Assalamualaikum
Kepada malam yang menemani rasa hening ini. Apabila mata yang rasa perlu tutup masih cekang utuh mahu membuka. Walaupun sudah beberapa malam penat kelopak mata ini. Jari-jemari teringin mengungkap sesuatu tentang diri.
Bila banyak kata tidak layak untuk berkata
Bila banyak kata tidak boleh berkata
Bila banyak kata perlu dipendam
Bila kata hanya untuk meluka
Bila banyak kata tersimpan tersimpul
Dan
Bila banyak rasa tidak boleh terluah
Bila banyak rasa tidak perlu ada
Bila banyak rasa hanya buat meluka
Bila
Kata dan rasa perlu disimpan
Bila
Kata dan rasa keluar melalui air mata
Bila
Rasa dan kata tidak layak didengar
Aku layak menjadi manusia hipokrit
Mengalir air mata tatkala menggelar diri manusia hipokrit
Kerana, jika banyak kata aku tak boleh ungkap, banyak rasa aku tidak boleh meluah
Apa lagi layak untuk menggelarkan aku
Patung.
Rasa terindah biar berpanjangan. Berbincang tentang aku tidak usah. Jangan bicara tentang aku, hanya buat meluka. Jangan dengar tentang aku. Buat menyampah. Apalah hati ini jika tidak boleh berbicara.
Cuma ingin berkongsi. Cuma ingin kau tahu apa aku rasa. Kerana aku juga manusia. Ada rasa sedih. Ada rasa gembira. Bila yang sedih hendak digembirakan, apalah daya aku. Bila kau berada kesedihan juga, bukan sekelip mata berubah gembira. Manusia tidak sempurna seperti aku, sebenarnya manalah layak berkata-kata begini. Takut menyakiti.
Terima kasih blog. Sekurangnya ada kau buat lepas hipokrit.
No comments:
Post a Comment