.A STORY.: 3 Hari, 3 Perkara
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Monday, December 10, 2012

3 Hari, 3 Perkara


Alhamdulillah!
Selesai satu perkara. Ada lagi 3 perkara belum selesai. Habes tiga perkara..insyaAllah. Semoga aku dapat pekerjaan baik2 selepas itu.

Bila habis je clinical conference. Dalam otak pikir..nak balik rumah!
Penat ke..tak penat ke..petang Jumaat tu balik jugak rumah. Nak habeskan masa dengan keluarga adalah waktu yang paling boleh hilangkan stress.
3 hari. 3 perkara yang berlainan. Betul2 hilangkan stress. Terima kasih waktu masih beri kesempatan untuk aku hirup udara untuk ketenangan. Dengan harapan, balik dari rumah akan cuba perkara baru. InsyaAllah. Semoga lebih rajen, lebih baik dan lebih elok dari sebelumnya.

Jumaat yang terganggun fikiran..hanya untuk menghabiskan clinical conference aku..fikiran tak pernah rasa tenang.

Clinical Case of Mastitis concurrent with Pneumonia in A Goat.
Alhamdulillah dah habes satu bab!
 
Nervous saat akhir presentation. Nervous dah berminggu-minggu. Presentation cuma 20minit. Huh.








Habes je clinical conference dan bergambar,terus bergegas ke kolej untuk pulang ke rumahku Pahang. Ada orang amek best la nak balik Jumaat senja yang sangat jemmmm!! Sampai rumah dah pukul 11 mlm.
Pagi Sabtu bergegas ke Kuantan bawa rombongan kenduri. Rehat tak cukup lagi malam tu pg2 kena bergegas lagi.

Ini je yang sempat bergaambar masa di kenduri.
Yang syoknya lepas je kenduri terus pergi ke rumah bapak mertua abg aku di area Kuantan jugak. Makan2 buah duku, durian, manggis sume lah. Hajat hati satu je. Aku nak tengok pantai. Sebab aku suka sgt suasana pantai. Angin pantai. nak ke pantai bialah redup sikit. Ini baru release tension namanya. 

Petang sikit kami bertolak ke Teluk Cempedak. Ramai memang ramai tapi suasana tetap best. Walaupun hajat sebena nak ke Pantai Balok. Tapi TC cukuplah. Nanti nak balik ke rumah Kemasul jauh pulak.

Nah! Aku sorang je perempuan kat situ yang bermain layang-layang dengan baju kurung! Tapi best sangat. Sangat2.


Gaya orang semangat main layang-layang.

Nganga-nganga mulut duk adjust layang2.

Hatiku gembira suka.

Zara pun dah pandai main layang-layang.

Mereka buat ku happy.

Gambar spontan yang aku suka.

Layang-layang Ben10 kepunyaan Firas.
Sampai rumah Kemasul dah pukul 12mlm. terus tidorkan diri. letih amat sangat. 


Ahad, iaitu esoknya pulak ada rancangan lain. nk ke ekspo ape ntah sumthing di Pelangai. Sebab Sabri menjaga bahagian health screening, jadi aku ambillah kesempatan untuk pergi menjengah ke sana. saja ambil kesempatan. Pastu jumpe pulak Diana Amir ni. Mula-mula tak perasan, pastu nmpk, eh, Diana Amir. Selamba jek aku cakap, hai, bley gambar? and then die bg card business promote untuk travel sumthing yang macam tu lah. Cun.


Artis dan bukan artis.


Alhamdulillah. Semoga dengan kepulangan mereleasekan tension tu boleh buat aku lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan di DVM ni. Sikit lagi Haida! Balik UPM kena buat cara balik UPM, xde makna nak berjoli2 dah. Bye!
~Haida.

No comments: