.A STORY.: Tentang Diri
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects
Showing posts with label Tentang Diri. Show all posts
Showing posts with label Tentang Diri. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

Sudah 2 malam hati ini begini

Assalamualaikum wbt.
2 malam berturut-turut, sifat kemalasan itu semakin menyelinap dalam setiap urat nadi semua bagai. Semuanya bermula dengan cerita...


Kerosakan laptop membuat aku merana yg tak melampau selama 4 hari.  Nak tau ape yang paling dirisaukan? Takut rosak yang menyebabkan kena format. alhamdulillah. Takde kena format melainkan duet melayang-layang.


Saat laptop buat hal yang perlu membayar dengan harga boleh makan untuk sebulan, aku melayang-layang duit itu dengan begini kerana nafsu harta. Tapi best jugak Galaxy Young ni. Berpatutan. Kalau nk beli tak payah risau pasal colour ape, sebab dia bg semua colour kt korang. setiap hari bley tukar. Haha.
Aku diteman mereka ini saat kebosanan dan kemalasan di dalam bilik. Bila lipat ni, jadi ketagih. Serius.



Oke. Menu sekarang: Mi Sedaap Mi Segera. Kadang-kadang tengok megi rasa terliur plak. Jangan diamalkan!

Wednesday, December 28, 2011

Mak Abah Maafkan ku kerana tidak bersyukur

Assalamualaikum wbt


Diam aku terduduk dalam kereta pukul 8.15pm tadi. Yang kedengaran cuma deruman enjin yang baru di start. Hanya membiarkan ia memanaskan enjin. Termenung jauh aku dalam keadaan gelap dekat dengan tempat jaga kolej. 


Dalam hati berdebar-debar. jantung terasa berdegup cepat sedikit. Ya Allah...rasa seperti nak menangis.. kaki aku terasa terketar-ketar. mencari clutch, break dan minyak. Tiada kekuatan. Langsung tak de kekuatan. Sebab tu orang kata alah bisa tegal biasa. Eh?betol ke? Abang datang tukar kereta semalam. Selama hampir dua bulan memandu kereta auto membuat aku takut untuk membawa manual kembali. Tak tahu kenapa. Rasa sangat takut. selepas memanaskan enjin, niat untuk membawa kereta berjalan-jalan sekejap terbatal di situ sahaja. 



Maafkan aku, especially to mak dan abah. Sebab tidak bersyukur dengan apa yang diberi. Dah diberi betis nak paha. Dah diberi kereta, demand nak auto. Sedangkan sebelum ni aku bawak manual selama sebulan oke jek. Tapi kekuatan itu dah tak kembali. Menangis mengadu dalam telefon hanya merisaukan mak dan abah. Maafkanku...


Maafkan aku..kerana tidak berterus terang tentang kecederaan di betis pada awal tahun 2011 aritu. kaki aku dah tak kuat. untuk tekan clutch itu. Bersukan jugak mungkin dah kurang boleh aktif. Mungkin setakat main sikit bolehla. Aku sedih. Sebab tu bila kawan tanya kenapa aku dah tak nk interkolej hoki, aku jawab sebab bz. Tak..sebab kaki aku dah tak kuat. Aku takut kalau bertambah sakit tulang tu. Delayed union or nonunion? Mungkin. sebab tu ada terasa sakit walaupun dah hampir setahun.

dan atas sebab-sebab tersebut aku terasa penat membawa kereta manual. Maafkanku merisaukan mak dan abah. Selalu merisaukan mereka. Jahatnya aku. Aku tahu tu kereta kesayangan abah. Tapi tak salahkan nk tukar kepada auto? Wuwu..penatnya. 


Balik ke bilik dengan hati sayu dan sedeh. Pilu jugak bila pikirkan exam minggu depan. Kenapa otak aku terasa berserabut.

Hatiku mendung seperti ini. Hanya belog peneman untuk meluahkan perasaan yang tak terucap.
Semoga aku dapat tenangkan hati. Jangan menangis. (T,T)

Sunday, December 18, 2011

Perkara Sama Berulang Selama 2 Minggu

Dan perkara yang sama berulang-ulang terjadi lagi.

Sampai bila aku nak macam ni pun aku tak tahu. Sedangkan setiap hari masa berlalu dengan pantas. Perlu ke aku ikut mood ni? Kalau aku tak ikut, dan aku paksa diri aku, sama je macam aku tak buat apa-apa. OMG. Atau tu hanya perasaan aku? Mungkin kalau aku ignore mood malas aku tu, aku boleh fokus? Sebenarnya bukan masalah boleh fokus atau tak, tapi boleh mula atau tak jek. KENAPA AKU MALAS SANGAT NAK MULA STUDY NI? kalau aku ni genius aku tak kisah lah. ni tak..kalau tak study memang hancur la aku. hahah.

Perkara ni bermula sejak minggu aku habeskan rotation ward dan surgery. Sejak tu aku dah niat nak study2 awal2. Sebab final exam aku mase tu lagi sebulan nak hadirkan diri. Tapi sekarang dah 2 minggu berlalu. Dan aku masih tetap sama. takde mula study struggle bagai, sedangkan final exam aku lagi 2 MINGGU! Banyak untuk dicover tapi aku masih relax?? Kadang cemburu tengok orang lain yang rajen study. Rumate aku tidak! Sebab die memang genius. Serius aku tak leh ikut die. Seriusly!


dan setiap hari, sebelum tidor pada sebelah malam, aku sempat lagi memasang niat. "Oke, kunci alarm pukul 4 pagi. Nanti kena bangun jugak sebab dah tdo awal ni kul 11 malam. Kena study start dari esok!" 

Tuttututut...alarm berbunyi. Kul 4 pagi. Tangan matikan alarm sambung tido. Dan setiap hari berlaku benda yang sama. Bila dah lepas kul 6 pagi, bangun2 nak kena siap-siap ke kelas. iron tudung lagi. kemas barang nk g kelas ag. Pastu keluar rumah dan ke kelas. oh. Tak mula study jugak.

Kemudian dah habes kelas. Balik around 7pm, niat..."oke! start malam ni kul 9 sampai 12 or 1 kena study!" lepas makan malam sume, bukak laptop, fb, blog, stalk blogshop, pc game..tup2 dah pukul 12. Oh! aku tak study lagi! takpe la...sok pagi kena bangun awal nie! kena gak study walaupun sikit. kul 12 dah ngantuk! tido la dulu! pastu perkara pagi terus berulang seperti yang sama.

What should i do? aku ke yang tak pasang niat dengan betul?ye..mungkin. dan sampa bila harus begini? sedangkan waktu aku menaip ini jugak aku dah memasang niat untuk study but the mood is not coming?Bukan salah mood. salah diri aku. 



sebenarnya, kalau ada minat, ape2 pun aku mudah dan smooth. Kalau aku minat shopping. walau macam mana pun, aku tetap akan pergi walaupun aku penat. Bukan bermaksud aku tak minat study. but, mungkin aku rase aku memerlukan rehat yang lebih. sebab setiap hari aku rase diri aku sangat penat. sangat sangat. Sebab bila kita study, kita menggunakan otak lebih daripada kita keluar bershopping. Sebab tu aku rase dengan keadaan penat, untuk study adalah kurang. 


Gambar yang masih tiada kena-mengena. Sebab aku sendiri tak tentu hala tentang pengurusan masa. Oh, origamiku..bila mau siap? Ada plak masa buat origami. Itulah aku. huh!


kadang-kadang terfikir, aku tak banyak terpikirkan jawapan apabila orang bertanya tentang sesuatu adalah sebab aku ni kurang membaca. Oke. entri ni ditulis sebab nak menyahut marilah kita rajen membaca. ahah. tetibe tak pasal2. oke. sudah gile. 


~sedang mencuba membina mood study. (T,T)

Monday, December 12, 2011

Perkara tentang aku

Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang aku if korang nak tahu. Kalau tak nak tahu tak kisah. Ahaks. Antara perkara yang buat aku rasa geram dan annoying:


1. Bila nak cepat taip msg tibe2 tertekan sumthing kat button handset tu yang buatkan msg yang aku nak hantar tersave dekat draft. Rasa geram.

2. Bila aku menjawab atau melayan sebagai seorang sahabat tetapi orang cakap aku perasan dan sengaja cuba nak menggoda. Annoying.

3. Bila aku nak study yang last minute punye study tetapi terpaksa dengar orang dok cerite tak henti2 dekat aku. Rasa rimas.

4. Bila aku tengah tengok movie orang datang duk cerite itu ini yang tak de faedah. Annoying.

5. Bila salah orang lain tapi aku yang kena. Aku bengang.

6. Bila aku terlambat bangun pagi dan kelas pulak dengan lecturer yang garang. Aku bengang dengan diri.

7. Bila aku buat salah dan mintak maaf, dan orang tu layan aku macam hampeh masa mintak maaf. Lantak kau.

8. Bila aku bagi idea dalam kalangan budak2 pandai then idea aku yg mungkin diaangap seakan macam orang bodoh punye idea ni tak dilayan langsung. Rasa sedih dan rendah diri. Oh! pernah terjadi dan sampai sekarang kalau aku group dengan budak2 scorer aku takkan bg idea. Lantak ar.

9. Aku susah jatuh hati. Sebab tu aku layan korang sebagai kawan semuanya. Dan jangan salah anggap dengan sikap aku.

10. Aku banyak rahsia dalam hati yang aku hanya kongsi dengan orang yg aku sayang. 

11. Benda yang aku akan buat kalau stress adalah bukan makan.

12. Dulu seorang yang sangat mudah terasa hati, tapi kini tidak sedikit demi sedikit.

13. Oh! Benci dengar orang hempas2 pintu atau pun hentak2 barang depan aku.

14. Tak suka bila penat. Sebab aku tak boleh buat apa2 kerja kalau penat, rasa nak marah. Sebab tu suka elakkan penat dengan tidor.

15. Lastly, tak suka orang kutuk aku depan aku, kutuklah belakang aku takpe asalkan aku tak tau. Sebab aku tak dengar. Tuhan je tahu.

p/s: Aku manusia biasa. Terlalu banyak kelemahan yang perlu dibaiki.




Ada waktu gembira dan sedih selama kami berkongsi segala macam hal selama 6 tahun. 
Kalau korang tak suke tengok, tak payah tengok. Aku tak kisah. Sebab aku yang suka dia. Haha. Serious. Tehee! ;)

Thursday, November 3, 2011

Cerita Bulan November dan Kisahnya

Assalamualaikum w.b.t

Cinta Elysa. Ok. sekarang aku ngn bf duk gile cerite ni kot. Haha. Nak tau sebab pe? first time aku tengok aku rase eh, nape cara Johan Asari ni cakap macam bf aku. Seeerriius. Haha. rupenye bukan aku je yang cakap macam tu, sebab adik-adik bf aku pun cakap macam tu jugak. Hak3. Sebab cam dagu sikit. Hihi. And something yang kat rahang tu. cam mase korang ketap gigi, ape nampak kat rahang? ade cam tulang kan. Haha. Please Haida...cakap cam hampeh belit. sudahlah malas cakap.
oke, salah satu sebab kitorang suke cerita ni adelah......

Lagu latar! Haha. Tu salah satu la. Selain tu aku rase ni salah satu cerite drama melayu yang cam lain sikit la jalan ceritenya. Tak boring. Memang tertunggu je setiap episod. So tahniah kepada mereka kerana berjaya membawa cerita Cinta Elysa ni ke rating yang tinggi. Wah.
Then, esok mau balik untuk raye haji. Pada asalnya xmau balik pun, but dah tak de pape benda bz pun ujung minggu nie, so bolehla balik. Lagipun raya haji taun lepas beraye di perantauan di taman2 putrajaya jek. Haha.


Orait. bersempena dengan Raye Haji menjelang tibe, Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada seluruh umat Islam dan juga semoga sesuatu pengorbanan itu memberi kita lebih erti dalam hidup. 


Wassalam.

Gambar Raya Haji Tahun Lepas.

Ini jugak. Raya Haji taun lepas beraya di Putrajaya.

Sangat gemok je rasa. Tapi pedulikan. Haha.

Tuesday, September 6, 2011

Injection

Assalamualaikum..

entri tak tahu nak tulis apa. Cuma sekadar untuk biar jantung berdegup tidak kencang. Cuma untuk itu. Terfikir kadang-kadangkala. Apa pun yang berlaku, sebenarnya adalah satu kehidupan. Oleh sebab aku tak mahu memikirkan sesuatu perkara secara complicated, aku luangkan masa untuk menulis. Supaya aku lebih meluahkan. Dan tidak memikirkan.


Sebab, setiap selepas aku meluahkan, hati aku tenang. Walaupun kadang-kadangkala aku berasa itu adalah satu rungutan.

Oke sudah tentang itu. entri untuk hari ini adalah untuk melihat keadaan sekeliling. Tinggal sorang-sorang di rumah hari ini rasa begitu bosan. Nak mengikut, malas sangat disebabkan keadaan muka yang masih belum sembuh. Insya-Allah nanti baru sihat betol-betol.

Semalam pergi ke klinik. Untuk cek ruam yang teruk di muka ni. Teruk sangat. Sampaikan doktor pun kate ni ruam teruk. Setelah bertanya itu dan ini, doktor pun inject aku. oh. Sungguh pantas die inject sampai aku xberasa pun. Selepas tu baru rasa kebas2. Selalunya masa kene inject, rasa juga sakitnya.



Takut juga kalau ada penyakit yang kronik. Tapi alhamdulillah. Within 3 weeks doktor kate mungkin akan sembuh la. Oke, tak pe la. Amin.


P/s: Tak boley nak sambung lagi atas sebab-sebab lain. Ada hal.