.A STORY.: TERINGAT LAGI..
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Thursday, November 4, 2010

TERINGAT LAGI..

Tetibe aku teringat masa dulu2..walaupun perkara yang ni sudah lepas..tapi aku perlu ingat untuk mencapai impian sebenar..dulu aku suka sangat Maths. dari sekolah rendah sampai la matrikulasi. sebab dari sekolah rendah sampai matrikulasi aku ada belajar Maths. dan termasuk la segala jenis Math Mod, Add Math, kira2 Kimia, kira2 fizik..


korang ingat tak nie??haha. kalau orang suruh aku jawab soalan ni sekarang kompem aku kantoi. kalau dulu bley dapat A1, tp kalau suh jawab sekarang belum tentu leh lulus tau x!!!!marah tol!


ini Math mod ke Add Math? aku pun dah konpius!

sebab dulu masa aku kecik2..takla kecik sangat..aku pernah mencitakan diri untuk jadi Cikgu Matematik. bila naik sekolah menengah, masa naek form4, aku dah mula minat kat cik kimia. aku suka benda2 yg berasaskan formula. aku tak suka membaca sebenarnya. hoho. pengakuan ikhlas. dan selepas itu, aku mula meningkatkan cita2 aku kepada menjadi ahli farmasi. sebenarnya kan, aku tak kisah ahli farmasi or researcher pasal ubat2. sebab apa, sebab yg aku mahu sebenarnya perkara yg berkaitan ubat. aku suka kimia dan math. haish.



ubat2. hamek la ubat2. aku yg selesema. hehe. tetibe..

ok sambung. then after matrik aku masuk u. hamek kos Vet. ape ke lain benor dengan yg sebelum2 ni. siket pun tak de same. kat sini mane ade belajar maths..ade belajar bio je. walaupun aku ni mmg budak bio, tapi sebenarnya dari dulu sampai sekarang aku mmg tak berapa nk suke tang bio ni. aku ingat lagi mase kat matrik, ade belajar pasal kingdom2 haiwan ni. aku mmg xsuke langsung dan telah terdetiklah waktu itu.."aku tak nak belajar pasal ni!".then, tup2 aku yg duk belajar hempas pulas pasal sume tu kat sini. hohoho.padan ke muka aku yg manis nie.hueh!

ni lah aku to be.

haha. lawak sungguh rasa hati ini. namun begitu, aku rasa aku perlu jugak mencapai apa yang diimpikan aku selama ni. walaupun sekarang aku sedang ambil kos Vet ni, aku kene habeskan gak. sebabnya tinggal lagi 2tahun setengah bersamaan 5 sem/10sem. wah!aku dah lalui 5 sem bersama rakan2 Vet. tapi aku rindukan rakan-rakan Semesta. haha. tetibe. ofkos la. kalau korang pun duk asrama selama 5 tahun dr mase korang cam blur2 sampai korang jd ala2 matang..korang akn tahu ape yg aku rase..kan?kan?haha. xde org ngaku takpe.

ok. lepas tu ak dah dapat satu idea..idea ni menjadi simpanan dalam otak sehinggalah aku grade nanti. yeah! SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN FINAL KAWAN2!

p/s:sempat lagi aku update blog sebab aku tak nak rase tertekan. 

http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com

No comments: