.A STORY.
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Wednesday, August 8, 2012

Ramadhan, Praktikal dan Cuti.

Assalamualaikum wbt.

Selamat tengahari dan Salam Ramadhan Al-Mubarak. 
Tinggal kurang dua minggu saja lagi untuk kita sama-sama menyambut Aidilfitri yang mulia. Seriuosly, hari raya hari yang aku suka sangat. Sebab aku suka bila ada tetamu datang rumah. Kalau tengah duduk2 kat rumah pun kalau ada tetamu aku suka sangat. Kenapa? Aku sendiri pun tataw. Sebab aku mana la tau sangat soal hati dan naluri.

Dalam kesibukan cuti dalam bulan yang mulia ini, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Seminggu berehat setelah pulang dari tempat praktikal dah cukup rehat untuk kembali menulis serba sedikit. Takde apa yang best, sekadar coret-coret buang masa. Praktikal terakhir sebagai DVM student hari tu best jugak. Yelah. Insya-Allah tahun depan dah habeskan belajar. Mana ada praktikal2 bagai.

Ini adelah masa di lab. Biasa la keje kerajaan mesti la pakaian kena formal kan. Tapi 3 minggu kat sini enjoy2 la jugak. memang peluh tu xde la. Ekon memanjang. Belajar banyak tentang lab. Ada la jugak yang tak sempat belajar disebabkan masa dan keadaan. Masa di lab ni ada tambah tolak 22 orang pelajar praktikal. Selain UPM, Unimas, UKM, UMT dan UM jugak datang sama hari praktikal dengan kami. Oleh itu, selain dapat belajar, kami juga dapat berkenalan dengan student U yang lain. Tapi mereka-mereka yang lain tu praktikal lama. 2 bulan rasanya. Kami 3 minggu jek. Keh3. Dan semasa aku menulis ni pun diorang masih belum habes lagi rasanya.

Ini semasa dalam lab bacteriology. Dengan dak UKM dan UNIMAS.

Gambar ni tangkap masa hari terakhir kami di makmal ni. B4 kami bertolak pulang.

Ini semua adik-adik. umur mereka 21 tahun. Tapi ngn diorang sporting habes. Siap g makan-makan kat rumah diorang. Dan seriusly diorang pandai memasak. Sebab kitorang tetamu, jadi aritu kitorang datang makan je. HIHI.

Dan aku dan Zuzu meneruskan perjalanan praktikal kami ke ladang Ar-Raudhah di Kuang. Jadi kami hanya punya masa rehat pada hari sabtu sahaja. Ahad sudah bertolak ke sana. 

Arraudhah punya cerita berlainan dengan makmal. Pakaian tidak lagi formal sebab kami kerja ladang plak. Ladang kambing. Sekali lagi perkenalan berlaku juga di sini. Setelah 2 minggu di Ar-Raudhah, alhamdulillah ada terbit juga rasa kasih sayang terhadap kambing. Seriusly kalau korang tengok telatah kambing ni korang mesti akan tergelak sorang-sorang. Di Arraudhah aku dapat kenal lebih separuh name semua pekerja di situ. Tidak kira walaupun pekerja Indonesia. Dan sebenarnya vet di Ar-raudhah due-due orang pun vet dari indonesia. Tapi masalah komunikasi memang tak de sangat la. Sebab bahasa mereka pun selalu di dengari. 

dan yang paling best di Ar-raudhah adalah aku rasa aku dapat belajar banyak benda yang patut di pelajari. Pregnancy diagnosis, artificial insemination, hand mating, semen collection, semen processing, vaccination, caesarean sebab tak leh beranak, lain-lain surgery, nursing care anak baru lahir dan macam-macam lagi lah. Best la sini sebab kambing dia tak berbau pun.

Lenguh weh kena bongkok. Haha.

PD
Kami tinggal satu rumah. Dari kiri Kak Nad, aku, Zuzu, Anis (UMT) dan Dr Lydia.


Ini semasa keberangkatan Pak Jo mau pulang ke Indonesia bercuti. Pak Jo jaga kandang salah satu di ladang itu. Berbaju hitam, bertopi dan bercelana hitam itu lah dia. Selain Doc Lydia, Doc Andhika (baju sama Doc Lydia)  juga vet di sana.

Semasa berjalan-jalan naik villa sebelum berbuka puasa. Best. sebenarnya tempat ni tinggi.



Meraka ni kambing-kambing. kot2 la tak taw ke. ;)

Okei la. hari ni nak mencuba buat biskut raya. biskut yang tak pernah dibuat sendiri lagi. Kalau menjadi dan sedap nanti resipi akan dikongsi. Kalau takde entri pasal kuih raya maksudnya tak jadi dan tak sedap. Hehe. 

Babai!
p/s: bile baca balik baru sedar banyak salah eja. hampeh..hehe

Saturday, July 7, 2012

Lapar.




LAPARNYA!!!

Wednesday, June 27, 2012

Separa pekerjaan

Assalamualaikum wbt. selamat senja! Sambil menghirup kuah kuey teow kungfu panda ni, rasa macam nak menulis la plak kan. Menulis la ape2 pun. 

Alam pekerjaan di makmal pada hari pertama:

Wah. ada budak praktikal laen la jugak baru datang. Sebijik kancil. Oke. dalam 3-4 orang je kot. Takpe lah. Pegi je daftar kat pakguard. Hamek kau. Ada lagi dalam 10 orang perempuan yang praktikal jugak. dan jumlah kesemua tempat praktikal adalah 20 orang. Fuh mak aih. ni fakulti ke ape? Haha. Actually mereka yang lain tu pelajar universiti lain. Oke hari pertama biase la. Tak de la nak tegur bagai kan. Aku kan sombong. Hah???


Hari kedua. dah start dapat bahagian mana yang nak duduk. Oke. baru start senyum2 kat surau. tanye sikit2. mereka la yang tanya i n zuzu ye. Tanya umur pulak dah. sebut je 23 tahun. terus cakap.. oh..akak la ni. Heh??? dah tua rupenya aku. 

Hari ketiga. Hari ini. Dah start tegur2 gelak2 kat dalam tempat lab dah. tetibe aku rasa aku cam banyak cakap plak. tanye itu ini. nama la. apa la. duk mana la. perbetulkan ape orang kate la. tetibe aku rasa macam. Eh? Bajetnye kau Haida. Mase balik tu aku pikir. Oke lah. Mulai esok nak senyap je la. Nanti takut plak orang kate aku ni minah kecoh plak. Daripada tak suka orang cakap camtu kat aku baek aku jangan banyak tanya sangat. 
Huh! susah tol kalau ada semangat inkuiri yang tinggi ni. Hihihihi.


#Study masih belum bermula. Apa nak jadi ni.