Assalamualaikum pembuka bicara.
Jari jemari kembali menaip. Selagi belum jarum jam berkumpul 1 arah, selagi itu rasa ingin menitiskan sepatah dua perkataan dalam blog sempena cukup 8 tahun perkenalan aku dan tunang.
Lama. Begitu lama kadang2 aku tak kenal siapa tunang aku. Kalau yg baru lahir tu dah sampai darjah 2. Yg baru kahwin mungkin dah ada anak 4 atau 5.
Terima kasih kerana tahan karenah aku. Walaupun orang cukup payah nak kenal aku dan sampai 8 tahun pun aku tahu, mungkin baru kenal aku chapter ke 2 daripada 5.
Aku, kuat emotional. Kuat menangis. Selalu ingin perbaiki diri jadi kuat, tapi manusia seperti aku kadang2 tersungkur dengan perasaan silam. Maaf dan tolong maafkan aku sekiranya detik 8 tahun aku masih dgn fikiran silam.
Aku takut untuk hadapi kenyataan yg menyakitkan. Jadi tolong bagi aku kekuatan supaya aku tak gundah memikirkan perkara yang aku risau.
Tolong, jangan sedih dgn sikap aku yg begini. Kerana ini adalah aku sejak 8 tahun dulu. Cuma, aku semakin matang dan dalaman aku kuat. Semakin menjadi perahsia supaya tiada yg sakit. Silent is better.
Tuhan Maha Agung. Hebatnya Dia. Kenalkan aku dengan tunang begitu lama. Kuatkan hati aku untuk memilih dia. Kuatkan aku tabahkan aku untuk melalui dugaan. Kerana Allah itu Pencipta segalanya. Dia tahu apa yang terbaik untuk makhluknya.
Semoga pada tarikh ini tahun seterusnya, aku menjadi kekasih halal. Doakanlah.
No comments:
Post a Comment