.A STORY.: My Yucca
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects
Showing posts with label My Yucca. Show all posts
Showing posts with label My Yucca. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Perkara tentang aku

Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang aku if korang nak tahu. Kalau tak nak tahu tak kisah. Ahaks. Antara perkara yang buat aku rasa geram dan annoying:


1. Bila nak cepat taip msg tibe2 tertekan sumthing kat button handset tu yang buatkan msg yang aku nak hantar tersave dekat draft. Rasa geram.

2. Bila aku menjawab atau melayan sebagai seorang sahabat tetapi orang cakap aku perasan dan sengaja cuba nak menggoda. Annoying.

3. Bila aku nak study yang last minute punye study tetapi terpaksa dengar orang dok cerite tak henti2 dekat aku. Rasa rimas.

4. Bila aku tengah tengok movie orang datang duk cerite itu ini yang tak de faedah. Annoying.

5. Bila salah orang lain tapi aku yang kena. Aku bengang.

6. Bila aku terlambat bangun pagi dan kelas pulak dengan lecturer yang garang. Aku bengang dengan diri.

7. Bila aku buat salah dan mintak maaf, dan orang tu layan aku macam hampeh masa mintak maaf. Lantak kau.

8. Bila aku bagi idea dalam kalangan budak2 pandai then idea aku yg mungkin diaangap seakan macam orang bodoh punye idea ni tak dilayan langsung. Rasa sedih dan rendah diri. Oh! pernah terjadi dan sampai sekarang kalau aku group dengan budak2 scorer aku takkan bg idea. Lantak ar.

9. Aku susah jatuh hati. Sebab tu aku layan korang sebagai kawan semuanya. Dan jangan salah anggap dengan sikap aku.

10. Aku banyak rahsia dalam hati yang aku hanya kongsi dengan orang yg aku sayang. 

11. Benda yang aku akan buat kalau stress adalah bukan makan.

12. Dulu seorang yang sangat mudah terasa hati, tapi kini tidak sedikit demi sedikit.

13. Oh! Benci dengar orang hempas2 pintu atau pun hentak2 barang depan aku.

14. Tak suka bila penat. Sebab aku tak boleh buat apa2 kerja kalau penat, rasa nak marah. Sebab tu suka elakkan penat dengan tidor.

15. Lastly, tak suka orang kutuk aku depan aku, kutuklah belakang aku takpe asalkan aku tak tau. Sebab aku tak dengar. Tuhan je tahu.

p/s: Aku manusia biasa. Terlalu banyak kelemahan yang perlu dibaiki.




Ada waktu gembira dan sedih selama kami berkongsi segala macam hal selama 6 tahun. 
Kalau korang tak suke tengok, tak payah tengok. Aku tak kisah. Sebab aku yang suka dia. Haha. Serious. Tehee! ;)

Thursday, November 3, 2011

Cerita Bulan November dan Kisahnya

Assalamualaikum w.b.t

Cinta Elysa. Ok. sekarang aku ngn bf duk gile cerite ni kot. Haha. Nak tau sebab pe? first time aku tengok aku rase eh, nape cara Johan Asari ni cakap macam bf aku. Seeerriius. Haha. rupenye bukan aku je yang cakap macam tu, sebab adik-adik bf aku pun cakap macam tu jugak. Hak3. Sebab cam dagu sikit. Hihi. And something yang kat rahang tu. cam mase korang ketap gigi, ape nampak kat rahang? ade cam tulang kan. Haha. Please Haida...cakap cam hampeh belit. sudahlah malas cakap.
oke, salah satu sebab kitorang suke cerita ni adelah......

Lagu latar! Haha. Tu salah satu la. Selain tu aku rase ni salah satu cerite drama melayu yang cam lain sikit la jalan ceritenya. Tak boring. Memang tertunggu je setiap episod. So tahniah kepada mereka kerana berjaya membawa cerita Cinta Elysa ni ke rating yang tinggi. Wah.
Then, esok mau balik untuk raye haji. Pada asalnya xmau balik pun, but dah tak de pape benda bz pun ujung minggu nie, so bolehla balik. Lagipun raya haji taun lepas beraye di perantauan di taman2 putrajaya jek. Haha.


Orait. bersempena dengan Raye Haji menjelang tibe, Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada seluruh umat Islam dan juga semoga sesuatu pengorbanan itu memberi kita lebih erti dalam hidup. 


Wassalam.

Gambar Raya Haji Tahun Lepas.

Ini jugak. Raya Haji taun lepas beraya di Putrajaya.

Sangat gemok je rasa. Tapi pedulikan. Haha.

Sunday, October 16, 2011

Tak Perlu

Tajuk utama ni dah lama aku nak tulis. Tak la lame sangat. Just baru masuk sem ni la nk tulis. Hehe. Iaitu kepada korang-korang...kalau korang tanya someone tu "nk pegi mane wey?" then kalau orang yang korang tanya tu jawab "nak makan dengan bf kat bawah." then korang tak perlu buat muka oke. Oke? Kalau korang nk buat muke, sila la buat muke belakang2. Pedehal nk buat muke plak? Ni bukan sekali, dah 2 3 kali jgak. So, aku mmg tak puas ati jugak la..hehe. Seriusly. Cam ase...leeeehhh....pe hal kau nk buat muke?pe masalah? aku bukan kacau ko pun aku nk pegi makan. grrr... Ha lagi satu..bile aku ckp brg contohnya external, bf aku ngah pinjam pun nk buat muke ke?Nape?ko menyampah dengan orang yang ade bf?haha..kalau korang kt tempat aku, then aku buat muke camtu mesti rase mcm pedehal kau nk buat2 muke?kan?



Then topik yang tiade mengena dengan tajuk ialah...aku dah bawak kerete! Tapi mule2 dukacita sebab pe? Sebab abah mak bg kete manual wira. ooo..mule2 rase nak nanges sebabnye terpikir camane aku nk bawak nie...rase macam hua....then setelah buat latihan dengan bf (sila jangan buat muke depan aku, belakang2 lantak korang la), akhirnye dah nak masuk 2 minggu aku drive kete manual. Setelah 3 tahun aku tak pegang manual akhirnye terpakse jugak. tapi nak bawak jauh2 tak la sangat. Setakat pergi fakulti, balik, pergi Pekan Seri Serdang tu bley la. Lagipun aku driver baru, tak berani la wey. Nak bawak balik Pahang pun pikir banyak kali. Tapi takpe, practice make perfect! kena hari2 bawak.


Oke la. Esok ade test. So nak sambung study lagi. Asek tido jek. Sem ni belum nampak lagi ciri2 kerajinan aku. Oh tidak! kena mulakan dengan hari ni. Lagipun hari ni bf aku start keje part time malam. kumpul duet sementara kan. So, die bz keja tak kan la aku nk lepak jek. Kena start untuk study untuk comprehensive exam for fifth year!!! Selamat Malam! 

Sunday, August 21, 2011

Dialah Yang Buat Aku Tertawan

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua.

Entri ni saya nak kisahkan tentang seorang ni. Dia lelaki dan saya terima apa-apa komen kalau entri saya ni buat semua rasa suka mahupun tak suka. Sebab ni entri yang saya nak tulis tentang seseorang yang membuat saya tertawan.



Dia, seorang lelaki. Bukan artis. Bukan penulis novel. Bukan jugak ahli sukan. Seorang lelaki yang saya kenal sejak dari sekolah. Saya dah kenal dia dari saya form 1 lagi yang mana hanya kenal melalui nama. Sebab saya kenal dia sebab dia kreatif. Naik form 2, ada kakak senior saya yang sama sekolah suka mamat exist. Dia kata lelaki ni muka ala-ala mamat exist tu masa kami form 2. Dan lagi sekali saya kenal dia. Naik form 3, selalu bertembung dengan dia kat tangga masa tukar kelas untuk kelas bahsa asing. Okey, stop kat situ.




Laki ni saya dah kenal dia secara rapat selama hampir 6 tahun sehingga hari ini. Ada banyak benda yang orang lain tak tahu tentang laki ni. Dia seperti lelaki lain. Ada hobi. Ada jiwa. Ada perasaan. Ada minat.


Dia seorang yang suka bermain bola sepak. Sangat suka. Dulu dia seorang goalkeeper di sekolah. Tapi sekarang tak lagi. Penyerang plak. Futsal. Pun sama jugak. Teringin nak tengok dia main bola sepak lagi.



Memang, kalau nampak dari luaran, nampak dia garang. Yup. Dia memang garang pun. Tapi kadang-kadang dia ni kelakar. Sebab kalau dia cover, dia suka tersepak botol atau plastic atas jalan masa berjalan. Dia tak suka benda yang remeh. Dia tak suka memanjangkan rajuk. Dia akan membiarkan rajuk saya. Dia tak pandai memujuk. Yup, saya tak nafikan. Dia, seperti orang lain, sebab dia tak terlepas dari memandang sesuatu yang cantik. Sebab dia ada hormone testosterone. Macam tu jugak saya. Saya pun manusia yang sukakan perkara yang indah.



Apa yang saya kenal dia, dia seorang yang sensitive. Cepat berubah mood. Tapi, dia tak lindung rindu dia. Dia tak tunjuk romantic dia dalam msg. Tapi bila dengan dia, dia protect saya. Dia takkan pujuk saya depan orang lain. Dia akan pujuk saya bila orang lain tak nampak. Kadang-kadang, saya rasa macam marah sebab dia jarang pujuk. Tapi sebaliknya saya rasa lega, sebab dia bagi saya seorang je tau macam mana dia pujuk.




Tapi satu benda yang saya paling salute dia adalah dia terhadap keluarga dia. Saya suka dan gembira tengok hubungan dia terhadap keluarga dia. Apa yang saya paling suka, hormat dia terhadap kedua ibubapa dia. Hubungan rapat dengan adik beradik dia. Saya dapat tengok tanggungjawab dia walaupun dia tak tinggal dengan family. Saya dapat tengok penyayang dia terhadap budak-budak. Saya dapat tengok dia sebagai lelaki yang ingin berkeluarga. Saya dapat tengok dia lelaki yang ada matlamat. Sebab matlamat tu penting.


Saya tertawan dekat dia, bukan sebab semua-semua tu. Tapi saya sendiri tak dapat bagitau kenapa saya suka dia. Saya nak terima dia seadanya. Dan saya harap dia terima saya seadanya walaupun saya perempuan yang biasa. Sangat biasa.


Ada banyak benda yang berbeza antara kami. Ada-ada je tak kena. Sebab tu saya suka merajuk. Saya suka touching. Tapi saya suka jugak dia. Sebab dia adalah dia. Sebenarnya saya merajuk mengada agaknya. Huh! Tapi kan. Ada dua benda yang sama betol2 sangat2. Iaitu tarikh lahir. Bukan bulan lahir. Tarikh. Dia 16 Februari, saya 16 Mei. Dia 10 Rejab dan saya 10 Syawal.

Ni la seorang tu!






Garang kan? Kan?




Okay. Sudah. Mesti da berpinar baca entri panjang cenggini. Stop dulu la. Sebab saya ada satu pantun:

Bangun pagi cari perigi,

Jumpa lagi.

Haha. Sorry la, pantun yang singkat di dunia. Keh3. (^^)


Sunday, May 1, 2011

A song for ME.

someone special tujukan lagu ni untuk aku..
bile tengok lirik die..tibe2 rase bergenang..
bukan jiwang..tapi terharu..ahaks.





dalam setiap kehidupan..aku tahu kite takkan terlepas dari kesilapan..cume yg perlu ade pada diri kite..berusaha menjadi lebih baek untuk masa hadapan walaupun kadang2 sisa2 silam itu kembali menerpa..anggaplah ini sebuah perjalanan..
TQ,Yucca. for the song.

Wednesday, March 9, 2011

kalu die xhappy,saya pun tak happy.

Of all the things you wear, your expression is the most important. Because..what i'm looking for is your happiness. (-,-)

betol..erm..aku berasa cam xseronok, sebab nya aku xdapat wat orang yg aku sayang hepi..sedey..orang akan kate aku ape2 la bodoh ke..ape ke...tp korang xtaw n tak pernah ade kat tempat aku..aku tak tahu buat macam mane lagi da..semua yang aku wat aku rase xseronok. sebab nye satu je..sebab aku still xdapat wat die hepi..sebab aku tau satu je bende leh aku wat untuk die hepi..kalau bende ni betol2 leh wat die hepi..aku tak kisah. asalkan aku dapat tengok die senyum lek kat aku seperti 5tahun yang lalu..huhu..

khas buat sabri: kalu bende ni wat ri leh hepi betol2..ida xkisah..xsanggup da nk tengok ri xhepi.betol2 xsanggup...(T,T)setiap hari pun duk pk mende ni..


p/s:untuk membahagiakan diri sendiri...aku mesti membahagiakan orang yg aku sayang. biarlah pape kate orang. sebab aku terlalu penat.

Monday, February 21, 2011

A UNIQUE LOVE STORY in my secret life.

assalamualaikum..

keh3. hari ni sangat bahagia kerana aku telah berjaya menghabiskan test 1 yg termasuk minggu ni sudah 3minggu. penat wo. dah gaye cam final plak tau tak! nyampes i. so mlm ni dapatlah buat apa sahaja yg ati mau tanpe ade assignment..tanpe ade note yg nak kena bace. warghh..happy siot..sekejap je happy..sebulan lagi test2 plak.kah3..


wah...aku berasa aku ni sangat bertuah walaupun mesti org lain kate aku nie gile atau malang ape bagai. tp aku rase sume ni ketentuan dtg dari-Nya. dan aku menerima dengan baek. aku telah mempunyai satu love story yang unik. sangat unik. kerana aku tahu n faham bukan semua org dapat ada love story yang macam aku alami sekarang. memang susah. mule2nya sume ni aku rase macam mimpi..sakit hati..pendam2..sume yg negatiflah..tapi kemudian apa yang aku mintak adalah petunjuk daripada Allah..dan inilah petunjuknya dan aku sungguh berasa lega. sebab kite mesti yakin setiap apa yang Allah aturkan untuk kita itu sebenarnya ada hikmah yang tak ternilai. dan bende2 mcm ni telah mengajar aku menjadi seorang perempuan yang lebih bersabar. insya-Allah.


dan aku kisah cinta aku yang unik ini biarlah menjadi satu senyuman antara kami. dan aku rasa tidak perlu persoalkan lagi mengapa sume ni terjadi kerana setiap perkara yang kita lakukan adalah datang dari Allah. syukur..sebab aku masih waras.



akan tetapi! jika kamu2 mahu ada satu kisah love story yang unik ni..benda pertama yang kamu2 kene lakukan adalah berterus terang. kemudian hati kamu2 akan berasa lebih tenang apabila berterus terang. Unique love story adalah satu ketentuan. usah persoalkan. kerana setiap manusia yg bersabar dan tenang..ada hikmah disebaliknya. dan paling penting adalah KEIKHLASAN. sifat keikhlasan ini aku sedang menjana sedikit demi sedikit..dan inilah salah satu perkara yang mengajar aku menerima ketentuan Ilahi.



yeah kawan2. i love u all. haha. tetibe tak tentu pasal.
p/s: kisah cinta aku kini..biarlah menjadi rahsia diantara kami.
dan aku kan terus menyenyum kan diri.keh3. love myself!