.A STORY.
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Tuesday, January 31, 2012

Singgah Di Hati

Pada kala ini, sendirian. Rasa sunyi juga sepi. Seriusly. Rasa seperti nothing. Bosan. Sunyi. Boleh aku tanya? Kenapa manusia selalu pentingkan diri? Kenapa wujud manusia yang pikir kebahagiaan diri sendiri?


Dalam hidup kita, tak salah jika kita kata 'tak'. Demi menjaga harmoni orang lain. Tak susah pun. Cuba dan rasainya, korang akan rasa lebih gembira. Seriusly.

Tuesday, January 24, 2012

Minggu Ke-2 Praktikal

Assalamualaikum wbt.


Esok masuk lah minggu ke dua praktikal di klinik bersamaan hari ke enam. Yay. Minggu ni 3 hari je kerja. Woh. Penat jugak sakit tumit aku. Tapi syok la gak sebab memang tak menang kaki la wa cakap lu. Lepas sorang-sorang client masuk bawak 2 3 ekor sorang pet diorang. Dr pagi sampai petang. Then balik kolej apa leh buat baring tido. Penat.

Tapi minggu ke dua ni mencabar sikit la. Sebab nak kena prepare untuk presentation hari Jumaat nanti. Semoga aku tak gelabah. Aku present pasal Vaccination. everything vaccination in small animal, aku kena bgtau. (T,T) nangis! Rasa tak sabar lak nak habes petang Jumaat tu. Then sambung plak praktikal post mortem di fakulti aku jugak. Kiranya aku tinggal di Kolej 17 yang tercinta la sangat ni selama 3 minggu la? Pencinta kolej katekan. Kakakaka.



Okeh. Sengaja taip benda yang tak de isi sebab tengok belog nie sunyi sepi je. Ada lagu latar je. So bajet2 nak tak sepi saje la taip entah apa-apa. Sebab aku ada masa 2 malam lagi untuk siapkan slide n word untuk vaccination aku tu. 


Waktu sekarang jugak aku ngah pikir tentang HADIAH. Yang ke 23 tahun dia dan ke 6 tahun kami.



p/s: hehe. rugi kan baca. sebab tak best. perasaan aku kini terkilan sebab broadband tertinggal kat rumah dan rasa sungguh risau kerana nak menyiapkan presentation itu, dan kemudian naseb baik kolej 'tercinta' la sangat ni ada wifi. Fuh.

Saturday, January 14, 2012

Rasa Selepas Final Exam Sem 7 tu Macam Ni

Assalamualaikum wbt.


Seronok tak terkata selepas keluar kan diri dr bilik lecturer oral petang Jumaat itu. Sebab satu benda je. Wah. Dah lepas final exam untuk sem7. 3 sem lagi. Pastu terus niat dalam hati, sem depan kena study awal2 supaya aku tak over gelabah mcam sem ni. Kena lebih bijak membahagikan masa.


Dan petang Jumaat itu rasa sungguh keletihan bercampur hujan turun menurun tak henti-henti. Satu rahmat yang tidak terhingga untuk menyuburkan semua yang ada di muka bumi ini.


Dan rasa petang Jumaat itu tidak rasa seperti hari ini. Kerana hari ini terasa seperti, oh, dah sehari berlalu cuti. Nanti pejam celik pejam celik masuk sudah sem8. Takpe. Try semula untuk jadi lebih baik. Ye Haida.


Lepas ni aku praktikal di Hospital Vet Cheras. Datang la bawak pet korang ke sana. Oke.
Mase lapang aku dalam masa sehari Sabtu.


Seronok mengait-ngait dan siapkan suatu.

Memang la tak cantik sangat sebab ni first time buat. Practices make perfect! ye dok? eh..mane ade benda perfect kt dunia ni. Ingat tu. Cuma kita cuba bg yang terbaik.
Rasa seronok selepas final exam macam ni.....



*****Sambil mengait, sambil tengok cite Ombak Rindu kali kedua pun nanges-nanges jugak. Haha. What ever!