.A STORY.: May 2012
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Tuesday, May 29, 2012

Entri mulut jahat

Assalamualaikum. Setelah sekian lame tidak menconteng conteng tulisan kat sini, hari ni tetibe perasaan tu datang. Kemain lagi datang. 


Korang pernah bau badan orang yang bau badan? Hampeh..baru semalam baru aku kenal apa itu bau badan yang sangat tengik even orang tu dah baru je mandi. 

Perkara ini terjadi di tandas. Semasa aku dalam kawasan tandas rumah, tetibe bau something yang mencucuk2 idung selepas seseorang tu masuk tandas. kuat. Lepas tu setelah berbincang dengan kawan rapatku di kelas, dia kata. Ya! itu lah bau badan yang dia duk cerita dulu. Dan sepanjang hari di kelas aku duduk pulak belakang org tu, dan sepanjang hari aku menahan bau itu. Try gak bau diri sendiri takut dok kate orang, tapi diri sendiri plak. Tapi setelah dipastikan dengan Zuzu, tiada bau dr aku. Dan kompem lah orang itu. Bila nak pergi kafe pun..lalu sebelah dia bau. Arrgghhh..sejak aku mengenali bau tengik itu..sepanjang hari ia menghantui aku. Sampai aku pening kepala. Sebab sebelum ni aku tak cam sangat bau tengik tu camana. Dah umur 23 baru nak kenal.

Patut la mak aku dari dulu-dulu masa aku sekolah menengah mase kecik2 lagi dah pesan..kalau mandi tu, pastikan tonyoh bawah ketiak tu dengan belakang tangan. Begitu juge belakang leher. Sensored ke? Bagi aku tidak sebab nya benda ni kan info. Umur dah 23 24 kena la tahu.

Dan untuk pengetahuan semua, bau masam peluh buat kerja dengan bau badan yang tengik adalah berbeza. Ini adalah kerana.,bau masam peluh hanya akan didapati bila orang tu berpeluh buat kerja la kan. Kalau orang tu duk dalam ekon, pastu bau jugak tengik memang sah la bau badan kan. 

Aku pun bukan la wangi sangat ke apa kan. Kalau peluh tu busuk jugak kan. Manusia mana perfect. Tapi kat sini aku nak memberi sedikit info bahawa petua-petua mak-mak kita tu berguna sebena berbanding dengan product2 yang cekononnya bagi putih ketiak la tak berbau la..kan..hihi.

Oke. membebel je ko kan Haida. macam la diri bagus sangat. Takpe. Aku dah 23 ni semakin mementingkan kebersihan sikit la..


Tengok la semua ni. salah satu cara tu aku amalkan!

1. Buah limau kasturi
Ambil  limau kasturi yang masih muda dan kecil, makan tiga kali sehari, iaitu pada waktu pagi, tengahari dan malam. Anda juga boleh menjadikannya sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Amalkan petua ini selama tujuh hari.

2. Kulit limau kasturi
Jika anda tidak lalu untuk memakan limau yang masih muda itu, anda juga boleh memakan kulit limau kasturi yang telah ranum atau matang. Anda boleh melakukannya bila-bila masa sahaja selama tujuh hari.

3. Minyak kelapa
Minyak kelapa juga boleh digunakan. Caranya ialah dengan mencolekkan minyak tersebut ke ketiak anda menggunakan jari dan sapukan secara merata di ketiak anda. Amalkan cara ini sehingga bau busuk ketiak hilang.

4. Belakang tangan
Setiap kali anda mandi, jangan gunakan tapak tangan anda untuk membasuh ketiak anda. Sebaliknya, amalkan mencucinya dengan menggunakan belakang tangan anda.

5. Menjolok kerongkong
Amalkan cara ini setiap kali anda mandi pagi. Jolokkan kerongkong sehingga keluar kahak dan muntah.

6. Daun sirih
Ambil kira-kira 10 helai daun sirih yang telah tua. Rebuskan ia sebaik-baiknya dalam periuk tembaga atau periuk tanah. Biarkan mendidih sehingga air rebusan tinggal separuh. Sejukkan dan jadikan air minuman.

7. Cekur dan daun betik
Ambil tiga ulas cekur sebesar ibu jari, segenggam daun betik dan daun beluntas. Tumbuk lumat dan campurkan dengan air limau nipis dan sedikit garam. Tapis dan ambil air dalam segelas. Minum dua kali seminggu.

8. Daun sirih dan daun kenanga.
Ambil lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Basuh bersih dan di didihkan dengan 1 ½ gelas air dan ¼ sudu teh garam. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas. Tapis dan bubuh gula merah secukupnya. Amalkan meminumnya dua kali dalam seminggu.

9. Kapur dan air limau
Bancuh bersama kapur makan, air limau nipis dan sedikit air. Biarkan bancuhan sedikit pekat. Sapukan air bancuhan ini ke ketiak setiap kali anda ingin keluar dari rumah.

Info ni aku kreditkan kepada http://www.petuaherba.com


Thursday, May 17, 2012

Tarikh ini.

Assalamualaikum wbt dan Salam 16 May 2012. Selamat hari Guru kepada semua guru-guru di mana saje anda berada. Hihik. Getis tol.

Dan Selamat Ulangtahun ke 23 tahun untuk diri ini tepat pukul 1.10 tengahari. Semoga kehadiran umur baru ini aku dapat membuat sesuatu yang lebih baik dari hari semalam. Amin…

Permulaan hari lahir yang suram. Sunyi. Rasa terabai. Sebab? Tak perlu tahu. Cukup tahu rajuk aku sampai ke 4 ptg. Sengaja membizikan diri pergi Mcd nak makan sedap sorang-sorang sambut birthday cukup dah bagi aku yg merajuk. 
tapi..Serius, aku malu kalau orang nyanyi ramai-ramai kat kelas wish. Serius aku segan. Sebab tu kalau boley tak mahu orang tahu. Kalau wish sorang-sorang tak malu la.


Terima kasih buat semua yang wish kat Facebook, kat message, kat handphone. Walau macam mana pun, terima kasih kerana tidak berat jari-jemari menaip walaupun perkataan HB. Aku hargai.


Permulaan yang tidak baik, tak semestinya tidak baik. Jam 4 petang. Message sampai.
 “ Cepat siap-siap. Ri kat Genting Sempah dah ni. Pakai comel-comel.40minit lagi sampai.”
Panik. Tutup cerita Korea. Mandi manda. Keluar.

Terima kasih hadir petang tadi untuk menghargai  tarikh ini. Tarikh yang bersamaan dengan diri mu juga utk berumur 23 tahun 3 bulan tepat.

Tiada parti. Tiada bising-bising. Dia datang dan tersenyum. Rajuk aku? Masih ada..Cuma rasa itu bertukar. Menghargai dirimu. Walaupun dengan baju kerja datang jugak sebab dia kata rajuk aku tak boleh hanya dengan message semata-mata. Teruk nya pangai aku. Sorri.

Semoga niat aku sempena berumur 23 tahun berterusan dalam hati. Amin.


P/s: Faratul, terima kasih sebab ko orang pertama yang kol malam tadi wish aku. Teman-teman seangkatan kelas aku sekarang, terima kasih sebab nyanyi tadi. Actually, aku segan.  



tangkap senyap2!