.A STORY.: September 2012
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Saturday, September 29, 2012

# Hujung Bulan September

Meneruskan yang perlu diteruskan.

Semoga berjaya, Haida.


Mengapa terlalu indah wahai bunga..
Jika perjalanan hidup untuk kepuncak seindah ini..
Kuatkan diri sikit lagi..

Saturday, September 15, 2012

Please appreciate her.


Jika Kau Cinta Aku

Jika Kau Cinta Aku...
Mengapa masih begitu..
Tahukah kau hatiku sakit..
Pedih..
Aku faham..
Aku mengaku..
Aku bukan perempuan jelita..
Kau pula sentiasa diminati..
Aku bukan perempuan yang sempurna..
Banyak yang menginginkanmu..
Tidak pada aku..

Tanyalah pada dirimu..
Jika kau sayang aku..
Mengapa kau masih begitu..
Mungkin benar..
Kerana aku masih berada di sisimu..
Mungkin benar aku masih setia..
Mungkin juga benar aku selalu tersenyum..
Mungkin juga benar kemaafan mudah kau dapat dariku..
Tentang aku?
Kemaafan begitu susah aku peroleh dari sesiapa pun..
Oh, mungkin benar juga aku yang tidak pernah berubah lebih baik..

Kerana aku masih ada..
Aku mungkin tidak dihargai..
Kau tahu apa makna dihargai?
Bukan dengan kata-kata sayang sahaja..
Tapi dengan perbuatan..perlakuan..dan hati..

Kalau kau benar hargai apa yang ada..
Sedikit pun kau takkan berasa bosan dengan apa yang kau ada..
Sebab? Sebab nya hanya akan diketahui bagi orang yang menghargai..
Aku perempuan..wanita..
Yang inginkan dihargai oleh hati..
Bukan dihargai setakat di hadapan orang ramai..
Aku tak minta itu..
Cukup kau hargai aku dengan menjaga maruahku..
Jangan biar orang kata aku naif..
Boleh diperlaku apa-apa..
Jangan biar kawan-kawan kau kata aku naif..
Boleh kenalkan orang lain pada kau..

Aku perempuan..
Mana ada perempuan yang tak pernah menangis..

Sebab aku seorang setia..
Diperlaku begini..


Friday, September 7, 2012

Saya confius..

Assalamualaikum.. Bila dalam keadaan dilema begini, jangan seksa aku dengan konfius yang semakin menjadi-jadi. aku berada dalam beberapa pihak. sebagai anak, sebagai student, sebagai kawan, sebagai awek dan sebagai diri sendiri. orang yang tak berada di tempat aku memang la tak tahu ape aku rasa. jadi kalau keputusan ape aku buat aku harap sangat tak de yang sakit hati. kalau boleh taknak risaukan mak dan abah, dan kalau boleh jugak tak nak susahkan sesiapa, dan jugak tak nak kecewakan orang dan kalau boleh nak buat diri sendiri tak kalut lega semua lah. tapi bila di pusu pelbagai kata, tetibe aku rasa aku ni tak boleh jadi terbaek untuk mane2 pun. aku kena tunggu habes belajar dulu, ade kereta sendiri pegang duet sendiri baru la aku boley nak g jenjalan sana sini. Please..kalau orang lain tak nak paham, atleast awak sorg yang paham je cukup dah. memang, aku da besar, dah umur 23, dah pandai jaga diri sendiri, dah pandai pikir baik buruk [dulu aku mmg jahat], tpi sekarang ape yang aku pikir kalau leh dah tak nak buat parents risau..arghhhhhhh..penat la nak pikir semua tu! masuk sem ni dah tak bley nk huhahuha bagai..ni tahun penentu aku..tak kan aku nak huhahuha sngat..mesti ramai akan kate aku penting diri..benda kecik pun tak leh setel..ajak sana xleh, ajak sini tak mau..huh.. just put yourself in my shoe for a minute..penat tau fikir! camane nak puaskan hati semua orang.......

Sunday, September 2, 2012

Kuih Raya Habes

Assalamualaikum! Hehe. entri tak emo leh ar buat resipi sikit. Ramai mungkin dah tau nak buat biskut ni. Sebab ianya sangat mudah tapi sedap. Nama biskut ni adelah biskut oat or boleh gantikan oat dengan nestum then leh namakan ia biskut nestum. Actually biskut ni hanya perlukan barang dan sifat rajen. sebab kalau malas duk depan oven mmg tak jadilah.

oke..antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
200-250gram oat (mesti dikisar. kalau nak kurangkan rasa kasar oat tu kisr lebih halus)
430 gram tepung gandum
230 gram gula kastor
2 sudu serbuk coklat (kalau mau rasa coklat tu lebih buh la lebih cket)
200 gram minyak sapi (ghee)
125 gram butter
susu tepung untuk coating.
Cara nya?
campurkan butter dan gula kastor tu. kisar sampai gula hancur.
kemudian masukkan bahan-bahan lain tu selain tepung susu ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati.
then, buat bentuk yang disukai kemudian bakar dalam oven selama 15-17 minit pada suhu 180 degree.









Saturday, September 1, 2012

Terluah Kata Seorang Insan.


Termasuk hari ini tinggal lebih kurang seminggu lagi untuk berada bercuti di rumah. Memang diakui, rasa malas sangat dan rasa macam tak bersedia bagai memang ada dalam diri. Sempena hari ini Hari Kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos bersamaan dengan kemerdekaan ke-55, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua sesiapa yang tersinggah terbaca di sini.

Tempat aku menulis ni, blog aku ni, tidaklah menarik mana untuk dibaca. Kebanyakannya cumalah kata-kata tentang diri aku, persekitaran aku, kehidupan aku. Tips? Info? Aku sendiri pun google. Tips fesyen? Make up? Berat badan? Aku sendiri alami masalah itu. Jadi jika sesiapa rasa blog aku nothing info, tak menarik, sikit pun aku tak marah. Cuma yang aku tulis adalah pengalaman aku sendiri yang mungkin kadang-kadang boleh memberi sedikit nasihat, untuk isi masa yang terluang.

What can I do in an hour? Ada channel berapa ntah iklan pasal ni. Aku rasa menarik. Sebab aku sendiri selalu dilanda kebosanan. Why not aku siapkan something yang boleh aku isi masa aku. Tapi masalah utama kat sini ialah sifat MALAS. Dan sifat inilah yang aku cuba merdekakan dari dalam diri aku. Seriously, aku memang kuat sangat sifat malas ni. Banyak benda yang aku malas. Sebab itu aku gemuk. Sebab tu aku tak de keyakinan diri sangat. Sebab tu aku tak jadi top student. Sebab aku malas.

Eh, eh. Kenapa lak malas boleh menyebabkan tiada keyakinan diri lak? Tak malu aku nak mengaku yang aku memang tak terror speaking English. Salah satu sebab tu la sifat malas tu. Malas nak membaca, malas nak cube-cube speaking. Then, bila nak kena speaking rasa damn! Malu nye. Tak yakin ni. Camane ni. Gelabah gile.Jap lagi bercakap kompem terabur ayat aku.
Bila dah makin besar ni aku rasa macam :
Sifat kepimpinan dah xde ke? Haha. Kenapa sifat kepimpinan aku semakin menurun? Semakin teruk. Jadi semakin pemalu. Bukan pemalu. Sebenarnya tak de keyakinan langsung. Tak confident dengan diri sendiri teruk. Masa sekolah rendah jadi ketua pelajar. Even aku perempuan aku jadi ketua kepada semua. Ingatkan dah ada ciri-ciri nak jadi pemimpin. Orang yang ada keyakinan diri. Naik sekolah menengah setakat jadi presiden pandu puteri. Tu pun macam dah tak de nampak ciri-ciri. Alhamdulillah dapat jugak jadi MPP sekolah. Tapi rasa macam eh, kau MPP ke dulu? Macam tak de nampak pape pun. Haha. Reunion pun tak pernah nak anjurkan. Nak anjurkan pun asyik takut orang tak nak. See. Even camtu pun boley da nampak keyakinan takde. Orang lain selamba bawak kereta manual berjalan sana-sini. AKU??? Nak g The Mines yang bila balik tu ade traffic light atas bukit pun dah pikir then terus tak nak pergi sebabkan ade bukit. See? Tak de keyakinan. Naik Universiti ni langsung la mane ade sifat-sifat camtu. Supppp! Lenyap je terus sifat nak jadi semua tu. Memang dalam diri taknak dan rasa malu. Eh, korang pernah rasa bila kita bagi pendapat orang taknak dengar and anggap macam eh, bodohnya pendapat kau ni. Haha. Yes. Aku pernah rasa macam tu. Sebab tu aku jadi semakin tidak yakin. Sedangkan kadang-kadang pendapat aku tu berguna jugak.

Eh. Emo nya aku di kala senja ni. Huh.

Keyakinan tu penting. Jadi sempena hari merdeka ni, aku mesti buang sifat MALAS tu. Kalau malas belajar, malas berusaha, malas practice, mana nak datang keyakinan tu. Seminggu mendatang, dapat ke aku cipta keyakinan dalam diri aku untuk berada di hadapan juniors, lecturers, untuk presentation setiap minggu? OMG. Aku risau. Semoga dipermudahkan. Amin.