.A STORY.: Kereta
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects
Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Assalamualaikum wbt.


Selalu betol update blog kan. Sebab aku banyak sangat waktu free yang aku perlu isi dengan study. Nama pun study week. Tapi aku bukanlah robot sebab perlu jugak otak aku rehat. Biasa nya kalau rehat otak samada layan fb atau pun isi blog dengan entri diari harian. Eh, blog aku, suka ati aku la kan. Huhu.

Apabila rasa syukur itu wujud...segala yang kita buat akan lebih rasa tenang dan senang. Betol. Seperti entri yang lepas aku ada mengatakan rasa ketidaksyukuran aku yang teruk itu. Maafkan ku mak abah.


Tapi bila hari ini asek berkoling dengan mak dan abah..timbul rasa syukur dalam diri dengan apa yang mereka dah beri pada aku. Sebab aku rasa lemah semalam semua nya sebab nafsu yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Dan petang tadi aku nekad...walau macam mana pun...aku mesti terus bawak kereta manual tu! Mesti jugak pergi jalan-jalan malam ni dengan kereta tu. Ni semua gara-gara pinjam kete abang 2bulan, then dah takut nak bawak manual lek. Cis. Sebab abah dah bagi kepercayaan kepada aku. Kenapa aku nk sia-siakan...


Dan alhamdulillah...seperti lebih kurang 2 bulan lepas..aku dapat memandu kereta itu dengan baik. Tak perlu nak drift. Cukup sekadar keperluan aku. Bukan terlalu lambat..bukan terlalu cepat. Sedang-sedang aje. Practices make perfect. kan? Kalau aku tinggalkan kereta manual, sampai bile2 pun aku tak cekap kan. Bukannya tak boleh. Cume rasa tidak bersyukur tu buat aku lemah. InsyaAllah...kalau ada waktu dan ketika..aku akan pergi check up kaki aku. Semoga dapat legakan semua pihak. Pihak aku..dan pihak kedua ibubapa.

But of course, kereta wira lama..mestilah ada yang tak kena seperti bunyi-bunyi apa ntah. Tapi satu persatu la kan..baiki satu persatu. aku pun bukannya pernah baiki gune duet aku pun. Semua pun abah aku tanggung berkenaan kereta tu kecuali minyak. Jadi oleh sebab rasa lega sebab pemanduan yang lancar tadi semasa pergi isi minyak dan ke kedai-kedai di Seri Serdang, aku harap dapat study dengan tenang dan senang.

Sebab rasa syukur itu banyak nikmatnya. Sepetang tadi fikiran aku tak tentu arah kerana semua ini. Dan kini, aku lebih tenang. Semoga dapat belajar dengan baik. Amin...

Wednesday, December 28, 2011

Mak Abah Maafkan ku kerana tidak bersyukur

Assalamualaikum wbt


Diam aku terduduk dalam kereta pukul 8.15pm tadi. Yang kedengaran cuma deruman enjin yang baru di start. Hanya membiarkan ia memanaskan enjin. Termenung jauh aku dalam keadaan gelap dekat dengan tempat jaga kolej. 


Dalam hati berdebar-debar. jantung terasa berdegup cepat sedikit. Ya Allah...rasa seperti nak menangis.. kaki aku terasa terketar-ketar. mencari clutch, break dan minyak. Tiada kekuatan. Langsung tak de kekuatan. Sebab tu orang kata alah bisa tegal biasa. Eh?betol ke? Abang datang tukar kereta semalam. Selama hampir dua bulan memandu kereta auto membuat aku takut untuk membawa manual kembali. Tak tahu kenapa. Rasa sangat takut. selepas memanaskan enjin, niat untuk membawa kereta berjalan-jalan sekejap terbatal di situ sahaja. 



Maafkan aku, especially to mak dan abah. Sebab tidak bersyukur dengan apa yang diberi. Dah diberi betis nak paha. Dah diberi kereta, demand nak auto. Sedangkan sebelum ni aku bawak manual selama sebulan oke jek. Tapi kekuatan itu dah tak kembali. Menangis mengadu dalam telefon hanya merisaukan mak dan abah. Maafkanku...


Maafkan aku..kerana tidak berterus terang tentang kecederaan di betis pada awal tahun 2011 aritu. kaki aku dah tak kuat. untuk tekan clutch itu. Bersukan jugak mungkin dah kurang boleh aktif. Mungkin setakat main sikit bolehla. Aku sedih. Sebab tu bila kawan tanya kenapa aku dah tak nk interkolej hoki, aku jawab sebab bz. Tak..sebab kaki aku dah tak kuat. Aku takut kalau bertambah sakit tulang tu. Delayed union or nonunion? Mungkin. sebab tu ada terasa sakit walaupun dah hampir setahun.

dan atas sebab-sebab tersebut aku terasa penat membawa kereta manual. Maafkanku merisaukan mak dan abah. Selalu merisaukan mereka. Jahatnya aku. Aku tahu tu kereta kesayangan abah. Tapi tak salahkan nk tukar kepada auto? Wuwu..penatnya. 


Balik ke bilik dengan hati sayu dan sedeh. Pilu jugak bila pikirkan exam minggu depan. Kenapa otak aku terasa berserabut.

Hatiku mendung seperti ini. Hanya belog peneman untuk meluahkan perasaan yang tak terucap.
Semoga aku dapat tenangkan hati. Jangan menangis. (T,T)

Sunday, October 16, 2011

Tak Perlu

Tajuk utama ni dah lama aku nak tulis. Tak la lame sangat. Just baru masuk sem ni la nk tulis. Hehe. Iaitu kepada korang-korang...kalau korang tanya someone tu "nk pegi mane wey?" then kalau orang yang korang tanya tu jawab "nak makan dengan bf kat bawah." then korang tak perlu buat muka oke. Oke? Kalau korang nk buat muke, sila la buat muke belakang2. Pedehal nk buat muke plak? Ni bukan sekali, dah 2 3 kali jgak. So, aku mmg tak puas ati jugak la..hehe. Seriusly. Cam ase...leeeehhh....pe hal kau nk buat muke?pe masalah? aku bukan kacau ko pun aku nk pegi makan. grrr... Ha lagi satu..bile aku ckp brg contohnya external, bf aku ngah pinjam pun nk buat muke ke?Nape?ko menyampah dengan orang yang ade bf?haha..kalau korang kt tempat aku, then aku buat muke camtu mesti rase mcm pedehal kau nk buat2 muke?kan?



Then topik yang tiade mengena dengan tajuk ialah...aku dah bawak kerete! Tapi mule2 dukacita sebab pe? Sebab abah mak bg kete manual wira. ooo..mule2 rase nak nanges sebabnye terpikir camane aku nk bawak nie...rase macam hua....then setelah buat latihan dengan bf (sila jangan buat muke depan aku, belakang2 lantak korang la), akhirnye dah nak masuk 2 minggu aku drive kete manual. Setelah 3 tahun aku tak pegang manual akhirnye terpakse jugak. tapi nak bawak jauh2 tak la sangat. Setakat pergi fakulti, balik, pergi Pekan Seri Serdang tu bley la. Lagipun aku driver baru, tak berani la wey. Nak bawak balik Pahang pun pikir banyak kali. Tapi takpe, practice make perfect! kena hari2 bawak.


Oke la. Esok ade test. So nak sambung study lagi. Asek tido jek. Sem ni belum nampak lagi ciri2 kerajinan aku. Oh tidak! kena mulakan dengan hari ni. Lagipun hari ni bf aku start keje part time malam. kumpul duet sementara kan. So, die bz keja tak kan la aku nk lepak jek. Kena start untuk study untuk comprehensive exam for fifth year!!! Selamat Malam!