.A STORY.: Rasa Hati Hari Ahad
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Sunday, January 8, 2012

Rasa Hati Hari Ahad

Assalamualaikum wbt.

Dari tadi duk berkumandang je lagu Senario, "Zapin Usik-mengusik" tu. Seronok dan terhibur pulak dengar. Ehehe. Baiklah. Pagi-pagi lagi aku dah online fb. Sambil buat2 nota untuk exam hari Rabu. Untuk exam esok xde masa dah semua tu. Cuma akan teruskan membaca petang, malam sampai pagi esok sebab exam pukul 11.30 rasa ada ruang masa sikit la. eheh. Tak perlu kot aku bagitau. Tapi dah jari menaip je. Biala kan.



Begini ceritanya..

Pagi-pagi lagi aku dah online fb. Actually nak online untuk pelajaran tapi sebab homepage aku facebook, jadi aku tak leh lari la untuk tengok-tengok belek-belek fb jap kan. Padahal bukan ada notification ape sangat pun kan. Haha. Oke, pastu scroll down tengok2 ada akak ni dah bertunang rupenye. Akak ni akak angkat bf aku dulu. Biasa la sekolah-sekolah kan. minat2 camtu. Haha. Tapi aku kenal akak ni pun sebab penah 1 dorm dan kitorang satu pasukan hoki dulu. Pastu dah ucap tahniah like gambar semua aku usha-usha stalk lagi home fb tu. Then ada plak kawan aku post kt sorang ex-schoolmate yang pindah masa tingkatan berapa aku tak ingat sangat la. Pasal dia tu bertunang jugak. Die merahsiakan pertunangan tapi memang itu yang seeloknya, tapi disebabkan terbocor jugak rahsia itu, jadi kitorang pun tahu jugak la. Hehe. Tahniah untuk kedua-duanya!

 Tahniah untuk sorang Doktor dan Bakal Guru!

Eh? yeke kot.


Haha. kat sini korang nak tahu apa perasaan aku? Perasaan aku rasa macam nak belajar bersungguh-sungguh je. Sebab aku tengok ramai kawan-kawan aku yang dah final year. Ofkos la kalau aku amek kos lain pun aku dah final year. Haha. Then, ada jugak kawan-kawan aku yang dah habes belajar dan bekerja. Seronok tengok. Dan semua-semua tu buat aku rasa nak belajar bersungguh. Sebab? Sebab aku pun nak habeskan dapatkan degree. Semoga segala berjalan lancar. Walaupun aku baru tahun 4, tapi tahun ni lah aku dah kena sedia untuk comprehensive exam. Sebab aku tahu, tengok senior2 aku yang tahun 5 tu sangat bizi je rasanya. 
Dan perasaan aku jugak pada hari ini ialah nak mengumpul ilmu di dada. Menjadi seorang yang berpengetahuan. Bukan seorang doktor haiwan yang blurr. Sebab aku sendiri sedar aku kadang-kadang blurr. Benda simple pun aku tak boleh nak ingat.Teringin untuk menjadi seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang aku sekarang. Tapi aku sedar ada limit untuk seseorang itu. Tapi apa-apa pun, semua yang kat atas tu buat aku rasa macam "BAIKLAH! AKU KENA STUDY UNTUK exam KUMPUL ILMU" Haha. Rasa macam bajet bagus je kan? Tapi takpe. Setahun setengah lagi insya-Allah aku cuba survive. Bila pikir balik, lama nya setahun setengah tu? Tapi bila korang berada di tempat aku, yang rasa macam-macam kena handle, macam-macam kena belajar, rasa macam setahun setengah tu tak cukup. Oke. 

apa-apa pun, semoga aku dapat lalui zaman universiti ini dengan baik dan aku menunggu untuk memasuki alam pekerjaan. Apakah rasanya??


(apasai aku punye broadband nie asek on off jek)



Korang tau? Masa dan pengalaman itu mematangkan aku. 

Zaman persekolahan yang tak mungkin dilupakan

Selepas persekolahan Hari Kecemerlangan Sekolah

Zaman matrikulasi yang penuh relax

Tahun pertama aku di universiti semasa praktikal di klinik luar

Masa itu merubah banyak benda. Fizikal dan mental. Masa itu menggemukkan. Haha.

Seronok dan kelakar bila terkenang.

No comments: