.A STORY.: February 2012
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Saturday, February 25, 2012

Hati berbicara

A good girlfriend is not haughty, she’s not jealous, and she knows that it’s the little things that make the biggest differences..

i'm not a good girlfriend..but i really care about you.. 

saya seorang girlfriend kpd awk..
tapi saya kuat cemburu..
saya suka membebel..
saya suka tanya perkara yang tak penting..
saya pandai bercakap lebih tapi kurang lakukan apa yang saya cakap..
saya ingat saya ni girlfriend yang bagus..

sebab saya sepatutnya...
ada hubungan atas dasar kejujuran, kepercayaan, dan kesetiaan..
saya sepatutnya tiada buruk sangka..
saya sepatutnya tidak perlu risau dengan hati awak..
saya sepatutnya faham setiap keadaan yang awak alami..
saya sepatutnya faham diri awak yang sebenar...
saya sepatutnya faham saya suka awak bukan apa yang saya nak awak jadi..
tapi apa yang ada pada diri awk yang sebenar..

maaf..mungkin saya terlalu emotional..
tapi awak terlalu percayakan saya...terima kasih..
baru saya rasa macam mana rasa bila seseorang percayakan kita..
kita akan rasa lega..
awak selalu kata saya tak percaya awak..
sebab tu awak rasa tak lega..terukkan saya..
sepatutnya saya percaya awak... 


sebab..
kalau awak sayang saya..
kalau awak suka saya..
kalau awak rasa saya pilihan awak..
kalau awak rasa saya boleh menjaga awak..
kalau awak rasa saya boleh gembirakan awak..
kalau awak rasa saya menjadi sebahagian untuk kehidupan awak..
awak akan pilih saya..
walau berjuta orang yang awak kenal..
 
kenapa saya nak risau semua tu..
kenapa saya nak cemburu kalau awak kenal perempuan lain..
kenapa setiap kali awak berkawan dengan orang saya nak sibuk2..
kenapa saya jadi macam ni...
terukkan saya..


sebab tu sekarang saya dah tak nak cemburu...sebab kalau saya yang awak pilih, saya tetap jadi pilihan awak..
 saya bukan perempuan yang sempurna..
saya cuma mencari kesederhanaan...


tapi..saya berdoa..kepada Tuhan..
"semoga perhubungan ini beralih kepada sebuah perhubungan yang sah dan menjadi landasan untuk mendekatiMu..."

Tuesday, February 21, 2012

Mencuri Masa Menulis

Assalamualaikum wbt.

Selamat petang kepada yang sedang membaca petang. sebab aku menulis ni waktu petang. oke bebel.
Wooh! Petang ni sengaja mencuri masa menulis belog yang dah lame bersarang sikit lagi nak jadi tempat pembiakan nyamuk. uhuu.. nyamuk sukakan air jernih. oke. ngarut.

sebenarnya aku teringin nak kongsi sumthing ngn sesape yang membaca ni...iaitu program pembelaan aku selama 2 minggu di rumah campur ngn 2 hari semasa post mortem practical. iaitu pembelaan seekor ulat beluncas.


kisah nya begini....

Pada suatu hari, Cik Haida berjalan dengan sahabatnya iaitu Cik Zuzu dan Cik Aya. Kami baru sahaja keluar dari makmal post-mortem dan bergerak dengan laju menuju ke kafe kerana perut kami kelaparan kerana pada hari tersebut kehidupan kami di makmal tersebut agak lah free.. Kemudian, oleh kerana Cik Haida ingin meletakkan barang di dalam kereta, Cik Haida berjalan lebih laju sedkit meninggalkan kedua rakannya terkapai-kapai di lautan tanah. Semasa Cik Haida terkocoh-kocoh mendapatkan rakannya kembali, Cik Haida hairan sambil mengerutkan dahi, "wahai rakanku..apakah yang kalian sedang lakukan?" tanya Cik Haida pelik melihat kedua rakannya bermain-main sesuatu di tepi longkang. Haha. Gaya macam busuk kan. Sori ye. Fakulti saya baru. Jadi semua nya baru longkang pun takde sampah. Kih3. yo o jek. Nah! inilah yang mereka jumpa!




Kemudian Cik Haida mengambil keputusan untuk membela. Nak tahu kenapa? Sebab sejak dari kecil Cik Haida bercita-cita nak lihat kejadian satu persatu beluncas menjadi rama-rama.Sebab dulu Cik Haida pernah jugak membela ulat. Akan tetapi, Cik Haida terlalu 'pandai' sangat sampaikan ulat biasa dengan ulat beluncas pun tarak dapat beza ka??? Haha. Dan kali ini. Sungguh! Ia benar-benar ulat beluncas.


Dipendekkan cerita, berbekalkan sehelai daun Cik Haida membawa pulang ke hostel. dan inilah dia rumah dia.



Selepas 2 hari membela ulat tersebut, Cik Haida pun malas dah menulis. Biar gambar bercerita. kah3.

Ni masa hari ke 2 kot

selepas tu, tibe2 je die bertukar warna jadi lebih kehitaman..ingatkan die nk mati ke ape..tp die berak byk2..hahah

Ni mase ari ahad pagi tengok die dah jadi macam ni. Mase tu hari ke 4 aku bela die tak silap.

Badan die seakan disaluti wax separuh badan. mase ni die tak gerak2 da. Sekali lagi ingat die mati da..tapi aku pegang, then die godek2 kan ekor die. haha. Ekor die yang kuning tu.

Ni mase selepas seminggu tepat aku bela dia. Masa ni nak bawak die g kl. Taknak la tinggal die kat rumah sebab mak aku ada meeting dalam 3 4 hari gak.

Ni bekas aku bawak die g kl. potpuri. Tapi aku amek bunga cempaka jiran aku bubuh konon2 bg wangi sebab die serangga kan..haha.

Ni kat hotel. Aku tengok die makin mengering jek. Risau sebab dalam hotel kan sejuk ngat. Sampai takut die mati kesejukan. Bengong tol. So aku pun guna hair dryer panaskan die. Lepas die godek ekor, baru aku kompem die tak mati lagi.hahah

Ni 2 hari sebelum die menetas
Masa hari die nak menetas tu, aku pegang kepompong pelik die tu. mase aku belek2 tengok da kering sangat2 kulit kepompong tu. Tibe-tibe die keluarkan pale. terkejut aku sebab bukan rama-rama. aku nampak die macam katak mule2..
Ni masa aku bawak die balik rumah Pahang da. Die netas kat umah abg aku kat Selayang. Aku rasa die comel. Aku serius tak tau ni menatang ape.
Ni la die mase ni aku baru nak bebaskan die. Saju nk bebaskan kat Pahang. Sebab mase dalam kereta baru die pandai2 terbang.

Die baek. Kalau duduk kat aku die tak terbang pun. HAha.

Last aku nampak die. Lepas tu dah tak nampak pun da...


Wuwuwuw..

Oke. Habes cerita. Mari study. Sem8 dah ni. Kena struggle..Kah3.

Friday, February 17, 2012

Sinopsis Entri - Entri Selepas Ini

Assalamualaikum wbt

~Kisah ulat beluncas
~Percutian Di Rumah 2 minggu
~Menjejak Sem8


Perkara yang tertera akan menyusul. Tapi seriusly, di kala ini..hati merindu pada beluncas yang sudah menetas dan telah kubebaskannya...

Entri ditulis sebab nak ucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-23 untuk SABRI B KASIM. Terima kasih di atas kehadiran mu dalam hidup ini. Ahaks..

Mood dirumah:bukan untuk menulis. (semuanya gara-gara broadbnd yang tergendala nk byr. Sebab tu x online. Kah3)