.A STORY.
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Thursday, November 4, 2010

TERINGAT LAGI..

Tetibe aku teringat masa dulu2..walaupun perkara yang ni sudah lepas..tapi aku perlu ingat untuk mencapai impian sebenar..dulu aku suka sangat Maths. dari sekolah rendah sampai la matrikulasi. sebab dari sekolah rendah sampai matrikulasi aku ada belajar Maths. dan termasuk la segala jenis Math Mod, Add Math, kira2 Kimia, kira2 fizik..


korang ingat tak nie??haha. kalau orang suruh aku jawab soalan ni sekarang kompem aku kantoi. kalau dulu bley dapat A1, tp kalau suh jawab sekarang belum tentu leh lulus tau x!!!!marah tol!


ini Math mod ke Add Math? aku pun dah konpius!

sebab dulu masa aku kecik2..takla kecik sangat..aku pernah mencitakan diri untuk jadi Cikgu Matematik. bila naik sekolah menengah, masa naek form4, aku dah mula minat kat cik kimia. aku suka benda2 yg berasaskan formula. aku tak suka membaca sebenarnya. hoho. pengakuan ikhlas. dan selepas itu, aku mula meningkatkan cita2 aku kepada menjadi ahli farmasi. sebenarnya kan, aku tak kisah ahli farmasi or researcher pasal ubat2. sebab apa, sebab yg aku mahu sebenarnya perkara yg berkaitan ubat. aku suka kimia dan math. haish.



ubat2. hamek la ubat2. aku yg selesema. hehe. tetibe..

ok sambung. then after matrik aku masuk u. hamek kos Vet. ape ke lain benor dengan yg sebelum2 ni. siket pun tak de same. kat sini mane ade belajar maths..ade belajar bio je. walaupun aku ni mmg budak bio, tapi sebenarnya dari dulu sampai sekarang aku mmg tak berapa nk suke tang bio ni. aku ingat lagi mase kat matrik, ade belajar pasal kingdom2 haiwan ni. aku mmg xsuke langsung dan telah terdetiklah waktu itu.."aku tak nak belajar pasal ni!".then, tup2 aku yg duk belajar hempas pulas pasal sume tu kat sini. hohoho.padan ke muka aku yg manis nie.hueh!

ni lah aku to be.

haha. lawak sungguh rasa hati ini. namun begitu, aku rasa aku perlu jugak mencapai apa yang diimpikan aku selama ni. walaupun sekarang aku sedang ambil kos Vet ni, aku kene habeskan gak. sebabnya tinggal lagi 2tahun setengah bersamaan 5 sem/10sem. wah!aku dah lalui 5 sem bersama rakan2 Vet. tapi aku rindukan rakan-rakan Semesta. haha. tetibe. ofkos la. kalau korang pun duk asrama selama 5 tahun dr mase korang cam blur2 sampai korang jd ala2 matang..korang akn tahu ape yg aku rase..kan?kan?haha. xde org ngaku takpe.

ok. lepas tu ak dah dapat satu idea..idea ni menjadi simpanan dalam otak sehinggalah aku grade nanti. yeah! SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN FINAL KAWAN2!

p/s:sempat lagi aku update blog sebab aku tak nak rase tertekan. 

http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com

Tuesday, November 2, 2010

SESALKAH AKU?

huhu. dalam keadaan yang ingin menyambut kedatangan exam ni..

terdapat sejambak puisi yg aku nukilkan untuk diri aku..

bajet la kau Haida!

haha. (y.y)


http://www.cute-smiley.com

Pada satu saat ketika..

aku bertanya pada sang hari..

benarkah pemilihan ini..

adalah silap di mana-mana..

dan aku mendapat satu kepastian..

aku sebenarnya keliru..

antara minat dan keupayaan..

bukan upaya aku di sini sebenarnya..

namun..jauh di sudut hati..

"kau perlu teruskan!'

itukah yang terjerit dari hati ku?

atau itu hanyalah satu paksaan yang keluar dari bibir..


dan di kala ini..

aku memikir..

sesuatu yang aku idamkan..

mengapa aku tidak memilih jalan itu dahulu..

sedarkah aku akan keupayaan aku?


dan telah mendapat utusan dari hati..

"meneruskan..dan memulakan"

mencuba meneruskan hingga penghabisan..dan mencuba untuk memulakan sesuatu yang aku idamkan...

~aku yang masih dalam perjuangan...


http://www.cute-smiley.com

Monday, November 1, 2010

TENTANG HATI DAN PERASAAN

dating lagi? asek2 dating. asek2 dating. ah. bia la kan. huh!

tapi sebelum itu aku ingin menyatakan perasaan kecewa terhadap kekurangan CARRY MARK untuk sume subjek la. harapan untuk mendapatkan A+ sangatlah tipis kerana apa? kerana untuk aku dapat A+ mestilah mendapat 40%/40% untuk FINAL. ko gila kan. huhu. takpe lah. saya nak belajar dengan baik!(tibe2 jadi saya)

ok. untuk blog kali ni nak tulis bab dating. bia la nak tulis apa pun sebab blog ni macam diary ah lebih kurang. tapi diary umum. bukan untuk kepoh2, tapi sekadar sebagai penulisan. huh. apa2 la kalau nak cakap kan. hehe.

pada hari sabtu yang lalu, bersamaan 30 oktober 2010(30102010) dan telah menulis pada hari ini 011110..cantik gk kan???hahahha..okes.

30oktober2010

tutututu~msg berbunyi. jap lagi ri bertolak. albej tak jadi nak p klinik sebab hujan.

hah?huru hara lah aku kerana aku belum mandi lagi. sebab aku bajet dia nak hantar kawan dia pegi Klinik Kajang dulu. then dengan sepantas kilat menuju bilik air dan mandi. kemudian tak lama lepas tu dia sampai.

ok, nak p mana?

la..kata nak pergi jenjalan kat Jusco jep?

Kat jusco cam sekejap sangat sebab baru pukul 10 lebih ni. jomlah!

dan akhirnya sampailah di TIMES SQUARE. arrghhh. jauh. sebab kami rasa kami telah tersalah masuk jalan. jadi terpaksa cari semula dengan keadaan yang sangat jam. sampai Times Square rasa macam penat sangat2. huh dan sangatlah perut ini bernyanyi2. lapa gila. nak makan dalam Times Square sangatlah mahal. jadi kami keluar dari Times Square dan menuju restoran mamak. tp tak sedap! huh. kemudian jalan semula ke Times Square. suka buat kerja banyak kali. tapi masih bosan dalam Times Square. tangkap2 gmbr pastu kua. sebab ingat nak tengok wayang. then pabila melihat barisan membeli tiket sangatlah panjang, jadi cam malas plak kan. hehe. sebab kami bercadang menonton wayang di LEISURE MALL sahaja. walaupun tempat tu biasa2 tp cam atleast xpayah nk beratur panjang. 


ni masa di Times Square. haha. kalau aku cakap ni kat Sabah pun leh caya gak. sebab bukan ada tanda ape2 pun kat gambar ni menunjukkan kat mana2. 

ni Shin Chan yang kitorng telah menggerakkan kepala nya. mmg lawak gila tengok dia goyang2 kepala. haish.

ni pun kat Times square. uh!

Dan teruslah kami menuju ke Leisure Mall. Wah, dekat plak rasa nya jalan balik ni. Haih. Then, sedang kami masuk je Leisure Mall, kami terus menuju ke tempat wayang. Opppss!! Halamak! Kitorang tibe2 terdengar ada suara2 cam sebut perkataan …AF. Pastu eh? La.. ada Adam AF plak kan kat sini. Hahaha. Sebab untuk TM promotion la. Then apa lagi, kitorang duk ar melepak jap tengok show Adam ni. Die mmg putih dan macam mana korang tengok dia kat tv macam tu lah dia in real life. Haha. Lagu2 dia kan cambest gak(bagi aku la). Then, kitorang p beli tiket jap. Tengok2 cite apa yang menarik hati dan 1 je yang cam menarik hati iaitu CUTI-CUTI CINTA. Mmg lawak gak ar cite ni. Sebab gaya Farid Kamil yang sempoi dan sebagai orang kampong. Nora Danish nya lakonan not bad. Tapi rasa nya kalau watak tu letak Lisa Surihani pun ok. Sebab cam character lam cerita tu seswai la untuk Nora Danish or Lisa. Ok2 dah, nanti korang tengok sendiri. Tapi bagi aku tahap lawak die aku bagi 3.8/5. Tahap cerita dia 3/5 la kot. Hahaha.


nampak pucat jek. haha. ok. ni rasanya cam before tengok wayang kot.

nak tau dia ngah tengok pe? ngah tengok tv kat kedai jual barangan elektrik. haha. sebab cerita tu macam menarik.


ok! ni Adam AF. ha tu je la.

cam penat sangat la kan sebab nak tunggu movie pukol 4 ni. haha. jadi tido dulu sebabnya penat perjalanan dari Times Square ke sini. heheh.

Ok. Kitorang habis wayang kul 6 gitu then keluarlah kami dari Leisure Mall yang best tu. Haha. Then nak p mana? Lapa lagi lah! Kami teruskan perjalanan ke JUSCO MAHKOTA CHERAS. Kitorang jalan2 dalam tu dan ternampak KFC! Sebenarnya kan, setiap kali keluar, mesti nak makan KFC. Dia suka sangat KFC ni. Haih. Takpe. Bukan selalu pun kua. Hahah.

Dah terasa sangat letih, after melantak KFC, kitorang pun pulang ke kediaman. Chewah, dia hantar aku ke UPM dan kami meli=epak lagi kat bawah hostel kat tempat duduk tu dalam 2 jam kot. Sebab sampai di UPM dalam area 8 lebih dan aku naik dan dia balik hostel dia dalam kul 11.15p.m.

Arrghh! Penat nya!

Malas dah ar tulis.

Benda yang aku lupa:

1.       1.Beli toner Mustika ratu

2.       2.Beli stick eyeshadow Avon

3.       3.Beli belah!

Siap!

makan KFC lagi!

Jusco ni punye tempat tandas cantik ok!

kat kawasan nak ke tandas juga. habes posing da ni.

gaye aku makan mmg semula jadi. hohoh

babai!(^^)