebab aku akan boleh bangun pagi lewat sikit. ;P

Sebab aku sedih ialah, aku tetibe rasa rindu dekat Socks. Haiwan yg aku jage selama rotation tu memang banyak, but die ni sekor aku akan paling rindu sebab die sangat baik dan manje. Huhu. Mule2 bergenang gak sebab xdapat nk tengok die sembuh sepenuhnya sebab orang lain plak akan take over jage die. tapi over la plak kan nk genang2. But seriusly, if korang dah jage haiwan tu dari awal die masuk, mesti korang nk tengok die sampai sihat. kalau korang tak macam tu, ikut suke ati korang la kan...hahahaha.. but bile haiwan tu dah kenal n manje dengan korang, akan ade perasaan sedih bile korang dah xjage die lagi. Seriusly, i will miss Socks. Haha. Over la kau Haida!


Another things ialah lepas ni kena guna kereta manual semule. Sebab aku tukar kete ngan abang aku sebab kete die auto. Terbalik kan? patutnya lelaki la bawak manual. hahhahaha..Sangat malas la....sangat malas nk drive kereta manual. Dah mintak kat mak suh tukarkan manual tu ke auto. Tapi abah syg sangat kete tu. Hurmmm... Tak pun tak payah la bawak kete dah. hahahhaha...Aku bukan kisah pun naik bus sebenanye, but kelas kitorang selalunye kdg2 ade kelas ganti yg sampai lewat2, so, bus pun kadang2 payah nk ade. Aku bab2 nk tumpang orang tetiap ari mmg sangat segan sebena.. oh! What should i do? Kene berlatih balik kete manual ni!

Oke. Panjang ke aku tulis? Excited nk tulis sebab aku rase rindukan Socks. Haha.

Orang lain tak kan rasa benda yang sama dengan apa yang kita rasa. So, ini adelah rasa aku.

babai!

Saturday, December 3, 2011

2 weeks bakal berakhir

Alhamdulillah! Sebab bakal habeskan rota 2minggu. No komen untuk rotation ni. Hehe. Yang penting aku rasa mesti nanti aku akan rase macam mase terluang banyak sebab dah 2 minggu duk bz2 kalut2 siang malam. chewah. cakap nk berie. Huhu. Okay. 

Anyway tulis belog malam nie sebab nak ucap tahniah untuk Kak Ina "Selamat Pengantin Baru". Semoga berbahagia bersama dengan Abg Faizal hingga akhir hayat. hehe. Sori sesangat xdapat datang sebab ada rotation ni. Ape-ape pun minggu depan start rotation ICU. Again, weekend tak dapat nak berfoye2 la kan. Kalau setakat ke Alamanda, Mines tu oke la. Sebab tetibe ada emergency on-call plak kan payah plak

My best friends dari sekolah nak buat cuti-cuti Malaysia? Hehe. Sori korang sebab aku jarang da on Twitter. Aku mane ade Ipad ke..Iphone ke..tak dapat nk update2 selalu. Huhu. Kalau after aku praktikal oke la. Tapi after aku praktikal ade plak 2 minggu je cuti. Kompem la nk rehat habes2 kan. Takpe. nanti 2013 aku da grad jom p makan angin kat mane2. Hehe.


Kepada Naz, dah lame tak dapat bace belog ko. Invite ar aku. haha.


Oke. Untuk malam ni sebab mau buat assignment & study. Tak habes2 exam. Bace lebih pandai tak jugak. huh!

P/s: Entri yang tak tersusun dan entah pape. Sebab dah lame xde post baru so tulis jek. hehe