Jika Kau Cinta Aku...
Mengapa masih begitu..
Tahukah kau hatiku sakit..
Pedih..
Aku faham..
Aku mengaku..
Aku bukan perempuan jelita..
Kau pula sentiasa diminati..
Aku bukan perempuan yang sempurna..
Banyak yang menginginkanmu..
Tidak pada aku..
Tanyalah pada dirimu..
Jika kau sayang aku..
Mengapa kau masih begitu..
Mungkin benar..
Kerana aku masih berada di sisimu..
Mungkin benar aku masih setia..
Mungkin juga benar aku selalu tersenyum..
Mungkin juga benar kemaafan mudah kau dapat dariku..
Tentang aku?
Kemaafan begitu susah aku peroleh dari sesiapa pun..
Oh, mungkin benar juga aku yang tidak pernah berubah lebih baik..
Kerana aku masih ada..
Aku mungkin tidak dihargai..
Kau tahu apa makna dihargai?
Bukan dengan kata-kata sayang sahaja..
Tapi dengan perbuatan..perlakuan..dan hati..
Kalau kau benar hargai apa yang ada..
Sedikit pun kau takkan berasa bosan dengan apa yang kau ada..
Sebab? Sebab nya hanya akan diketahui bagi orang yang menghargai..
Aku perempuan..wanita..
Yang inginkan dihargai oleh hati..
Bukan dihargai setakat di hadapan orang ramai..
Aku tak minta itu..
Cukup kau hargai aku dengan menjaga maruahku..
Jangan biar orang kata aku naif..
Boleh diperlaku apa-apa..
Jangan biar kawan-kawan kau kata aku naif..
Boleh kenalkan orang lain pada kau..
Aku perempuan..
Mana ada perempuan yang tak pernah menangis..
Sebab aku seorang setia..
Diperlaku begini..