.A STORY.: Mak Abah Maafkan ku kerana tidak bersyukur
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Wednesday, December 28, 2011

Mak Abah Maafkan ku kerana tidak bersyukur

Assalamualaikum wbt


Diam aku terduduk dalam kereta pukul 8.15pm tadi. Yang kedengaran cuma deruman enjin yang baru di start. Hanya membiarkan ia memanaskan enjin. Termenung jauh aku dalam keadaan gelap dekat dengan tempat jaga kolej. 


Dalam hati berdebar-debar. jantung terasa berdegup cepat sedikit. Ya Allah...rasa seperti nak menangis.. kaki aku terasa terketar-ketar. mencari clutch, break dan minyak. Tiada kekuatan. Langsung tak de kekuatan. Sebab tu orang kata alah bisa tegal biasa. Eh?betol ke? Abang datang tukar kereta semalam. Selama hampir dua bulan memandu kereta auto membuat aku takut untuk membawa manual kembali. Tak tahu kenapa. Rasa sangat takut. selepas memanaskan enjin, niat untuk membawa kereta berjalan-jalan sekejap terbatal di situ sahaja. 



Maafkan aku, especially to mak dan abah. Sebab tidak bersyukur dengan apa yang diberi. Dah diberi betis nak paha. Dah diberi kereta, demand nak auto. Sedangkan sebelum ni aku bawak manual selama sebulan oke jek. Tapi kekuatan itu dah tak kembali. Menangis mengadu dalam telefon hanya merisaukan mak dan abah. Maafkanku...


Maafkan aku..kerana tidak berterus terang tentang kecederaan di betis pada awal tahun 2011 aritu. kaki aku dah tak kuat. untuk tekan clutch itu. Bersukan jugak mungkin dah kurang boleh aktif. Mungkin setakat main sikit bolehla. Aku sedih. Sebab tu bila kawan tanya kenapa aku dah tak nk interkolej hoki, aku jawab sebab bz. Tak..sebab kaki aku dah tak kuat. Aku takut kalau bertambah sakit tulang tu. Delayed union or nonunion? Mungkin. sebab tu ada terasa sakit walaupun dah hampir setahun.

dan atas sebab-sebab tersebut aku terasa penat membawa kereta manual. Maafkanku merisaukan mak dan abah. Selalu merisaukan mereka. Jahatnya aku. Aku tahu tu kereta kesayangan abah. Tapi tak salahkan nk tukar kepada auto? Wuwu..penatnya. 


Balik ke bilik dengan hati sayu dan sedeh. Pilu jugak bila pikirkan exam minggu depan. Kenapa otak aku terasa berserabut.

Hatiku mendung seperti ini. Hanya belog peneman untuk meluahkan perasaan yang tak terucap.
Semoga aku dapat tenangkan hati. Jangan menangis. (T,T)

No comments: