.A STORY.
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Wednesday, March 28, 2012

Tentang Empat Tahun

Bertema lagu latar belakang, bersama hujan yang menuruni malam, tibe-tibe rasa sebak kat hati ni menjalar-jalar. Sebak sampai rasa nak nangis.

Ianya tentang empat tahun. Empat tahun dia ada dekat kawasan sini, bekerja-belajar-bekerja sementara masih dalam kawasan dekat dengan aku. Tibe-tibe setahun lagi aku nk habis, die kena kerja tempat lain. Sedeh. Selama empat tahun, kalau aku sesak apa-apa die yg datang jenguk. Die yang datang teman aku. Dalam setahun ni, kalau aku sesak, die nak datang camane kalau die kerja jauh.

Rasa macam aku ni selalu berdikari. Tapi sebenarnya tak. Sebab sebenarnya selama 4 tahun di sini, die sentiasa ada berhampiran aku. Boleh datang bila-bila masa. Demam aku, sakit aku, jatuh motor aku, stress aku, die yang datang teman. Seriusly. Aku sedeh.

Minggu depan die dah berenti kerja sementara dia tu. Isnin balik ke rumahnya. Bersiap-siap untuk persiapan melalui alam pekerjaan tetap. Tahniah sayang. Mesti rasa lega kan sebab dah ada satu kerja yang terjamin dan tetap. Aku turut lega.

Tapi aku sedeh. Aku tataw macam mana aku nak rasa bila aku dalam keadaan stress dia mungkin mampu tenangkan aku dalam handphone. Jarak beratus kilometer. Tak larat nak mengungkap perasaan aku kali ini, sebab aku risau aku rasa keseorangan. Maaf. Seriusly aku rasa amat sedeh.


Sunday, March 25, 2012

Rose Merah

Assalamualaikum.

Smpai malam rasa semua tak kena. Swine baru baca sekali imbas lalu bak angin lalu. Epidemiology exercise tak buat lagi langsung. Esok kul 8 da kena antar. Esok Test Swine. Makan kueh tadi tbe tergigit halia. Mati selera. Hati pulak sedang merajuk. Tak nak pujuk plak tu. Baju ad yang tak basuh lagi. Teruknya hari ahad hari ini. Public Health yang belambak tu test Rabu ni langsung tak sentuh lagi.


Kalaulah sepanjang minggu haritu siapkan epidemiologi tu..
Kalaulah semalam basuh baju semua...
Kalaulah mula study Swine pada Jumaat malam...
Kalaulah toksah gedik2 nak merajuk pastu tunggu kena pujuk..
Kalaulah tak buang masa untuk origami...
Kalaulah dalam kelas tumpu setiap lecture dan dapat ingat dengan mudah...
Kalaulah masa dapat undur balik pun...agak-agak perkara sama akan berulang jugak tak? Haha.



Walau pun rasa buang masa membuat origami tu sampai aku skip makan semata untuk kepuasan membuat origami yang pada mulanya aku memerlukan setengah jam untuk siapkan tetapi sekarang hanya perlu 5 minit sahaja, ye. Aku puas hati. Atleast aku buat something yang seronokkan hati aku.

Nah! untuk tatapan bf aku, kawan-kawan aku, atau sesiapa yang tersinggah kat sini. Actually senang je, alah bisa tegal biasa. Lawa tak lawa lain cerita. Cerita kat sini asalkan aku puas hati. Oke la. Banyak lagi kerja menanti. Tata.