.A STORY.: BERCERITA TENTANG HIDUP
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Wednesday, September 29, 2010

BERCERITA TENTANG HIDUP

Pernah tak dalam hidup kita fikir, kita ni adakah sangat sempurna di mata orang? walau macam mana pun kita rasa diri kita sempurna pada mata orang, tapi sebenarnya apa yang kita rasa sempurna itulah yang menjadikan kita tidak sempurna di mata orang. pernah tak kita tahu, adakah orang lain buat untuk kita semata-mata untuk kepentingan diri dia. dan pernah tak kita tahu.. orang lain buat sesuatu yang gembira untuk kita, sebab dia tak nak lukakan kita, tapi dia sanggup lukakan diri nya sendiri. sebab kadang-kadang.. adalah lebih baik kita lukakan diri sendiri, sebab ia dekat untuk kita rawat semula. tapi andaikata kita dah melukakan orang lain, adakah kita yakin dapat merawatnya kembali? apa yang kita fikir tidak sama dengan apa yang orang fikir. apa yang kita mahu tak sepertimana apa yang orang lain mahu.

dalam hidup kita, kita kene cuba untuk belajar menerima orang lain. bukan mengajar orang lain macam mana nak menerima kita. sebab itu adalah salah satu kunci perhubungan. tidak kira walau apa pun jenis hubungan. dalam hidup kita, jika ada yang mengalah, bukan bermakna kita mesti sentiasa menang. tetapi biarlah kita turut merasa kekalahan. bukan belajar untuk menjadi kalah. tetapi belajar untuk menghadapi kenyataan hidup. sebab hidup itu ibarat roda. sekejap kita di pusingan atas. sekujap di bawah dan sekejap di tepi.

sekian.

No comments: