.A STORY.
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Thursday, June 14, 2012

Semangat Yang Ada

Hey Haida.

Tutup cerita luka.
Dari hari ini, biar kegembiraan bertandang di blog ini.
Supaya semangat sentiasa berlegar-legar.
Setiap hari bermula dengan senyuman.
Nipiskan bibir dengan senyuman.
Terima kasih kepada penggembira dan peluka hati.
Nasihatmu akan ku kendong.




Kisah sedih, aku dan tuhan saje.

Manusia macam aku.

Assalamualaikum

Kepada malam yang menemani rasa hening ini. Apabila mata yang rasa perlu tutup masih cekang utuh mahu membuka. Walaupun sudah beberapa malam penat kelopak mata ini. Jari-jemari teringin mengungkap sesuatu tentang diri.

Bila banyak kata tidak layak untuk berkata
Bila banyak kata tidak boleh berkata
Bila banyak kata perlu dipendam
Bila kata hanya untuk meluka
Bila banyak kata tersimpan tersimpul

Dan
Bila banyak rasa tidak boleh terluah
Bila banyak rasa tidak perlu ada
Bila banyak rasa hanya buat meluka

Bila
Kata dan rasa perlu disimpan
Bila
Kata dan rasa keluar melalui air mata
Bila
Rasa dan kata tidak layak didengar


Aku layak menjadi manusia hipokrit
Mengalir air mata tatkala menggelar diri manusia hipokrit
Kerana, jika banyak kata aku tak boleh ungkap, banyak rasa aku tidak boleh meluah
Apa lagi layak untuk menggelarkan aku
Patung.

Rasa terindah biar berpanjangan. Berbincang tentang aku tidak usah. Jangan bicara tentang aku, hanya buat meluka. Jangan dengar tentang aku. Buat menyampah. Apalah hati ini jika tidak boleh berbicara.

Cuma ingin berkongsi. Cuma ingin kau tahu apa aku rasa. Kerana aku juga manusia. Ada rasa sedih. Ada rasa gembira. Bila yang sedih hendak digembirakan, apalah daya aku. Bila kau berada kesedihan juga, bukan sekelip mata berubah gembira. Manusia tidak sempurna seperti aku, sebenarnya manalah layak berkata-kata begini. Takut menyakiti.

Terima kasih blog. Sekurangnya ada kau buat lepas hipokrit.

Wednesday, June 13, 2012

Kalau perasaan setiap malam.

Malam-malam yang kebosanan.
Hampir setiap malam rasa begitu.
Dengan nota penuh di meja.
Hati di merata-rata.

Pernah rasa berlaku sebosan ini?
Kamu pernah. Tapi akan aku menjadi pesalah.
Aku? Tak mampu.
Hanya mampu tersenyum dari kejauhan.
Mendekati kefahaman yang dipinta.

Pernah rasa mengantuk yang seteruk rupa?
Tapi demi dia sanggup menahan.
Pabila kadang-kadang kepala tersengguk..
rasa hendak menangis.

Penggembira dan peluka hati.
Biarlah rasa ini normal.
Supaya aku tidak mencalitkan pergaduhan.
Di antara kami.

Tiada yang terluah.
Seorang diri memendam.
Bukan kecewa sahaja yang sakit, tapi perasaan tiada buat apa-apa satu rasa yang sakit.
Bila jiwa tak boleh meluah.
Takut dikata tidak memahami.

(T,T)
Aku mahu pergi menangis.
Sekurang-kurangnya menangis menemani aku.