Assalamualaikum wbt. selamat senja! Sambil menghirup kuah kuey teow kungfu panda ni, rasa macam nak menulis la plak kan. Menulis la ape2 pun.
Alam pekerjaan di makmal pada hari pertama:
Wah. ada budak praktikal laen la jugak baru datang. Sebijik kancil. Oke. dalam 3-4 orang je kot. Takpe lah. Pegi je daftar kat pakguard. Hamek kau. Ada lagi dalam 10 orang perempuan yang praktikal jugak. dan jumlah kesemua tempat praktikal adalah 20 orang. Fuh mak aih. ni fakulti ke ape? Haha. Actually mereka yang lain tu pelajar universiti lain. Oke hari pertama biase la. Tak de la nak tegur bagai kan. Aku kan sombong. Hah???
Hari kedua. dah start dapat bahagian mana yang nak duduk. Oke. baru start senyum2 kat surau. tanye sikit2. mereka la yang tanya i n zuzu ye. Tanya umur pulak dah. sebut je 23 tahun. terus cakap.. oh..akak la ni. Heh??? dah tua rupenya aku.
Hari ketiga. Hari ini. Dah start tegur2 gelak2 kat dalam tempat lab dah. tetibe aku rasa aku cam banyak cakap plak. tanye itu ini. nama la. apa la. duk mana la. perbetulkan ape orang kate la. tetibe aku rasa macam. Eh? Bajetnye kau Haida. Mase balik tu aku pikir. Oke lah. Mulai esok nak senyap je la. Nanti takut plak orang kate aku ni minah kecoh plak. Daripada tak suka orang cakap camtu kat aku baek aku jangan banyak tanya sangat.
Huh! susah tol kalau ada semangat inkuiri yang tinggi ni. Hihihihi.
#Study masih belum bermula. Apa nak jadi ni.
No comments:
Post a Comment