.A STORY.: Untuk Dia dan Abahku
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Sunday, June 17, 2012

Untuk Dia dan Abahku

Assalamualaikum dan selamat malam.

Aku, Haida. Malam ni sedang berusaha bertungkus lumus untuk exam petang esok. Walaupun sedikit yang perlu dibaca, tiba-tiba hati rasa aku hanya mampu merancang. 

Perjalanan aku jauh lagi. Aku mungkin terlalu muda untuk memikirkan semua tu buat masa sekarang. Habiskan apa yang aku alami sekarang. Ntah 1 ntah 2 ntah 3 taun lagi baru la aku pikirkan nya. Cuma jangan risau, tiada yang berubah dalam hati yang telah merancang.

Aku nak study. Betol2. Maafkan aku. Sebab ini sahaja cara untuk aku menolongmu, sayang. Yang aku pinta hanya 1. Dalam perjalanan mengenali hati budi ini, berikan satu benda untuk hatimu. Hadiahkan hatimu perkara ini, kesetiaan. Kesetiaan dalam hubungan, samada hubungan dirimu dan tuhan, begitu juga hubungan dirimu denganku. Itulah yang terbaik jika dirimu inginkan yang terbaik. Sematkan perkara itu dalam perjalanan kita. InsyaAllah. Bukan aku saja, tapi tuhan pun akan tolong kita. 



Dan Selamat Hari Bapa buat abahku.

Adik tak tau nak cakap apa-apa sempena hari bapa. Tapi masa adik bagi msg cakap Selamat Hari Bapa, abah cakap terima kasih ingat kat abah. Ya Allah, mana mungkin adik lupakan abah adik yang terlalu adik sayang. Terlalu banyak yang ada pada abah yang adik tak mampu tulis kat sini. Cukup adik simpan dalam hati. Maaf jika tak dapat jadi anak perempuan yang baik. 

Abah, terima kasih jadi abah yang sangat rajin dan sangat baik. Terima kasih sebab kesetiaanmu kepada mak yang sekalipun tak pernah mencurangi mak. Walaupun kadangkala kita ada bertengkar, tapi adik sayang kat abah! Adik tak pandai luah depan-depan. Cukup luahan dalam doaku untuk mu.
Semoga sihat selalu, semoga dimurahkan rezeki, dan semoga dipanjangkan umur.





Gambar abah paling sporting! Cuba rambut palsu.

2 comments:

JawahirAbdullah said...

awww, your abah is so sporting laaah! and cute too! =D
may Allah bless him. amin. =)

and dont worry bout the future as Allah has planned it far more better than what we have planned.
tawakkal,insyaallah tuhan dengar.
wawa doakan kak aida. amin. =)

SitiNurhaida said...

Hahah. InsyaAllah. Amin. Thank you! Kepada wawa selamat masuk tahun 4!