.A STORY.: September 2011
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Friday, September 30, 2011

Aku dan Online

Aku dah awal 4th year sekarang. Bz sampai tak larat nak bukak fb or blog. haha. tapi aku ada another 2 years to finish my degree. 2013, tunggu ek..hehe. OMG. cepatlah.

Note: But aku rasa praktikal adalah sumthing yang lagi best daripada duduk dalam kelas then dengar3.

Sunday, September 25, 2011

Dia

Aku sayang dia. Dia macam mana pun. Itu ini. Tapi tolong jangan burukkan dia. Sebab aku tetap sayang dia. Aku memang tak segan mengaku aku syg die. Orang nak cakap apa pun i dont care lah!huh!
Leisure time.

Monday, September 19, 2011

Beginning of Semester 7

Assalamualaikum wbt

Oh, rase macam dah lame gile tak menulis belog. Ada org kisah ke? Haha. Biarlah kalau orang tak kisah pun. Semenjak masuk sem 7 ni keadaan dah semakin bizi je gamaknya. Tapi untuk menghabeskan 2 tahun lagi, aku mesti kene cuba untuk adapt kan diri dengan semua ini. Sebabnya kalau aku tak leh adapt camane nak grad cepat kan? Kawan2 lain tahun ni dah final year. Best nye korang sebab dah nak habes degree dah. Oke tak pe. Pejam celik pejam celik taun depan aku dah final year.


Oh, lecturer dah ada suruh start pikirkan apa nak buat masa final year project. dan ikhlasnya hati aku menjawab bahawa aku langsung tak de terlintas apa-apa tajuk lagi buat mase sekarang. Yep, aku kene fikirkan dari sekarang sebab aku ada mase setahun lagi. Tolak dengan bizi tahun 4 ni lagi, dah tinggal 2 -3 bulan je untuk berfikir.



Seriusly, aku tak tau nak buat apa yang menarik. aku tak suka benda yang biasa sebenar, sebab aku minat sesuatu yang menarik. Tapi ofkos la kan aku ni nak bercakap macamla aku ni budak excellent je padahal CGPA pun biase-biase je. Dan ofkos lagi aku masih lagi keliru aku minat yang mana. Ruminant kah? Small animal kah? Equine kah? Wildlife? Exotic? Pharmaceuticals? OMG. Aku keliru sebab apa? Sebab aku tak de more exposure kat mane2 yang kat atas ni pun. Dan aku sendiri rase, eh! Aku minat mana ni? Semua pun aku biase-biase je. Tapi yang aku rase paling aku mudah sekali untuk buat program adalah kat kambing. Betol. Aku rasa kambing paling mudah handle. Dan aku rasa dah sampai masanya untuk aku lebih banyak membaca untuk lebih mendalami sesuatu itu. Rajin ke aku? Haha.



Ini wildlife. Kerja macam mencabar.


Ini small animal. Iaitu dog and cat. Aku biase je.
Ini lembu. Tapi lecturer aku ada mention ada sesiapa berminat dengan dairy cattle atau name lain nya lembu tenusu. Aku suka ruminant, tapi aku tak pasti aku minat dairy atau tak. Mungkin sebab aku more exposure on beef cattle or lembu pedaging kot.

Kambing.



Kalau ada macam ni mesti bajet2 comel jek!


p/s: Semua gambar aku kreditkan kat google image. Oh! nanti nak tules pasal keadaan rumah idaman. keadaan oke. hehe.

Friday, September 9, 2011

Quote of the day


"For every minute you are angry, you lose sixty seconds of happiness."

I don't want to lose it.

Just want to make my love happy

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat pagi semua. Semoga di pagi Jumaat ni kita lebih ceria dan baik dari semalam. Aku alhamdulillah sihat..



"Why bother trying to make people smile?

As I said in the opening paragraph the act of making someone smile touches the entire community. Try to think back to when someone last did something that made you smile or brightened your day? Do you remember how it made you feel happy and less stressed? Do you remember how it allowed you to be more friendly with your workmates, friends and family? A simple smile or friendly gesture by that stranger had an effect on your whole world, even if only for a few hours. It rippled through the people in your life. Quite amazing when you think about it.

So we know that making someone smile can change the whole community. But what else can it do? Why else should we bother trying to make people smile? Well there are a lot of reasons actually.

Firstly, it makes you feel good about yourself. When you make someone happy you really feel like you have done something good. So making other people happy makes you happier."


ni ayat aku amek dari sini.


Aku mahu buat dia bahagia di samping aku. Sebab bila aku tengok dia happy, aku tahu, barulah aku happy. Sungguh. Korang tahu macam mana rasanya bila kita dapat buat orang yang kita sayang tersenyum dan bahagia? Aku teringin sangat nak buat macam tu selalu.

Thursday, September 8, 2011

Lega

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..lega sangat rasa hati ku ini. Siap berbunga-bunga kembang mekar lagi. Haha. So gila kan. Sebab tadi baru lepas menelefon ibu kepada bf ku. Saja-saja. Tanya khabar itu ini. Dan berasa lega. Malat itu ini. Tatau nape. But rasa lega. Mak aku dah pesan, nanti kalau dengan mak mertua anggap macam mak sendiri layanannya. Faham? Walaupun aku belum berkahwin, tapi kena rapatkan silaturrahim. Betol x? Sayang kat family die!


Dan hari ini hatiku berasa lega lagi apabila kedua-dua report practical sudah disiapkan dengan jayanya. Kali ini malas letak gambar kat report. Sebab sengaja. Lagipun tak byk tangkap gambar sangat. Sibuk bekerja. Ceh bajet. haha.


Senja-senja begini rasa mata semakin kabur je ngadap laptop. Esok kena keluar la. Kena pergi kedai spek. Check silau. oh. Teringin nak buat spek baru la. Tapi nanti habes duit. Camane ney. Hadey.

Malam ni aku dah mula nak mengemas untuk pulang ke UPM terchenta (tercintakah?). Banyak sangat barang. Sebab satu habuk pun aku tak tinggal kat kolej aritu. So memang padan la muka kena bawak barang sangat banyak. Haish. Dah masuk tahun ke 4. Orang lain dah masuk final year. Aku belum lagi. 2 years to go. Semoga aku berjaya menempuhinya. Amin...

Tuesday, September 6, 2011

Hari Sibuk Menyiapkan Pelajaran. Haha

Assalamualaikum

Hari ini aku sibuk menyiapkan sesuatu yang berkaitan pelajaran. Sesuatu yang sepatutnya aku sudah siapkan 3 bulan yang lalu namun aku tangguh-tangguh sampai 3-4 hari lagi nak balik UPM baru terasa diri ini terhegeh-hegeh nak siapkan sedangkan orang lain dah siap study kan diri mereka untuk masuk tahun 4 Vet yang sangat menakutkan. Menakutkan kah? Aku kena belajar untuk study selalu kah? Oh tidak. Aku bukan minah study. Camane ni. Rasa macam nak lari bali ke 4 bulan yang lalu dan tersenyum saat habes menjawab paper final dan kemudian rasa gembira untuk pergi berpraktikal dan duduk di rumah bergoyang-goyang kaki.


Hehe. Kenapa aku masih sempat untuk menaip entri sedang ada dua practical report perlu disiapkan? Ye. Ni lah due practical report aku yang perlu disiapkan.



Itu adalah anak seladang kalau korang nak tau. Kalau sekali tengok macam anak lembu kan? Hehe. Tapi tu la anak seladang aku ulangi yek. hehe. Oke. Ini punye Jenderak Selatan punya cerita la. Practical selama 2 minggu. Oke. Relax je kat sana.




Ni sengaja nak buat kaler usang sedikit sebab memang da usang sangat dah practical nya, tapi report tak siap2 lagi. Kat sana memang kerja sangat-sangat lah. Memang kerja. Tapi cuma minggu last tu je kami macam tak berapa kerja sangat sebab kami punye supervisor cam bg kami relax je. hehe. Tu pakaian pekerja kat situ la. Kami yang berpraktical pun wajib pakai la. Jadi nampak la biosecurity kat sini kuat sangat la. Jadi, kitorang akan disembur ubat dulu sebelum masuk kawasan ladang. Oh. Lupe..ni ladang ayam di sesuatu kawasan di negeri Selangor. Ha, ayam yang korang duk melantak hari-hari tu ye. Hehe.


p/s: Dah habes taip entri ni, tetibe rasa nak tengok movie plak. Nampaknya practical repot tertangguh malam ni la. haish.

Injection

Assalamualaikum..

entri tak tahu nak tulis apa. Cuma sekadar untuk biar jantung berdegup tidak kencang. Cuma untuk itu. Terfikir kadang-kadangkala. Apa pun yang berlaku, sebenarnya adalah satu kehidupan. Oleh sebab aku tak mahu memikirkan sesuatu perkara secara complicated, aku luangkan masa untuk menulis. Supaya aku lebih meluahkan. Dan tidak memikirkan.


Sebab, setiap selepas aku meluahkan, hati aku tenang. Walaupun kadang-kadangkala aku berasa itu adalah satu rungutan.

Oke sudah tentang itu. entri untuk hari ini adalah untuk melihat keadaan sekeliling. Tinggal sorang-sorang di rumah hari ini rasa begitu bosan. Nak mengikut, malas sangat disebabkan keadaan muka yang masih belum sembuh. Insya-Allah nanti baru sihat betol-betol.

Semalam pergi ke klinik. Untuk cek ruam yang teruk di muka ni. Teruk sangat. Sampaikan doktor pun kate ni ruam teruk. Setelah bertanya itu dan ini, doktor pun inject aku. oh. Sungguh pantas die inject sampai aku xberasa pun. Selepas tu baru rasa kebas2. Selalunya masa kene inject, rasa juga sakitnya.



Takut juga kalau ada penyakit yang kronik. Tapi alhamdulillah. Within 3 weeks doktor kate mungkin akan sembuh la. Oke, tak pe la. Amin.


P/s: Tak boley nak sambung lagi atas sebab-sebab lain. Ada hal.

Monday, September 5, 2011

Keheningan Pagi Semasa Cuti di Hujung Tanduk

Assalamualaikum.. oh, akibat ketidak selesaan tidur pada waktu macam ni, disebabkan sesuatu keadaan, aku pun bangkit ke tandas, kemudian mencari sikat dan bio oil. Ku lihat muka ku seakan mengelupas. Namun, aku bersyukur sebab ada perubahan walaupun sedikit sahaja setelah aku menggunakan bio oil dan elastin E cream.


Tapi, kemudian ku membuka laptop. dan terus melihat tarikh hari ini ialah 5hb. Tak sampai seminggu lagi aku akan berada di rumah. merasa tanggungjawab untuk menunaikan ibadah menuntut ilmu datang kembali. Aku mesti mula untuk menjaga mental dan fizikal kembali. Aku akan kembali ke universiti setelah 4 bulan bercuti. Ye 4 bulan. Namun, tiada apa-apa perubahan positif yang aku lakukan, namun aku banyak belajar untuk berterus terang pada cuti 4 bulan ni. Aku juga mula belajar untuk:


Berfikiran positif
Menerima marah orang


Walaupun saat penghujung cuti baru aku mula untuk belajar, at least aku dapat sesuatu.


Terus dengan masalah ruam aku, walaupun ada sedikit perubahan positif untuk pagi sebelum Subuh ni, namun aku mesti pergi ke klinik juga. Untuk mengetahui apakah masalah sebenarnya. semoga aku ok semua.

Semoga aku diberi kesihatan yang baik, Ya Allah.
Amin~