.A STORY.: Tentang Empat Tahun
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Wednesday, March 28, 2012

Tentang Empat Tahun

Bertema lagu latar belakang, bersama hujan yang menuruni malam, tibe-tibe rasa sebak kat hati ni menjalar-jalar. Sebak sampai rasa nak nangis.

Ianya tentang empat tahun. Empat tahun dia ada dekat kawasan sini, bekerja-belajar-bekerja sementara masih dalam kawasan dekat dengan aku. Tibe-tibe setahun lagi aku nk habis, die kena kerja tempat lain. Sedeh. Selama empat tahun, kalau aku sesak apa-apa die yg datang jenguk. Die yang datang teman aku. Dalam setahun ni, kalau aku sesak, die nak datang camane kalau die kerja jauh.

Rasa macam aku ni selalu berdikari. Tapi sebenarnya tak. Sebab sebenarnya selama 4 tahun di sini, die sentiasa ada berhampiran aku. Boleh datang bila-bila masa. Demam aku, sakit aku, jatuh motor aku, stress aku, die yang datang teman. Seriusly. Aku sedeh.

Minggu depan die dah berenti kerja sementara dia tu. Isnin balik ke rumahnya. Bersiap-siap untuk persiapan melalui alam pekerjaan tetap. Tahniah sayang. Mesti rasa lega kan sebab dah ada satu kerja yang terjamin dan tetap. Aku turut lega.

Tapi aku sedeh. Aku tataw macam mana aku nak rasa bila aku dalam keadaan stress dia mungkin mampu tenangkan aku dalam handphone. Jarak beratus kilometer. Tak larat nak mengungkap perasaan aku kali ini, sebab aku risau aku rasa keseorangan. Maaf. Seriusly aku rasa amat sedeh.


No comments: