Friday, November 19, 2010
Berakhir sudah.
Monday, November 15, 2010
AWARD..AWARD..HAK3..
helooo..hak3..lawak2. sebab aku baru jek dapat award dari Cik Faratul yang kecik . hish! ade plak ko kate aku jiwang. mana ada! haha. okeh2. kat bawah ni award nyah.
ni dia lah awardnya. hehe. ok2. jom jawab2 soklan yang sepatutnya.
#Berikan satu nickname utk pemberi award:
Pemberi award ni name nickname die Fara. tu aku yang panggil la. tataw la budak len panggil dia FK ke, dzai ke, nor ke, atul ke dan sebagainya. sebab nama dia panjang sangat lah. Nor Faratul Dzairin. tapi orang dia kecik jek. hah! melampau2 kan aku sebab soklan dia suruh bagitau nickname je pon lah. ok next!
#Ucapan utk pemberi award ni?
ahaha. ucapan apa eh. mesti la tak lain tak bukan mekasih la banyak2. susah2 je kan. haha. hah! sebab ko la orang first bagi aku award, jadi nya aku mahu bagi ko TERIMA KASIH besar2 la. hehe. maklumlah, aku kan baru dalam dunia blog ni. hek3. oh ye, ko kate aku jiwang kan? mana ada. cuba tengok artis2 kat bawah ni. ada gaye jiwang tak?hak3.next!
#6 nama artis yang korang minat?
OMG. artis first yang aku nk tulis pun da keliru. artis ni termasuk penyanyi dan pelakon ke?kan?haha. eh lantak lah. aku jawab untuk pelakon yang aku minat. hahah..yang penting aku nak gak letak LISA SURIHANI. sebab aku mana minat sangat penyanyi. kedua, sape eh. arrghh. tensionnya pikir. haha. tataw la. aku nak letak sume pelakon. padan muka. haha. VANIDA IMRAN. then, JOHAN N ZIZAN. dah la. aku tak minat penyanyi sangat. semua pun cam suka ok2 camtu je. hehe. eh jap. JANG GEUN SUK. ok dah.
#Beri award ni kpd 10 kwn atau blogger
sape.sape.waa..
ZUZU
GMAN
YANAYONET
dan semua yang membaca lah.
p/s:nak cepat2 ni. babai.
Friday, November 12, 2010
KESEDIHAN selepas Maghrib
tetiba sahaja selepas maghrib tadi yg terlewat sikit, on9 la fb sekejap. then tibe2 dpt 1 msg dr mamat ni. die kata aku sombong sekarang. aku ke yang sombong? tak lah. sebenarnya aku bukan tak nak tegur ko. tapi aku takut aku tegur kang ko wat tak layan. pastu mmg la b4 ni apa2 pun ko xda pun tak layan. tapi sejak ada orang yang baik2 dengan aku tetiba perangai di belakang aku lain, dan after tu aku rasa macam bersalah menegur orang. hehe. bley ke pakai ayat ni?tak lah. tukar ayat! dan lepas tu aku rasa macam aku ni sebenarnya tak kelihatan di mata orang. hah? lagi ayat entah pape. sebenarnya ayat aku nak cakap macam mana? dah lah!
tapi yang penting aku tak tegur ko bukan sebab aku ni anggap korang2 atau ko bukan kawan. aku tau aku ade mintak tolong kat ko. kalau ko nak tahu, aku ni sentiasa je ingat ko pernah tolong aku. tapi mesti la ko tak tahu sebab ko mane baca belog aku ni. lagipun ak rasa bukan ramai pun yang duk baca belog aku. takpe. aku tak kisah la hal tu. tapi mesti ko rasa aku ni macam lupa kawan gaknya kan. hoho. tak pun. aku segan dengan orang sebenar. aku buat ini salah, buat itu salah, jadi sebab tu aku rasa macam tak payah buat apa2. then lepas tu jadi macam ni plak.
tapi kalau ko terasa sebab aku tak tegur ko, aku mintak maaflah. sebabnya aku memang bukan sebab sombong ke ape. sori la. mungkin ko rase cara aku buat tu nampakkan aku sombong. muka ketat. ok. xpe. aku faham je. sebab muka aku ketat salah satunya ialah muka aku mmg bengis. haha. ceh. tetiba. ok la ko. aku say SORRY la if ko rasa aku sombong. sebab aku pun tak dapat nak penuhi hati semua pihak.
p/s: untuk yang mengenali aku, aku sentiasa ingat semua kawan2 aku. korang mungkin nampak luaran aku sombong, tapi tak.haha.perasan..cuma kadang2 aku terskip untuk tegur ke..maaflah. bukan aku tak nak tegur.ye?
hati yang menaip2.tuktaktuktak.
Thursday, November 11, 2010
KATA PUJANGGA HARI INI DAN ESOK
JOM SEMAK QUOTEs NI: cambest jek.
haha. ok. aku faham. semua orang perempuan pun mahu kelihatan cantik. takpe. benda tu sebenarnya ada pada keyakinan diri sendiri. (wah3, ayat positif sekali, haha).
SEMUA QUOTE NI KREDIT TO:PHOTOBUCKET.
Friday, November 5, 2010
PERKARA PALING SEDIH ABAD INI
huuu..rase mahu marah je kenapa kafe tidak terbuka??walaupun hari ini adalah cuti deepavali tidak bermakna perut pun nak cuti kan. bagi orang yang tidak mempunyai kenderaan semacam aku nak makan hape? pikir2.
walaupun aku mempunyai beras dan bawang, haa, aku ad yg tu je la skang ni. ada la roti. tapi roti mana nak tahan perot. mahu study ok.
then tengahari tadi aku telah masak2 nasik, dan telah membuat kuah ala2 sup bawang. sedey x???hahaha..kemudian paw Zatie punye telur sebijik. ok la untuk makan tengahari. sebab ada telur mata. dan habeslah sebiji telur. tetapi kuah yang ala2 sup bawang ni ada lebih dan aku telah membawa ke makan malam. dan paling menyedihkan pabila malam ni (sekarang aku ngah makan) aku hanya makan nasi+kicap+kuah ala2 sup=makan malam. Sadis!
koling2 pakwe (oleh sebab dia berada di Pahanglah aku makan ala2 bujang ni. walaupun mmg aku bujang) dia berkata "oh, mak buat sate ngn nasik himpit kuah kuning tu"hoh! makanan ni bukan sama macam lontong ke ataw sate yg bese kita makan ok. laen. wah! lapa! sedap. aku penah makan. xpe! habes je Final ni haku makan + tido puas2!! please kafe tolong bukak sok ye. kalau x macam ni la gak aku makan sepanjang hari. (T,T)
sedap gak, try ah! senang jek: masuk minyak, tumis bawang, masuk air, masuk kiub pati ayam. sedap byk la dari sup nasik ayam kfc tu. haha. bley di makan dengan telur goreng, ayam goreng ataw ape2 lah. heheh.(sebab bahan2 ni je yang aku ada tadi)
nasik+kicap+kuah.kicap i kredit tu dak umah 2-11. tataw sape punye ade kat depan tu. hehe.
Masih bersyukur kerana masih dapat makan dengan selera dan kenyang taw. kalau nak ikutkan mangsa2 perang tu lagi la tak dapat makan tau. haih. kenyang2.
"LAGUMU UNTUKKU"
Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki
Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ
Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu
Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh…
Thursday, November 4, 2010
TERINGAT LAGI..
Tetibe aku teringat masa dulu2..walaupun perkara yang ni sudah lepas..tapi aku perlu ingat untuk mencapai impian sebenar..dulu aku suka sangat Maths. dari sekolah rendah sampai la matrikulasi. sebab dari sekolah rendah sampai matrikulasi aku ada belajar Maths. dan termasuk la segala jenis Math Mod, Add Math, kira2 Kimia, kira2 fizik..
korang ingat tak nie??haha. kalau orang suruh aku jawab soalan ni sekarang kompem aku kantoi. kalau dulu bley dapat A1, tp kalau suh jawab sekarang belum tentu leh lulus tau x!!!!marah tol!
ini Math mod ke Add Math? aku pun dah konpius!
sebab dulu masa aku kecik2..takla kecik sangat..aku pernah mencitakan diri untuk jadi Cikgu Matematik. bila naik sekolah menengah, masa naek form4, aku dah mula minat kat cik kimia. aku suka benda2 yg berasaskan formula. aku tak suka membaca sebenarnya. hoho. pengakuan ikhlas. dan selepas itu, aku mula meningkatkan cita2 aku kepada menjadi ahli farmasi. sebenarnya kan, aku tak kisah ahli farmasi or researcher pasal ubat2. sebab apa, sebab yg aku mahu sebenarnya perkara yg berkaitan ubat. aku suka kimia dan math. haish.
ubat2. hamek la ubat2. aku yg selesema. hehe. tetibe..
ok sambung. then after matrik aku masuk u. hamek kos Vet. ape ke lain benor dengan yg sebelum2 ni. siket pun tak de same. kat sini mane ade belajar maths..ade belajar bio je. walaupun aku ni mmg budak bio, tapi sebenarnya dari dulu sampai sekarang aku mmg tak berapa nk suke tang bio ni. aku ingat lagi mase kat matrik, ade belajar pasal kingdom2 haiwan ni. aku mmg xsuke langsung dan telah terdetiklah waktu itu.."aku tak nak belajar pasal ni!".then, tup2 aku yg duk belajar hempas pulas pasal sume tu kat sini. hohoho.padan ke muka aku yg manis nie.hueh!
ni lah aku to be.
haha. lawak sungguh rasa hati ini. namun begitu, aku rasa aku perlu jugak mencapai apa yang diimpikan aku selama ni. walaupun sekarang aku sedang ambil kos Vet ni, aku kene habeskan gak. sebabnya tinggal lagi 2tahun setengah bersamaan 5 sem/10sem. wah!aku dah lalui 5 sem bersama rakan2 Vet. tapi aku rindukan rakan-rakan Semesta. haha. tetibe. ofkos la. kalau korang pun duk asrama selama 5 tahun dr mase korang cam blur2 sampai korang jd ala2 matang..korang akn tahu ape yg aku rase..kan?kan?haha. xde org ngaku takpe.
ok. lepas tu ak dah dapat satu idea..idea ni menjadi simpanan dalam otak sehinggalah aku grade nanti. yeah! SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN FINAL KAWAN2!
p/s:sempat lagi aku update blog sebab aku tak nak rase tertekan.
Tuesday, November 2, 2010
SESALKAH AKU?
huhu. dalam keadaan yang ingin menyambut kedatangan exam ni..
terdapat sejambak puisi yg aku nukilkan untuk diri aku..
bajet la kau Haida!
haha. (y.y)
Pada satu saat ketika..
aku bertanya pada sang hari..
benarkah pemilihan ini..
adalah silap di mana-mana..
dan aku mendapat satu kepastian..
aku sebenarnya keliru..
antara minat dan keupayaan..
bukan upaya aku di sini sebenarnya..
namun..jauh di sudut hati..
"kau perlu teruskan!'
itukah yang terjerit dari hati ku?
atau itu hanyalah satu paksaan yang keluar dari bibir..
dan di kala ini..
aku memikir..
sesuatu yang aku idamkan..
mengapa aku tidak memilih jalan itu dahulu..
sedarkah aku akan keupayaan aku?
dan telah mendapat utusan dari hati..
"meneruskan..dan memulakan"
mencuba meneruskan hingga penghabisan..dan mencuba untuk memulakan sesuatu yang aku idamkan...
~aku yang masih dalam perjuangan...
Monday, November 1, 2010
TENTANG HATI DAN PERASAAN
dating lagi? asek2 dating. asek2 dating. ah. bia la kan. huh!
tapi sebelum itu aku ingin menyatakan perasaan kecewa terhadap kekurangan CARRY MARK untuk sume subjek la. harapan untuk mendapatkan A+ sangatlah tipis kerana apa? kerana untuk aku dapat A+ mestilah mendapat 40%/40% untuk FINAL. ko gila kan. huhu. takpe lah. saya nak belajar dengan baik!(tibe2 jadi saya)
ok. untuk blog kali ni nak tulis bab dating. bia la nak tulis apa pun sebab blog ni macam diary ah lebih kurang. tapi diary umum. bukan untuk kepoh2, tapi sekadar sebagai penulisan. huh. apa2 la kalau nak cakap kan. hehe.
pada hari sabtu yang lalu, bersamaan 30 oktober 2010(30102010) dan telah menulis pada hari ini 011110..cantik gk kan???hahahha..okes.
30oktober2010
tutututu~msg berbunyi. jap lagi ri bertolak. albej tak jadi nak p klinik sebab hujan.
hah?huru hara lah aku kerana aku belum mandi lagi. sebab aku bajet dia nak hantar kawan dia pegi Klinik Kajang dulu. then dengan sepantas kilat menuju bilik air dan mandi. kemudian tak lama lepas tu dia sampai.
ok, nak p mana?
la..kata nak pergi jenjalan kat Jusco jep?
Kat jusco cam sekejap sangat sebab baru pukul 10 lebih ni. jomlah!
dan akhirnya sampailah di TIMES SQUARE. arrghhh. jauh. sebab kami rasa kami telah tersalah masuk jalan. jadi terpaksa cari semula dengan keadaan yang sangat jam. sampai Times Square rasa macam penat sangat2. huh dan sangatlah perut ini bernyanyi2. lapa gila. nak makan dalam Times Square sangatlah mahal. jadi kami keluar dari Times Square dan menuju restoran mamak. tp tak sedap! huh. kemudian jalan semula ke Times Square. suka buat kerja banyak kali. tapi masih bosan dalam Times Square. tangkap2 gmbr pastu kua. sebab ingat nak tengok wayang. then pabila melihat barisan membeli tiket sangatlah panjang, jadi cam malas plak kan. hehe. sebab kami bercadang menonton wayang di LEISURE MALL sahaja. walaupun tempat tu biasa2 tp cam atleast xpayah nk beratur panjang.
ni masa di Times Square. haha. kalau aku cakap ni kat Sabah pun leh caya gak. sebab bukan ada tanda ape2 pun kat gambar ni menunjukkan kat mana2.
ni Shin Chan yang kitorng telah menggerakkan kepala nya. mmg lawak gila tengok dia goyang2 kepala. haish.
ni pun kat Times square. uh!
Dan teruslah kami menuju ke Leisure Mall. Wah, dekat plak rasa nya jalan balik ni. Haih. Then, sedang kami masuk je Leisure Mall, kami terus menuju ke tempat wayang. Opppss!! Halamak! Kitorang tibe2 terdengar ada suara2 cam sebut perkataan …AF. Pastu eh? La.. ada Adam AF plak kan kat sini. Hahaha. Sebab untuk TM promotion la. Then apa lagi, kitorang duk ar melepak jap tengok show Adam ni. Die mmg putih dan macam mana korang tengok dia kat tv macam tu lah dia in real life. Haha. Lagu2 dia kan cambest gak(bagi aku la). Then, kitorang p beli tiket jap. Tengok2 cite apa yang menarik hati dan 1 je yang cam menarik hati iaitu CUTI-CUTI CINTA. Mmg lawak gak ar cite ni. Sebab gaya Farid Kamil yang sempoi dan sebagai orang kampong. Nora Danish nya lakonan not bad. Tapi rasa nya kalau watak tu letak Lisa Surihani pun ok. Sebab cam character lam cerita tu seswai la untuk Nora Danish or Lisa. Ok2 dah, nanti korang tengok sendiri. Tapi bagi aku tahap lawak die aku bagi 3.8/5. Tahap cerita dia 3/5 la kot. Hahaha.
nampak pucat jek. haha. ok. ni rasanya cam before tengok wayang kot.
nak tau dia ngah tengok pe? ngah tengok tv kat kedai jual barangan elektrik. haha. sebab cerita tu macam menarik.
ok! ni Adam AF. ha tu je la.
cam penat sangat la kan sebab nak tunggu movie pukol 4 ni. haha. jadi tido dulu sebabnya penat perjalanan dari Times Square ke sini. heheh.
Ok. Kitorang habis wayang kul 6 gitu then keluarlah kami dari Leisure Mall yang best tu. Haha. Then nak p mana? Lapa lagi lah! Kami teruskan perjalanan ke JUSCO MAHKOTA CHERAS. Kitorang jalan2 dalam tu dan ternampak KFC! Sebenarnya kan, setiap kali keluar, mesti nak makan KFC. Dia suka sangat KFC ni. Haih. Takpe. Bukan selalu pun kua. Hahah.
Dah terasa sangat letih, after melantak KFC, kitorang pun pulang ke kediaman. Chewah, dia hantar aku ke UPM dan kami meli=epak lagi kat bawah hostel kat tempat duduk tu dalam 2 jam kot. Sebab sampai di UPM dalam area 8 lebih dan aku naik dan dia balik hostel dia dalam kul 11.15p.m.
Arrghh! Penat nya!
Malas dah ar tulis.
Benda yang aku lupa:
1. 1.Beli toner Mustika ratu
2. 2.Beli stick eyeshadow Avon
3. 3.Beli belah!
makan KFC lagi!
Jusco ni punye tempat tandas cantik ok!
kat kawasan nak ke tandas juga. habes posing da ni.
gaye aku makan mmg semula jadi. hohoh
babai!(^^)
Friday, October 29, 2010
CEPAT SANGAT KAH?
tadi pagi2 terjaga. dengar bunyi2 hujan berkumandang. then rase macam mimpi ke? tatau la. sebab bangun2 tengok akak rumate dah p kelas. yay! hari ini adalah hari cuti jumaat. kerana apa seronok sangat - sebab sem 5 sudah habes! wah! bakal menjengah sem 6 tak lama lagi. haha.
ok. then bangun tido - basuh muka - basuh kain - duk depan laptop. merangka2 untuk membuat jadual drug for Inhalant anesthetics. ade 7 drugs. taip2. then sampai sekarang pukul 11.12pagi (sejak 9pagi), masih baru 3 drugs? hush! adekah taip menggunakan komputer sangat lambat atau menulis lagi cepat? dan the remaining 4 drugs aku nak tulis tangan. sebab malam tadi dalam mase 3 jam dapat buat macam. ini 2 jam 3 drugs je. tak leh! kene usaha. tapi sempat lagi nak update blog. huhsh!
dan sekarang. rase nak pegi makan. nope. beli makanan bungkus kat bawah. beras aku ade lagi. tapi bahan2 nak masak takde. hehe.
p/s: next kerja: 1. Pathology Lung 2. GIT drugs + Diuretics
now kerja: 1. turun kafe 2. bungkus makanan. 3. makan.
sedang konfiuskan diri:
Yang merah itu saga. Red Metallic. After 4 years, polish semula no kuning2. But merah not my faveret. tapi ok jugak sebenar.
Yang putih itu sagu. White Solid. After 4 years polish, jadi kuning (pernah tengok kete2 putih yg cam kuning2?). nampak smart. Warna nya amat susah dijaga. tapi ok jugak sebenar.
Thursday, October 28, 2010
Yay! baru sudah bangun dari ketiduran yang best! ahaks. tapi langsung tak suke bila tidor tertindih sang jerawat yang duk maharajalela kat pale aku. sakit tau tak! naseb dah nak kecut. eh3. dah tidor banyak2 ni aku rasa macam malam nie kene tido lagi study la plak. kan. ok. jom selak2 ape kene buat malam ni:
SILA STUDY PHARMACOLOGY.
Haida, please lah. kate minat Pharmacy dulu. bajet nak amek kos Pharmacy kan. dah tu bila ade subjek Pharmacology lam Course Vet nie kau malas2 plak study kan. susah wey ok. haha. yeke. ke aku yang malas tumpu lam kelas. tau tak kitorang beramai2 mengambil RE-TEST subjek ini pada Isnin ini. hak3. kalau tak hancus la carry mark kitorang! ngape kah subjek Pathology tiada Re-test? bajet bagus je markah ko haida. haih. camane ni. camane! kalut!
next! kene buat Assignment Pathology ni semule. mengapakah? sebab silap la wey! huh! penat je i buat sengkang2 mate tau nak nengok lesions kat lung nie tau! silap kenapa? sebab aku buat lam bentok point. kene buat ayat la haida! takpe lah. aku nak jimat nanti aku print ayat lam kertas then tampal je. takpe. ni assignment untuk top up markah kitorang tau kalau macam lagi siket nak A ke..nak lulus ke.. Ah!
eh3? kenapa ni masuk dalam senarai? sila salahkan Kak shima. har3. takde lah. sebenarnya aku mintak pinjam The Prince Who Turns Into A Frog je. Then Kak Shim kate "oleh sebab bf ko suka kat pelakon laki tu, nah! hamekla The Magician Of Love ni gak. Hero yang sama!" haha. padahal aku dah tengok dah The dot dot dot Frog tu. takpe! ni bley buat bekal masa praktikal tiga minggu nanti. haih. Lembu2 kat Ladang ape eh..Jelai Gemas! sile Wait n See ah!
ok! sekarang apekah maksdunya. maksudnya aku mesti dan perlulah menyetadikan diri malam ini. please la haida. stop nak men2 game kat fb, stop nak bace2 blog, stop nak chit chat, demi Final ini. (i rasa i tak bley la. i kena jadi diri i) hehe.
nah! gambar gedik sedunia. muka garang dan perasan.
Senyuman pakse2 sebab nak amek gambar. hehe. Bia la kan. I punye muke suka hati la nak senyum pakse2 pun. Bajet baek je kau ni Haida! Buat jahat siket pun tak leh! (I sedang menipu)
ni muke cam garang dan bulat. nape aku letak gak kat sini? haha. syuke hati lah!
ok! babai. sebab cam rasa nak pegi maen hockey game fb plak. hehe. jom2!
pssttt: i'm on diet! tapi secare take time lah. cayelah haida sedang mengambil nasi tengahari tidak melebihi separuh pinggan sekarang!(kalau ade lebih pun siket2 jek) har3.Chaiyok!
Tuesday, October 26, 2010
KOREAN? INDIAN? CHINESE? MEXICO? MALAYSIA!
ngahaha. ok. sekarang nie nanti bulan depan lagi depan lagi depan iaitu January 2011, ade jemputan dinner fakulti. ngehe. bukan jemputan pun. if jemputan mesti x kene bayar kan. tapi nie kene bayar. ok. jadi theme nye all over the world. susah la plak kan. cam sangat subjektif. n sebenarnye bley pape pakaian yang misalnya bertheme korean, indian, chinese, japan, MALAYSIA (patot nye!), and wat ever la. haih. ni nak menyenaraikan theme2 pakaian disamping aku menjana sedikit ilmu mengenai pakaian negara2 ni.
ayuh! jom kite p jenjalan:
ok. ni Japan punye pakaian tradisi. poyo sangat kan kalu aku pakai macam ini. haih.if pakai yg ini jangan dilupekan selipar jepun siap pakai stoking sekali. baru real siket. ahaks.
ni kalu pakai mcm ni dah ala2 macam cite2 raja2 cina tu. korang penah nengok My Fair Princess? yang ade Alec Su & Vicky Zhoa tu? ewah. merah. muke aku cam ala2 warne kulit kayu mane seswai kan. haish.
ni pujaan hati. sebab aku duk negara Malaysia, jadi sebenarnya kan pakaian negara Malaysia pun da banyak. yang tradisi ok. yang bukan tradisi aku nengok dok pakai ala2 barat suda. mulut celupa aku ni.
wah. ni best gak. tapi kalu aku pakai nanti cam sendat yang entah pape je. body lawa tak pe gaks. haish. nanti aku lehh nari2 sambil nyanyi lagu Maria Mercedes bla bla bla..
ade lagi! bawah nie cam aku nak jek. haha.
hah! pilih2. nak anakarli ka..patiala ka.. churidar ka.. or traditional? aku syuke Anakarli. nampak cam best ciket and menarik (bagi aku la) bg korang lantak la kan. haha. mane nak carik? hahaha.
yang style kat bawah ini Cik Zue dah cop. seswai2! aku mmg tak seswai sebab nanti nak kene pakai shawl ala2 arab tu. mmg hancus la if aku pakai. haih.
gambar kecik sahaja. sebab dah di book. n dapat tunjuk muke je. sebab ngah kalut nie! dah azan maghrib. tak mandi n makan lagi.
dah2. stop lu. haih. babai.