.A STORY.: Terluah Kata Seorang Insan.
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Saturday, September 1, 2012

Terluah Kata Seorang Insan.


Termasuk hari ini tinggal lebih kurang seminggu lagi untuk berada bercuti di rumah. Memang diakui, rasa malas sangat dan rasa macam tak bersedia bagai memang ada dalam diri. Sempena hari ini Hari Kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos bersamaan dengan kemerdekaan ke-55, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua sesiapa yang tersinggah terbaca di sini.

Tempat aku menulis ni, blog aku ni, tidaklah menarik mana untuk dibaca. Kebanyakannya cumalah kata-kata tentang diri aku, persekitaran aku, kehidupan aku. Tips? Info? Aku sendiri pun google. Tips fesyen? Make up? Berat badan? Aku sendiri alami masalah itu. Jadi jika sesiapa rasa blog aku nothing info, tak menarik, sikit pun aku tak marah. Cuma yang aku tulis adalah pengalaman aku sendiri yang mungkin kadang-kadang boleh memberi sedikit nasihat, untuk isi masa yang terluang.

What can I do in an hour? Ada channel berapa ntah iklan pasal ni. Aku rasa menarik. Sebab aku sendiri selalu dilanda kebosanan. Why not aku siapkan something yang boleh aku isi masa aku. Tapi masalah utama kat sini ialah sifat MALAS. Dan sifat inilah yang aku cuba merdekakan dari dalam diri aku. Seriously, aku memang kuat sangat sifat malas ni. Banyak benda yang aku malas. Sebab itu aku gemuk. Sebab tu aku tak de keyakinan diri sangat. Sebab tu aku tak jadi top student. Sebab aku malas.

Eh, eh. Kenapa lak malas boleh menyebabkan tiada keyakinan diri lak? Tak malu aku nak mengaku yang aku memang tak terror speaking English. Salah satu sebab tu la sifat malas tu. Malas nak membaca, malas nak cube-cube speaking. Then, bila nak kena speaking rasa damn! Malu nye. Tak yakin ni. Camane ni. Gelabah gile.Jap lagi bercakap kompem terabur ayat aku.
Bila dah makin besar ni aku rasa macam :
Sifat kepimpinan dah xde ke? Haha. Kenapa sifat kepimpinan aku semakin menurun? Semakin teruk. Jadi semakin pemalu. Bukan pemalu. Sebenarnya tak de keyakinan langsung. Tak confident dengan diri sendiri teruk. Masa sekolah rendah jadi ketua pelajar. Even aku perempuan aku jadi ketua kepada semua. Ingatkan dah ada ciri-ciri nak jadi pemimpin. Orang yang ada keyakinan diri. Naik sekolah menengah setakat jadi presiden pandu puteri. Tu pun macam dah tak de nampak ciri-ciri. Alhamdulillah dapat jugak jadi MPP sekolah. Tapi rasa macam eh, kau MPP ke dulu? Macam tak de nampak pape pun. Haha. Reunion pun tak pernah nak anjurkan. Nak anjurkan pun asyik takut orang tak nak. See. Even camtu pun boley da nampak keyakinan takde. Orang lain selamba bawak kereta manual berjalan sana-sini. AKU??? Nak g The Mines yang bila balik tu ade traffic light atas bukit pun dah pikir then terus tak nak pergi sebabkan ade bukit. See? Tak de keyakinan. Naik Universiti ni langsung la mane ade sifat-sifat camtu. Supppp! Lenyap je terus sifat nak jadi semua tu. Memang dalam diri taknak dan rasa malu. Eh, korang pernah rasa bila kita bagi pendapat orang taknak dengar and anggap macam eh, bodohnya pendapat kau ni. Haha. Yes. Aku pernah rasa macam tu. Sebab tu aku jadi semakin tidak yakin. Sedangkan kadang-kadang pendapat aku tu berguna jugak.

Eh. Emo nya aku di kala senja ni. Huh.

Keyakinan tu penting. Jadi sempena hari merdeka ni, aku mesti buang sifat MALAS tu. Kalau malas belajar, malas berusaha, malas practice, mana nak datang keyakinan tu. Seminggu mendatang, dapat ke aku cipta keyakinan dalam diri aku untuk berada di hadapan juniors, lecturers, untuk presentation setiap minggu? OMG. Aku risau. Semoga dipermudahkan. Amin.

No comments: