.A STORY.
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Sunday, April 8, 2012

Sedikit jatuh cinta.

Assalamulaikum dan selamat sore.

"Pengalaman buat aku jatuh cinta.."

Ini terjadi kepada aku. Sekarang. Now. Recently. Hurm. Dulu aku pernah tulis tentang tak sukanya small animal ni. tak suke tak suke. Kan? Tapi sekarang tak lagi. Rasa ada sedikit kekosongan kat hati untuk itu. Serius. Aku perasan benda ni sejak sem lepas. Masa aku habes rotation binatang kecil ni. Rasa macam, hati tidak lah begitu gembira. Sebab dalam hati macam ni. Agak2 sihat tak ye binatang yang aku jaga tu. Then aku ignore je. But now it happen again. For 2nd time. Aku sedar ada sedikit ruang untuk itu. Sebab pengalaman banyak ajar aku. Aku tak minat dulu sebab aku empty. kosong ilmu pengetahuan. Rasa takut terlebih. Oh.


Now. Seriusly aku rasa jatuh cinta. Hati aku sekarang ada untuk dua-dua iaitu large and small animal. Tq khas buat senior-senior aku yang berjaya menempuh segala rintangan yang bakal bertitle Dr tak lama lagi. Terima kasih untuk anda semua yang banyak bagi tunjuk ajar samada secara langsung atau tak langsung. Next sem i'll becoming a senior. Ucapan untuk senior group aku yang aku tak sempat dan jugak segan untuk bercakap depan-depan:

1. Ray - Dia senior pertama aku. Masa ni memang aku rasa down gile sebab aku rasa macam bodoh gile tataw pape. Sebab aku buat kerja pun lembap jugak masa tu. Seriusly, die memang bijak. One of top student if i'm not mistaken. Thank you untuk Ray sebab mula-mula ajar aku untuk start thinking thinking thinking bila belajar vet ni. Sebab dia suka tanya aku soklan. Hik3. mule-mule memang rasa macam arrgghh..stressnye, dah la aku tak suke small animal ni. But sekarang aku tau kelebihan semua tu. Sori kalau aku ada emotional ke, buat muka ke. Haha.

2. Benny - My second senior. Masa ni aku dah tak down sebab 2nd time masuk ward. Sedikit sebanyak dah tau kedudukan certain barang. So, tak berapa kekok sangat la. Benny, seorang senior yang lawak oke. Tapi aku selalu gelakkan die masa die buat kerja. Die buat kerja bagus. Cepat jugak. Kalau aku terkedek2 buat kerja, aku akan cover kekedekan aku tu dengan gelakkan die je. Haha. Terima kasih Benny sebab jadi senior yang tak stresskan aku. Seriusly enjoy dengan kau. Walaupun korang semua tak bace, aku appreciate korg kat sini pun oke la kan. Sori jika aku ada tersinggung perasaan kau masa aku gelak-gelakkan kau. Haha.

3. Kak Syu - My third senior. Bila dah third senior ni memang rasa selesa la. Sebab kedudukan barang semua dah tau. Cuma tolong amekkan jek. Kerja dengan Kak Syu simple dan mudah. Dia pun relax. Semenjak kerja dengan Kak Syu la aku banyak belajar bg treatment untuk haiwan. Belajar menulis update bagai kat daily progression.Sangat appreciate peluang yang dia bg untuk aku tulis even bukan semua. But atleast aku belajar sesuatu. Terima kasih untuk Kak Syu sebab cool and steady. Setiap kali pun habes kes awal dengan die. Sori kalau saya ada macam rimaskan, lambatkan kerja akak, lupa itu, lupa ini. Haha

4. Taq - My fourth senior. Actually pada mula sebelum di assign jadi junior Taq ni, aku ada terasa hati dengan die. Seriusly aku terasa hati sampai buat aku remove die. Haha. Punye PMS ke hape tataw la aku time tu. Tapi after tu oke dah. Aku tak simpan sikit pun tau. Bese la. Aku bukan jenis marah orang lame-lame. Masa awal-awal kerja dengan die ni, tak banyak kes, so memang kurang la cket buat ape-ape. But, bile dah lagi 4 hari nak habes rota, baru dapat kes yang oke sikit. Dari die ni banyak belajar. Same as Benny, Taq ni pun kadang-kadang buat lawak jugak. Terima kasih untuk Taq sebab bagi aku peluang buat banyak benda. Increase my confidence level a little bit walaupun aku still tak berani nak present kes. Sori kalau aku ni lambat-lambat sikit buat kerja. Lupa itu ini. salah amek ubat itu ini. Selalu tak dengar ko cakap-cakap. Selalu buang benda yang nak guna lagi. Haha.

Untuk senior yang aku tak pernah diassign untuk bekerja bersama seperti Kak Shima dan Ana, TQ jugak untuk anda sebab ada buat kuiz aritu. Ada ajar banyak benda jugak. Yang secara tak langsung masuk la jugak dalam pale otak ni. Hihi. Tak lupa jugak kepada senior sesama yang bukan segroup. Thank you. Semua best. (Gila kipas~guna kipas siling tu).


Awesome. Korang semua buat aku jatuh cinta sedikit kat small animal. GOOD LUCK FOR THE DAY OF TOMORROW. Being a good veterinarian! Cayalah.


Alhamdulillah. Aku rasa lega dan puas hati. Sebab salah satunya aku tak stress kali ni ialah sebab esok cuti mid-sem! orang lain dah balik ari Jumaat lagi, aku Isnin baru nak bertolak. Takpe. I just enjoy my life. Mengantuk sudah. 

Tata. Assalamualaikum.

Ohye! Nah aku buat hati untuk semua yang terlibat sebagai tanda ucapan terima kasih dan selamat berjaya!

Alhamdulillah. Kenyang.

Assalamualaikum. Selamat malam untuk sesiapa yang suka menatap laptop or tab or iphone or ape la bagai kan. Tapi mata aku tertatap pada laptop je. Tak mampu lagi nak beli semua tu.


Hari ni telah keluar bersuka ria yang sekejap je selepas duty di ward. Tak la bersuka mane tapi setakat pergi makan je kat Al-Sinni Steamboat. Actually kalau tengok sign board tak de la tulis perkataan steamboat tu. Um.. Ni kali kedua aku pergi sana. 1st time mase dengan group post-mortem practical. Tapi kali ni dengan rakan-rakan senior dan junior iaitu DVM4 dan DVM5. Not bad. Harga pun murah. dan kekenyangan la. Bajet nak start diet hampeh la kan. Oke. Takpe. After mid-sem break akan diet. Cakap nak poyo jek. Kih3.


Senior sangat sporting. Huha huha macam tu jugak. Melayu, Cina, India. Semua serupa saja. Gelak ketawa jugak serupa. Sebenarnya nak keluar dengan senior dan junior group rotation ni adalah untuk merai la. Merai apa?Aku pun tataw la plak nk cite macam mana. Cukup la diketahui senior yang banyak membantu kami sepanjang rotation small animal ni. Kalau diorang tak ajar, memang tataw la nak buat macam mana kan. Sebab tahun depan kami pulak nak kena ajar junior kami. Maklumlah dah fifth year. Hik3.

Dah la. penat gile sekarang. Survey la gambar kat bawah. pssst. Owner restoran tu sengaja je nk tangkap gmbar kedai die jugak kan. Promote2! Biase ar tu kan. Hehe.







Semua gambar aku terpaksa edit yang sepantas kerana gegaran. Haih. Mungkin sebab tak biasa dengan my camera kot. Takpe. HiHi. Aku sorang je leh gune kamera ku dengan tahu keadaannya. Hak3.



Selamat malam!

Tuesday, April 3, 2012

Maaf Kalau Terasa

Assalamualaikum wbt.

Selamat tidor kepada semua yang sedang lena diulit mimpi yang kadang-kala tak seindah mimpi. Dalam kesamaran cahaya lampu meja yang keoren-orengan begini, aku sempat menatap laptop yang tak kurang 4 tahun usianya. Sambil menunggu pesanan ringkas berbunyi .."dah sampai umah dah ni..". Walaupun kepenatan berada di ward yang sebenarnya lebih kepada kepenatan menunggu, masih sempat menghabiskan sisa-sisa waktu sebelum jam 12 untuk berjalan-jalan ke pasar malam yang tengah malam baru meriah. Seploh lima belas minit lagi pagar hostel akan ditutup alhamdulillah, sempat lagi menjejak dalam kawasan hostel tanpa masalah lain.


Akan rindu. Itu yang bermain kat kepala waktu sekarang. Akan rindu untuk berfoya-foya. Kah3. Tak foya sangat pun la. Setakat shopping kat pasar malam pe la foya sangat kan. Ye, mesti akan rindu saat begitu. Bila cakap macam ni aku dah sebak. Orang lain mesti akan kata, poyo je nak sebak. Hati manusia lain-lain, apa yang kita lalui jugak lain-lain. Kadang-kala orang lain sebak aku tak, aku sebak orang lain tak. Adil la kan?


Maaf jika terasa. Senang je tajuk. Nampak macam aku yang buat orang terasa. Tapi sebenarnya aku terasa?? Haha. Meh sini cek nak bagitau. Aku ni kalau terasa sekejap je. Kawan mana yang tak pernah terasa. Dengan best friend aku sendiri pun penah terasa. Tak pe. Biasa la tu kalau aku terasa. Tapi jangan sampai rasa takut nak kawan or bercakap dengan aku. Muka aku mungkin nampak garang. Tapi hati aku ni oke jek. Tak de garang. Manje ada la. KAH3. Bila orang mula formal dengan aku, tu yang aku rasa macam hadeh..tak best langsung weh. Aku ni dari sekolah dulu bukan jenis skema-skema. Jangan la sebab aku pernah terasa ke, korang rasa susah nak kawan ngn aku. Seriusly, kalau dengan kawan-kawan aku bukan jenis serius sebenar. Atau mungkin masa aku terasa tu sebab aku tengah PMS ke. Kan. 


Aku kan perempuan biasa. Kalau aku gila kental hati tak pernah terasa, maksudnya aku dah hilang satu perasaan yang sepatutnya wujud dalam diri la kan. Marah, geram, terasa hati, sedih, suka, gembira, sayang, menyampah, minat, ape lagi hah perasaan? Tu semua memang ada dalam diri setiap insan. Datang dan pergi. kan. Tapi sayang aku kat dia aku berdoa semoga hingga selamanya.


Jadi maaflah jika sebab aku terasa buat orang lain pulak terasa dan rasa tak nak terasakan aku dah. Takpe pun terasa banyak kali. Dengan best friend, dengan boyfriend aku pun banyak kali terasa. Tapi life is goes on. Yang lepas bagi aku lepas la. Bila aku dah oke, maksudnya aku oke la. Oke? Haha.


Kawan je dengan aku macam biasa. Aku rasa macam sangat pelik bila orang kawan ngn aku dengan formal dan sangat menjaga hati. Please jangan. Sebab aku ni sebenarnya kawan yang jenis suka merepek. Tak caya tanya Zuzu. Haha. Serius. Aku bukan seorang yang serius. Nampak muka macam garang. Hati tidak.



HiHi. Tata. Nak makan mee goreng. Gemuk ke makan malam-malam?Tak pe lah. Sekali-sekala pe salahnya kan. Walaupun banyak kale dah. biru ada, kuning ada, hijau ada, merah ada, macam-macam kale dah. 

Oke Tata lagi.



Gambar tak la berapa lama sangat. Tapi aku love gila ngn bestfriends aku yang perempuan tu.oke.