.A STORY.: Maaf Kalau Terasa
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Tuesday, April 3, 2012

Maaf Kalau Terasa

Assalamualaikum wbt.

Selamat tidor kepada semua yang sedang lena diulit mimpi yang kadang-kala tak seindah mimpi. Dalam kesamaran cahaya lampu meja yang keoren-orengan begini, aku sempat menatap laptop yang tak kurang 4 tahun usianya. Sambil menunggu pesanan ringkas berbunyi .."dah sampai umah dah ni..". Walaupun kepenatan berada di ward yang sebenarnya lebih kepada kepenatan menunggu, masih sempat menghabiskan sisa-sisa waktu sebelum jam 12 untuk berjalan-jalan ke pasar malam yang tengah malam baru meriah. Seploh lima belas minit lagi pagar hostel akan ditutup alhamdulillah, sempat lagi menjejak dalam kawasan hostel tanpa masalah lain.


Akan rindu. Itu yang bermain kat kepala waktu sekarang. Akan rindu untuk berfoya-foya. Kah3. Tak foya sangat pun la. Setakat shopping kat pasar malam pe la foya sangat kan. Ye, mesti akan rindu saat begitu. Bila cakap macam ni aku dah sebak. Orang lain mesti akan kata, poyo je nak sebak. Hati manusia lain-lain, apa yang kita lalui jugak lain-lain. Kadang-kala orang lain sebak aku tak, aku sebak orang lain tak. Adil la kan?


Maaf jika terasa. Senang je tajuk. Nampak macam aku yang buat orang terasa. Tapi sebenarnya aku terasa?? Haha. Meh sini cek nak bagitau. Aku ni kalau terasa sekejap je. Kawan mana yang tak pernah terasa. Dengan best friend aku sendiri pun penah terasa. Tak pe. Biasa la tu kalau aku terasa. Tapi jangan sampai rasa takut nak kawan or bercakap dengan aku. Muka aku mungkin nampak garang. Tapi hati aku ni oke jek. Tak de garang. Manje ada la. KAH3. Bila orang mula formal dengan aku, tu yang aku rasa macam hadeh..tak best langsung weh. Aku ni dari sekolah dulu bukan jenis skema-skema. Jangan la sebab aku pernah terasa ke, korang rasa susah nak kawan ngn aku. Seriusly, kalau dengan kawan-kawan aku bukan jenis serius sebenar. Atau mungkin masa aku terasa tu sebab aku tengah PMS ke. Kan. 


Aku kan perempuan biasa. Kalau aku gila kental hati tak pernah terasa, maksudnya aku dah hilang satu perasaan yang sepatutnya wujud dalam diri la kan. Marah, geram, terasa hati, sedih, suka, gembira, sayang, menyampah, minat, ape lagi hah perasaan? Tu semua memang ada dalam diri setiap insan. Datang dan pergi. kan. Tapi sayang aku kat dia aku berdoa semoga hingga selamanya.


Jadi maaflah jika sebab aku terasa buat orang lain pulak terasa dan rasa tak nak terasakan aku dah. Takpe pun terasa banyak kali. Dengan best friend, dengan boyfriend aku pun banyak kali terasa. Tapi life is goes on. Yang lepas bagi aku lepas la. Bila aku dah oke, maksudnya aku oke la. Oke? Haha.


Kawan je dengan aku macam biasa. Aku rasa macam sangat pelik bila orang kawan ngn aku dengan formal dan sangat menjaga hati. Please jangan. Sebab aku ni sebenarnya kawan yang jenis suka merepek. Tak caya tanya Zuzu. Haha. Serius. Aku bukan seorang yang serius. Nampak muka macam garang. Hati tidak.



HiHi. Tata. Nak makan mee goreng. Gemuk ke makan malam-malam?Tak pe lah. Sekali-sekala pe salahnya kan. Walaupun banyak kale dah. biru ada, kuning ada, hijau ada, merah ada, macam-macam kale dah. 

Oke Tata lagi.



Gambar tak la berapa lama sangat. Tapi aku love gila ngn bestfriends aku yang perempuan tu.oke.

No comments: