.A STORY.: Tersenyum tentang mereka yang akan menghalalkan hubungan.
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Friday, June 15, 2012

Tersenyum tentang mereka yang akan menghalalkan hubungan.

Selamat Hari Jumaat. Walaupun mase aku taip ni dah hampir pukul 12 malam.

Tik tok tik tok. Jam berdetik je lebih. Baca nota? 2 chapter je baru. Tak leh jadi aku ni. Kalau tak stress payah betol nak study dengan bersungguh. Apa yang aku perasan, kalau aku stress esok nk exam, baru aku bace dan terus faham. Pelik betol la. Masa yang sekangkang kera jugak yang aku cari. Pastu apa yang aku buat? Online ntah apa-apa. 

Tapi actually aku menulis entri ni pada malam yang tak hening sangat sebab duk dengar budak junior bersembang kat rumah lain tu sampai dengar kat bilik aku --> oke berbalik kepada tajuk, nak ucap tahniah kepada kawan-kawan aku yang 3 orang sekali gus kot taun ni. Hey! Seronoknya korang dah sampai masa diijabkabulkan! Mula-mula yang aku tahu baru seorang. Kemudian dah tengah taun ni tup-tup tambah lak lagi dua orang. Makan kenduri saje la aku pasni. Kalau campur 3 orang wife-to-be ni, maksudnya dah 4 orang batch sekolah aku yang dah kahwin and nak kahwin. Tu yang aku tau. Yang aku taktaw plak? Tibe-tibe lak ujung taun ni tambah 3 4 orang lagi. Hey, i pun teringin nak kahwin jugak. Tapi, perjalanan hidup aku, belum tertulis untuk semua itu. Insya-Allah akan datang. 

Ada yang bertanya, "ko bile lagi, Haida?" "Ko la plak pasni.."
Ye aku tahu, aku dan die dah 6 tahun sengah dah kenali hati budi. Tapi belum masa lagi camane ni?? Haha. Nasib baik i baru sweet 23. Hihi.

Haha. Jawapan aku senang je. Macam yang tertulis kat atas tu. Masa aku belum sampai lagi. Kalau dah sampai takkan la aku nak sorok benda yang baik. Jadinya, selagi aku tak jemput, belum lagi ar tu. Hihik.
Oh ye, bukan aku tak fikir pasal semua benda tu. Kita manusia mestilah ada perancangan kan. Cuma perancangan kita tu kita sendiri tak tahu bila akan terlaksana. Oh jugak. Kat sini aku nak bagitau awal-awal, kalau aku jemput kenduri je takpe la kan? Sebab risau jugak kalau tunang kan biasa buat senyap-senyap je, then bile kawan-kawan dapat tau, diorang marah sebab tak bagitau. Camane kan? 

Lagi satu, aku rasa before aku, mesti berderet-deret lepas ni ke jinjang pelamin. Kawan-kawan baik aku sendiri Fara, Naz, Kumey, Zaza tu entah-entah diorang dulu.

Oh, ye. Actually aku tak pernah langsung lagi pergi kenduri kahwin kawan aku. Tidak kira la sekolah menengah ke rendah ke. Tapi kali ni, sebab 3 orang kawan aku ni perempuan, jika dijemput, akan ku cuba sampai, walaupun pada masa tu aku dah masuk sem 9 aka 5th year as DVM student. Oke malas cerita pasal kesengsaraan belajar. Boring la nak cite. Benda yang sama. Haha.

Seronok jugak kalau dapat jumpe kawan-kawan lame. Boyfriend lame ke. Nanti Sabri jeles lak. Kah3. Antara banyak-banyak kawan yang the best, adalah kawan sekolah menengah aku. Seriusly tak tipu. Even aku dah 4 tahun kat vet ni, aku tak jumpa pun lagi kawan yang seperti kawan sekolah menengah aku. Mereka paling best. Susah nak explain kenapa.

Okeylah. walau camana pun, aku nak ucap tahniah dan semoga persiapan korang kawan-kawan aku ni untuk ke alam perkahwinan berjalan dengan lancar. Hey, nanti korang dah bersuami, tak leh cuci mate. haha. Gurau. Tata. 

(^,^)

No comments: