.A STORY.
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Tuesday, September 6, 2011

Hari Sibuk Menyiapkan Pelajaran. Haha

Assalamualaikum

Hari ini aku sibuk menyiapkan sesuatu yang berkaitan pelajaran. Sesuatu yang sepatutnya aku sudah siapkan 3 bulan yang lalu namun aku tangguh-tangguh sampai 3-4 hari lagi nak balik UPM baru terasa diri ini terhegeh-hegeh nak siapkan sedangkan orang lain dah siap study kan diri mereka untuk masuk tahun 4 Vet yang sangat menakutkan. Menakutkan kah? Aku kena belajar untuk study selalu kah? Oh tidak. Aku bukan minah study. Camane ni. Rasa macam nak lari bali ke 4 bulan yang lalu dan tersenyum saat habes menjawab paper final dan kemudian rasa gembira untuk pergi berpraktikal dan duduk di rumah bergoyang-goyang kaki.


Hehe. Kenapa aku masih sempat untuk menaip entri sedang ada dua practical report perlu disiapkan? Ye. Ni lah due practical report aku yang perlu disiapkan.



Itu adalah anak seladang kalau korang nak tau. Kalau sekali tengok macam anak lembu kan? Hehe. Tapi tu la anak seladang aku ulangi yek. hehe. Oke. Ini punye Jenderak Selatan punya cerita la. Practical selama 2 minggu. Oke. Relax je kat sana.




Ni sengaja nak buat kaler usang sedikit sebab memang da usang sangat dah practical nya, tapi report tak siap2 lagi. Kat sana memang kerja sangat-sangat lah. Memang kerja. Tapi cuma minggu last tu je kami macam tak berapa kerja sangat sebab kami punye supervisor cam bg kami relax je. hehe. Tu pakaian pekerja kat situ la. Kami yang berpraktical pun wajib pakai la. Jadi nampak la biosecurity kat sini kuat sangat la. Jadi, kitorang akan disembur ubat dulu sebelum masuk kawasan ladang. Oh. Lupe..ni ladang ayam di sesuatu kawasan di negeri Selangor. Ha, ayam yang korang duk melantak hari-hari tu ye. Hehe.


p/s: Dah habes taip entri ni, tetibe rasa nak tengok movie plak. Nampaknya practical repot tertangguh malam ni la. haish.

Injection

Assalamualaikum..

entri tak tahu nak tulis apa. Cuma sekadar untuk biar jantung berdegup tidak kencang. Cuma untuk itu. Terfikir kadang-kadangkala. Apa pun yang berlaku, sebenarnya adalah satu kehidupan. Oleh sebab aku tak mahu memikirkan sesuatu perkara secara complicated, aku luangkan masa untuk menulis. Supaya aku lebih meluahkan. Dan tidak memikirkan.


Sebab, setiap selepas aku meluahkan, hati aku tenang. Walaupun kadang-kadangkala aku berasa itu adalah satu rungutan.

Oke sudah tentang itu. entri untuk hari ini adalah untuk melihat keadaan sekeliling. Tinggal sorang-sorang di rumah hari ini rasa begitu bosan. Nak mengikut, malas sangat disebabkan keadaan muka yang masih belum sembuh. Insya-Allah nanti baru sihat betol-betol.

Semalam pergi ke klinik. Untuk cek ruam yang teruk di muka ni. Teruk sangat. Sampaikan doktor pun kate ni ruam teruk. Setelah bertanya itu dan ini, doktor pun inject aku. oh. Sungguh pantas die inject sampai aku xberasa pun. Selepas tu baru rasa kebas2. Selalunya masa kene inject, rasa juga sakitnya.



Takut juga kalau ada penyakit yang kronik. Tapi alhamdulillah. Within 3 weeks doktor kate mungkin akan sembuh la. Oke, tak pe la. Amin.


P/s: Tak boley nak sambung lagi atas sebab-sebab lain. Ada hal.

Monday, September 5, 2011

Keheningan Pagi Semasa Cuti di Hujung Tanduk

Assalamualaikum.. oh, akibat ketidak selesaan tidur pada waktu macam ni, disebabkan sesuatu keadaan, aku pun bangkit ke tandas, kemudian mencari sikat dan bio oil. Ku lihat muka ku seakan mengelupas. Namun, aku bersyukur sebab ada perubahan walaupun sedikit sahaja setelah aku menggunakan bio oil dan elastin E cream.


Tapi, kemudian ku membuka laptop. dan terus melihat tarikh hari ini ialah 5hb. Tak sampai seminggu lagi aku akan berada di rumah. merasa tanggungjawab untuk menunaikan ibadah menuntut ilmu datang kembali. Aku mesti mula untuk menjaga mental dan fizikal kembali. Aku akan kembali ke universiti setelah 4 bulan bercuti. Ye 4 bulan. Namun, tiada apa-apa perubahan positif yang aku lakukan, namun aku banyak belajar untuk berterus terang pada cuti 4 bulan ni. Aku juga mula belajar untuk:


Berfikiran positif
Menerima marah orang


Walaupun saat penghujung cuti baru aku mula untuk belajar, at least aku dapat sesuatu.


Terus dengan masalah ruam aku, walaupun ada sedikit perubahan positif untuk pagi sebelum Subuh ni, namun aku mesti pergi ke klinik juga. Untuk mengetahui apakah masalah sebenarnya. semoga aku ok semua.

Semoga aku diberi kesihatan yang baik, Ya Allah.
Amin~