.A STORY.
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Sunday, March 18, 2012

Perempuan Ini Dan Hati Dia.

Assalamualaikum wbt. 

Hari ni penat yang amat. Bercampur baur dengan keadaan demam. Bercampur baur dengan test 2 hari lagi. Bercampur baur dengan rotation. Terima kasih hati sebab masih mampu bersabar.


Bukan perkara itu (penat, lelah, sabar, test, rotation) yang aku nak luahkan. Tapi aku nak bagitau special kat seorang ni. Yup. Kalau yang lain bace rasa nak loya ke hape aku tak kisah pun. Sebab aku nak bagitau sifat lelaki yg aku suka dulu dan kini berbeza.

Sebab sekarang:

1. Aku suka lelaki yang tak pernah mengaibkan aku. Tak memalukan aku depan-depan orang lain. Tak pernah malu bila bawak aku jumpa dengan kawan-kawan dia. Walaupun aku sedar aku ni terlalu banyak kekurangan.

2. Aku suka lelaki ini. Yang walaupun selangkah je jarak nak redahi hujan, die tunggu aku redah sama-sama dan tetap jugak cuba lindung aku daripada kena hujan walaupun xda payung.

3. Lelaki ini, yang selalu bersabar dengan aku walaupun aku selalu mintak dia datang even aku hanya selesema sikit sejauh 45 minit naik motor, redahi hujan.

4. Lelaki ini yang selalu marah aku sebab perkara-perkara yang aku buat yang kadang-kadang terukkan diri aku sendiri.

5. Dan lelaki ini, yang tak pernah perasan atau tinggi diri sikit pun, selalu mencuba jadi yang terbaik untuk aku walaupun dia sedar dia nakal.


Dan dia seorang lelaki yang selalu berbincang tentang masa depan. Masa depan bukan untuk kami berdua sahaja, tetapi masa depan keluarga dia dan keluarga aku juga.


Seorang abang yang sangat mementingkan adik-adiknya, seorang adik yang selalu membantu, dan seorang anak yang menjadi harapan keluarga.


Terima kasih sebab hadir dalam hidup ini. Banyak bagi nasihat tentang macam-macam. Banyak sabarkan aku dalam setiap perkara. Banyak berkongsi segala perkara yang aku tak mampu kongsi dengan orang lain. Semoga berkekalan dengan dirinya.


 


Friday, March 9, 2012

Saya Rasa Bosan. ;(


BZ je. Saya bosan. Walaupun saya faham.

Wednesday, March 7, 2012

Sabar lagi

Assalamualaikum wbt.

Malam2 yang sebegini hujan dengan lebat kot..hati masih lagi cuba bersabar..kenapa susah sangat untuk rasa seronok di sini.. Setiap apa yang aku akan alami esok atau seterusnya di kelas sentiasa dalam keadaan risau...takut..cuak..malu..OH God. kate nk jadi vet. mcm ni perangai. Dah hampir setahun perasaan sebegini selalu hadir...Setahun lebih lagi Haida....kenapa rasa macam penatnya......sikit je lagi. Seriusly, aku down..belum start rota lagi aku dah down. Teruk kan? 


Kalau masa berundur...ye..jangan mimpi Haida. apa yang kau pilih...kena teruskan jugak. Apa yang kau rasa kau perlu berusaha.. Duduk sorang2 rasa nak menangis..Air mata tak keluar, tapi hati meronta2 menangis...Rasa masa terlalu cepat berlalu sampai banyak benda yang aku rasa tak sempat nak catch-up.. 


Bodoh ke aku?Bukan..semua makhluk Tuhan kalau berusaha mesti akan pandai..Tapi masalah aku tak berusaha sekuat nya. Rasa dah bace banyak, tapi sebenanrya byk lg tak bace. Rasa dah study dan faham, tapi bile kena soal still blank..Rasa macam separuh hati dah berlalu pergi. Yang tinggal separuh lagi..Jangan stress Haida. Kalau tak mampu jadi yang baik, jadi yang sederhana cukup.



Emosi. Tulah aku sekarang. Esok masuk clinic. Takut aku tak dapat buat yang bagus. Sebab aku bukan seorang yang genius. Tak payah bace apa dah tahu semua. Kalau aku bace byk aku akan keliru. Penatnya..Mengeluh lagi kan?Huhu..Hati dibelengu. Mungkin takdir, ini pilihan aku..teruskan lah. ;( Selepas ini pilihlah jalan sebetulnya semula Haida.