.A STORY.: Tolong cuba buat tudung ini. Serius mahu lihat.
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Monday, April 30, 2012

Tolong cuba buat tudung ini. Serius mahu lihat.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Dalam otak aku sekarang ni, banyak sangat idea yang datang untuk buat itu ini (tetibe terus masuk topik, pastu entah pape). Tapi! bukan idea berkenaan bidang yang aku lalui sekarang (yang bakal [insya-Allah] habes pertengahan tahun depan). dengar macam lama gila lagi oi tu pun nak kecoh ka? Kecoh la wey sebab korang ape tau sengsara. Hahah. Ceh.

Oke. Idea. Aku ada idea mcm2 gak. Tapi ade tak orang yg boley tolong buat kan idea aku ni disebabkan aku kekangan masa untuk buat disebabkan kerajinan aku nak tonton drama korea study tu mendadak? Maaf. test tak habes-habes. Dah habes first test, baru nak rehat tetibe tengok jadual, eh?dah second test? Baju raya pun tak sempat g beli. Bajet ari sabtu lepas nak g jenjalan Masjek Jamek. Pastu punye la katak bawah tempurung sangat, tataw pun ad Bersih tersebut. Nasib baik rumate bagitau. Kalau tak, tak pasal-pasal muka aku terpampang kat siswa punye page ditangkap dengan terpinga-terpinga kat sana.

Maaf lagi. Ini idea aku. Tapi masih tidak kesampaian. Kepada sesiapa yang terbaca leh tak try buat idea ni? Tapi idea ni khas untuk wanita dan gadis di luar sana. Aku rasa tak de lagi kat pasaran. Kalau ada dah pun belum popular kot. 

#Buat tudung. Anda perasan tak masa zaman sekolah dulu kan pakai tudung putih berjahit tu kan. Kalau yang stok macam aku suruh mak yang buatkan semua, memang akan tahu macam mana jahit tudung sekolah yang senang tu. Tudung sekolah tu ada dua bahagian la kan, luar dan dalam. So, kalau boleh tak nak nampak pun bahagian dalam tu. Kalau nampak pastu mengadu kat mak, "ala..bahagian dalam ni potong la cket. nampak la. macam nak sama panjang dengan yang luar je." (nada budak sekolah. Sekarang aku da 23. tetibe rasa, eh tue da aku. haih.)

Ha pastu anda perasan tak trend sekarang punye tudung kalau boleh, bahagian luar tudung pulak pendek. Semakin banyak lapis itu, semakin cantik katenya. Korang tengok la kat JelitaSara. Majoriti macam tu kan. So, my idea, instead of buat bahagian kepala die menggunakan awning yang kadang-kadang tak semua orang sesuai pakai, kadang-kadang pakai spek tetibe kembang awning tu, so pe kata buat tudung terbalik tu macam buat tudung sekolah dulu?Jadi tak de awning tu la. tapi buat la yang pendek di luar, yang panjang di dalam. Guna la kain yang cecantik sikit. Pastu hias2 sikit dengan manik. Cun x?Haha. Okeh. Faham? Buat la idea ni. Try jek. please. Hik3. I xde masa yang banyak nak buat. Haha Getis.

Oh lagi, material kain untuk buat tudung macam tak leh yang macam tudung bawal tu. Bak kate budak sekolah aku dulu kan, nanti susah nk 'L' la tudung. Maksudnya susah nak elok bentuk die kat muka. Jadi Kena kain yang licin sedikit. Aku rasa kain satin yang lembut boleh gak. Tapi meriah sangat pulak nanti. Kain chiffon pun boley. Bley kate kain yang ada perasaan licin sedikit la. ooke.

Okeh, pasal orang kata pakai tudung awning cepat, tak payah gosok, eh sape kate? kalau tudung kain chiffon bertingkat tu kena gak gosok. Lain la kalau korang gosok sekali pastu pakai 45 juta kali. memang la. So, kalau buat macam tudung sekolah tu, just iron macam tudung sekolah la kan. bukak lebar, pastu gosok.

Aku tau mesti ada yang tak faham kan. Haha. Kepada yang faham sila lah ye buat idea ni. 


#idea kedua tak dapat nak explain sebabnya penat dah. Nota bertimbun nak kena khatam. Terima kasih sudi baca. Babai.

Nah gambar. Untuk kefahaman. Tolong cuba. Kalau menjadi please email me! Please. Nak sangat tengok hasilnya.Tata lagi.



Mase bebudak sekolah dulu. Cuma spec je tak pakai lagi.hehe


Letak la labuci ke manik ke ape bagai supaya menarik seperti yang terjual yang sebegitu mahal gile. Tak berbaloi. Buat sendri ah. Eh? Tapi kalau pikir pasal masa, berbaloi la bagi orang macam aku yang konon-konon bz.

Cuba ye! Lepas tu sesape yang dah cuba email me. Mau tengok hasilnya. Teheee!

No comments: