Speechless.
First time ade manusia yang aku sayang sambut birthday aku dengan surprise. Dia ni lelaki yang memang tak suka surprise. Tapi sebab dia tau aku sukakan surprise, dia sanggup buat. Dan kali ini memang surprise dia menjadi. Sangat2 sampai aku rasa speechless.
Terjadi cerita.
4.30 petang 16 Mei: On da way nk sampai dah. Kat Gombak.
Ok fine. Aku masih berlegar di Post Mortem.
Dah pukul 5.30 ptg: Dah sampai kolej 17!
Time tu aku baru terhegeh2 nak bersiap sebab balik lambat. Mandi solat dan iron baju sume. Yelah. Semalam tak cakap nak datang awal2. kan da kalut.
" Sori tak sempat beli pape hadiah sebab kalut balik dari kursus kat Kuantan. Cari barang kat sana pun tak menarik" Dialog yg lebih kurang.
Hey! Aku sedih tapi xpelah. Cam da tak dapat pape. Kot ye pun tak nak bagi adiah besar coklat pun oke dah lah! Hahaha.
Sepanjang berdating, lepak Putrajaya, aku still berharap, nanti masa anta aku balik tu ade la kot bagi pape.Hati masih berharap. Dia tak sudah2 suruh aku baca blog dia. Nak jugak aku tahu tapi apa yang menarik sangat dia suruh baca tu kan. Maybe ucapan2 untuk aku. FIkiran aku.
9mlm: Keluar je pintu kereta tetibe dia start enjin kete terus and kata nak balik dah. Hahhhhh?? jadi betul lah tak de pape untuk aku. Muka aku bapak kecewa. Tapi aku dapat keluar dengan dia dah cukup bersyukur. Seronok sebab dia nak datang kat aku walaupun kena redah perjalanan dari Bentong ke Serdang.
Dan setelah keretanya meninggalkan pekarangan kolej 17, aku melangkah longlai. Masuk rumah tengok si kecil 2 ekor nyenyak tidor. Masuk bilik, rumate tanya, g mana tadi? Bestnye pakwe sambut birthday. Hahah. Aku cam jawab g makan2 jek. Pastu dia tanya dapat apa? Aku kate, xdapat pape. Dia tak sempat penat balik kursus.
"Eh, aku nak baca blog dia lah, dia suruh tadi"
Teng...Semasa mengemas meja tulis, aku perasan, eh..napa bakul pakaian aku ni ada bawah meja? tak penah letak sini. Mata aku terus menangkap ke tempat asal bakul baju berada. Dan ini yang aku jumpa.
Bear itu adalah sebesar aku. Tergamam. What happen!
Dan kisahnya dia menceritakan di blog dia.
Menitik air mata. Sebab terharu. Terharu dan terharu. Pandai dia berlakon sepanjang keluar tadi.
Untuk Sabri: Saya suka gila kat bear besar saya tu. Dan saya suka gila bunga hidup yang awak bagi yang awak duk tanya Zuzu masih segar tak bunga tu. Hahaha. Kalau bunga ni dah tak segar pun, saya tetap suka gila. Terima kasih kerana berusaha untuk mengambil hati saya.
Saya suka gila hadiah awak. Dan saya tak rasa awak perlu buat improvement lagi macam yang awak kata tadi. Semoga hubungan ini berterusan ke arah yang lebih baik. Doakan. Amin.
Nanti saya cerita lagi. Sekarang dah 2 pagi. I LOVE U. (^^)
p/s: next. kawan2 dan birthday.