.A STORY.: Entri panjang ntah ape-ape takperlu baca :)
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Wednesday, December 28, 2011

Entri panjang ntah ape-ape takperlu baca :)

Assalamualaikum.


Selamat tengahari. Di Serdang kini tengahari yang tak berapa panas. Ada mendung-mendung gitu. Seronok dibuat tidor. Tetapi atas satu tanggungjawab besar iaitu mesti study terpakse korbankan untuk minggu lain. iaitu mungkin about 3 minggu lagi baru leh rest semase musim praktikal. (Haida bajet study, padahal tak sangat pun)


Oleh kerana kafe 17 ditutup untuk beberapa minggu?bulan? atau bile-bile la, jadi rasanya selepas habes final boleh ar turun berat badan 5-6kg kot? Sebab nye kena masak sendiri. Dan paling mendukacitakan adalah rumah kami tiada peti ais. Jadi makanan seperti sayur segar mungking akan kekurangan dalam badan. Tak elok nye untuk musim final ni. Makanan harian yang kering seperti telur, sardin, megi, nasi goreng adalah menu utama aku untuk minggu ni. Takpe. Haida tak kisah pun. Bab makan memang tak memilih selagi bley kenyang oke jek. Haha.


Semalam ade chat dengan ex-school mate die ckp baru habes present final year project. Oh, best nya korang. ramai jugak kawan aku yang dah habes belajar. Yang di obersea jugak ade yg dah habes belajar. Ni yang buat aku semangat sangat nk habeskan belajar. Sebab nak cepat-cepat keje. 

Tapi...kenapa ada yang dah keje nak sambung belajar yeh? Sebab katanya penat nya keja. Tapi belajar pun penat jugak. Penat otak sangat banyak. Takut-takut dengan lecturer lagi..stress exam lagi...tak paham ape benda lagi...macam-macam ah. 


my bf, walaupun result spm power..tapi takde rezki untuk melangkah ke universiti, tetapi rezki die datang dari segi lain. Dapat tawaran sambung belajar untuk kerja kerajaan adalah satu benda yang sangat bersyukur pada aku kerana die sudah ada 1 jaminan yang tetap. Walaupun bermula sedikit-sedikit sebagai penolong pegawai farmasi, kalau nanti sambung lagi 4 taun amek ijazah, leh jadi pharmacist. Itu rezki die kan? Sebab tu kalau kite tak dapat sesuatu, sebenarnya Tuhan ada sediekan rezki dalam bentuk lain yang mungkin lebih baik untuk kite. Selamat bekerja untuk dia!


Masa aku ngah study tadi (Haida bajet study over!) aku pikir, kenapa aku tak struggle study? Sebab aku ada baca sesuatu kat website mana ntah semalam cakap lebih kurang macam ni "Prinsip orang yang cemerlang tu ibarat itik yang berenang kat kolam or tasik or pantai?" Seriusly ini bukan kisah dongeng Stacy. Umpama tu memang sangat bermakna. Kat sini la SILA BACA . Kalau korang nk tahu ape maksudnya sila la baca kat situ ye. 

Haa..pastu aku pikir, aku terlambat dah ke nak struggle? aku ada 1 setengah tahun lagi untuk habeskan 5 tahun kat sini. Kemana hilangnya struggle yang sepatutnya aku cipta sejak 3tahun lepas? Apa yang aku buat 3 tahun lepas? Kat sekolah aku dulu, aku suka la belajar. Haha. Yeke? Sebab kat sekolah dah ada tetapkan waktu untuk belajar semua. Di matrikulasi dan universiti pulak? Adakah ini culture shock yang aku sendiri kena ubahsuai jadual sendiri dan cari masa sendiri untuk belajar sebab tu aku kurang excellent in vet? OMG. What to do..Result test aku baru-baru yang lepas ni buat aku pikir semua ni. Atau! salah satu sebab ialah mungkin kelemahan aku dalam English? Ye mungkin jugak. Tapi itu bukan masalah utama sebab masalah utama ialah aku salah jawapan. Bukan salah grammar bagai. Sebab ingatan aku lemah? Ingatan aku kepada nombor adalah lebih baik daripada ingatan kepada perkataan. Kenapa aku dah faham tapi kurang ingat. Faham tapi tak ingat adekah sama seperti tak faham?


Dan paling aku pasti dan pasti adalah, aku suke study dalam bilik yang tiada orang. Sebab kalau ada orang, pergerakan orang yang ada tu akan buat aku hilang fokus. Apa boley buat aku duk hostel yang kena kongsi la dengan orang lain. Bila dalam keadaan macam ni...ada 1 benda yang aku rindukan iaitu memori di SEMESTA. Aku rindu semua. Semua. Tak kisah pahit atau manis. Haida over! Huhu. Kenapa aku tak rindukan KMJ? mungkin sebab setaun jek kot. Ape la sangat. kan..hehe. 



P/s: pilih kos yang anda rasa anda akan do the best. Ini sume pasal ikot orang la aku ni nak kos ni. Haha. Tapi ingat, Tuhan yang tentukannya, kita merancang je.Patutnya 4 taun lepas aku pikir semua ni. Cis.
Ketika buang masa.

Korang suke buang masa macam aku nie? Haha.

No comments: