.A STORY.: Beginning of Semester 7
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Monday, September 19, 2011

Beginning of Semester 7

Assalamualaikum wbt

Oh, rase macam dah lame gile tak menulis belog. Ada org kisah ke? Haha. Biarlah kalau orang tak kisah pun. Semenjak masuk sem 7 ni keadaan dah semakin bizi je gamaknya. Tapi untuk menghabeskan 2 tahun lagi, aku mesti kene cuba untuk adapt kan diri dengan semua ini. Sebabnya kalau aku tak leh adapt camane nak grad cepat kan? Kawan2 lain tahun ni dah final year. Best nye korang sebab dah nak habes degree dah. Oke tak pe. Pejam celik pejam celik taun depan aku dah final year.


Oh, lecturer dah ada suruh start pikirkan apa nak buat masa final year project. dan ikhlasnya hati aku menjawab bahawa aku langsung tak de terlintas apa-apa tajuk lagi buat mase sekarang. Yep, aku kene fikirkan dari sekarang sebab aku ada mase setahun lagi. Tolak dengan bizi tahun 4 ni lagi, dah tinggal 2 -3 bulan je untuk berfikir.



Seriusly, aku tak tau nak buat apa yang menarik. aku tak suka benda yang biasa sebenar, sebab aku minat sesuatu yang menarik. Tapi ofkos la kan aku ni nak bercakap macamla aku ni budak excellent je padahal CGPA pun biase-biase je. Dan ofkos lagi aku masih lagi keliru aku minat yang mana. Ruminant kah? Small animal kah? Equine kah? Wildlife? Exotic? Pharmaceuticals? OMG. Aku keliru sebab apa? Sebab aku tak de more exposure kat mane2 yang kat atas ni pun. Dan aku sendiri rase, eh! Aku minat mana ni? Semua pun aku biase-biase je. Tapi yang aku rase paling aku mudah sekali untuk buat program adalah kat kambing. Betol. Aku rasa kambing paling mudah handle. Dan aku rasa dah sampai masanya untuk aku lebih banyak membaca untuk lebih mendalami sesuatu itu. Rajin ke aku? Haha.



Ini wildlife. Kerja macam mencabar.


Ini small animal. Iaitu dog and cat. Aku biase je.
Ini lembu. Tapi lecturer aku ada mention ada sesiapa berminat dengan dairy cattle atau name lain nya lembu tenusu. Aku suka ruminant, tapi aku tak pasti aku minat dairy atau tak. Mungkin sebab aku more exposure on beef cattle or lembu pedaging kot.

Kambing.



Kalau ada macam ni mesti bajet2 comel jek!


p/s: Semua gambar aku kreditkan kat google image. Oh! nanti nak tules pasal keadaan rumah idaman. keadaan oke. hehe.

No comments: