.A STORY.
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Thursday, August 26, 2010

AKU DAN HOKI


wah. seronoknya pabila dapat kembali menikmati bermain hoki. aku telah mengenali sukan hoki ni semasa darjah 4. tapi masa tu just turun berlatih kat padang sekolah untuk jadi pelapis je. haha. then darjah 5 aku dah start giat main hoki menjadi pemain sekolah. cewah. aku ingat lagi mase nie "gang" aku mase kat sekolah dulu semua pon main hoki. jadi kitorang telah membentuk 1 pasukan yang alhamdulillah.

then mase naek sekolah menengah aku menyambungkan permainan hoki nie dengan menjejaki pasukan hoki perempuan sekolah aku. SEMESTA yg kurindui. terlalu banyak kenangan yang menjadikan aku seperti sekarang. hehe. ayat xleh blah. then mase masuk matrik aku stop sume sukan aku. har3. bajet cam ayu2 jek. ceh. padahal matrik kan 1 taun je. lagipun kt sane kurang terdedah dengan sukan nie.(atau aku yang tak ambil peduli??) hehe.

ok. berbalik sekarang, last aku main hoki di UPM nie mase 1st year. aku masuk koku. then ada la match. alhamdulillah bila aku terpilih mewakili pasukan perempuan UPM untuk MASUM. tetapi apakan daya, tarikh perlawanan adalah sama dengan tarikh aku kena praktikal di Klinik Haiwan. ok. takpe, i prefer klinik. sebab tu wajib. haha.

dan sekarang (third year) aku kembali main hoki untuk interkolej. amin. tiap ari isnin, selase dan rabu malam kitorang ada latihan. disamping itu, bile kite masuk interkolej ni, dapat la kumpul merit untuk membolehkan aku stay di Kolej 17 ni untuk tahun hadapan (tu pun kalu merit aku cukup =60!!!)nape susah sgt nak dapat merit. haih (9.9)

ok, tapi aku nak ckp aku suka gila main hoki sebenanye. sebab aku maseh ingat cekgu sekolah rendah aku tu lah yang ajar aku main. dari situlah aku dapat belajar dari angkat kayu sampailah hayun kayu...dan sampailah sekarang nie, tapi ade jugak yang aku lupe2 skill yang die ajar. TQ MR.OHIRA. hihi ;)

ok. sebenanya mase aku taip ni aku ngah nak sejukkan badan. baru lepas maen hoki. jadi aku nak p mandi lak (12.47 am)---> tak baek untuk kesihatan. ok. babai.

Tuesday, August 24, 2010

KERJA DATANG KEMBALI

KERJA YANG SEMERBAK HARUM BAUNYE SUDAH DATANG KEMBALI.oleh sebab da abes exam untuk minggu nie. diulangi minggu nie. minggu depan ade lagi. PATHOLOGY VET. ok. jadi sementara tu kene siapkan kerja2 berikut:

1. Pharmacology and Toxicology : sile isi semua handout yang telah diberi. Drug Prescription. Nota Lecture.

2. CSI: Dr. Goh's part - Pathophysiology event of cardiovascular system of heartworm disease. terima kasih bagi ini.

3. Infection and Immunity: Assignment 3. (tak ingat tajuk. nanti cek lek)

4. Pathology: STUDY! test 1. 

huh. geram tol. test 1 pon dah ase cam stress. haha. sebab test 1 pon da cket lagi nak same level ngn FINAL exam. so sad.....

(o.o) saye enjoy buat kerje. (y,y)

KISAH SEMALAM DAN HARI INI

baru balik dr kelas. jap lagik ade 1 lagi kelas. nope. lab. tp kul 2.30 ptg start. tapi lab nie kelas sebena. cam tutorial la kt matrik dulu. tp suke sebab lab nie selalu balik awal. tapi tak suke. sebab subjek die aku baru jawab dalam test pagi tadi. senang? susah? em. komen aku test IMMUNOLOGY td "best" sgt. har3. ok. soklan die sume senang. jawapan ke susah. ke aku jek yang rase mcm tataw la kan. 

ok. aku yang masih terhuyung hayang pale ku nie masih dalam keadaan immunosuppression. masih tak sihat. macammane ye nak hilangkan masalah always seleseme nie. ubat dah makan. vit c pon da makan.

dah tu macam mana lagi. ubat resdung pon ade makan. em. (y,y)..

semalam bf datang. berbuke same2. die taw aku tak sihat. ekceli malam after berbuke nk p pasar malam. then, aku plak tak sihat. die tak mau bawak aku. tp aku degil. sbbnye aku da berangan2 nk p pasar malam td. then pe lagi. p jugak la. kat sane aku asek bersin2. tp seb baek die faham. die suh aku pakai sweater die. then peluh2 sangat aku. dengan keadaan pasar malam yg penuh dan ramai mmg sangat berpeluhlah. kat sane dalam keadaan seleseme pon aku still dapat menyambar sehelai baju and seluar. pakwe aku pon same. menyambar seluar untuk santai2. beli murah sudah. kan?

tp aku rase bersalah plak kat pakwe aku. die tau aku selalu2 sakit n seleseme, then bile die dtg die bawak ubat untuk aku (almaklumlah ngah praktikal kt klinik). so TQ very much to U!(special for Sabri Kasim). nanti org masakkan ek. haha. mengampu.

rase cam nk tidorkan diri sebentar la plak. sebab jap lagi ade kelas. so nak peluhkan bdn yg masih tinggal sisa2 tak sihat nie. babai. ;) semoga aku cepat sembuh. (^^)




ubat2 yg sentiase ade dalam laci meje aku. Thanks to U. (ade ubat kumur, ubat batuk, ubat seleseme dan Vitamin C) ;)