.A STORY.: August 2011
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Thursday, August 25, 2011

Rahimah Rahim - Hati Yang Rapuh

Rahimah Rahim

Hati Yang Rapuh

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...



Best la lagu ni. Sesuai untuk drama-drama dalam tv, Tak caya download la. Sebuah lagu yang mengaku kerapuhan diri sendiri semasa melalui onak dan duri, tapi dia tak putus asa. Mencuba kembali untuk ke arah impian dan harapan. Oh, tak pandai nak mengulas plak. Haha. Oke Dah. Sila dengar. (^^)

update: Saya mahu nyanyi lagu ni kat karaoke! Tolong ingatkan saya bila kita pergi karaoke ye! Haha.

Bila Saya Termenung

Bila saya termenung, saya bagi ikan makan kat belog dia ni.
Nape ikan-ikan tu tak nak besar.

Saya Boleh Berubah

Saya boleh jadi seorang yang lain dari sekarang. Kalau tak percaya, tengok lah esok.
Sebab jika saya tidak mengubah sifat saya, saya adalah seorang perempuan yg bukan understanding, bukan sabar dan bukan terbaik.

Doa Untuk Diri

Assalamualaikum w.b.t

Tidak la namanya manusia kalau tak ditimpa dugaan dan ujian. Sebab satu benda yg aku yakin adalah Allah beri kita ujian itu sebab kita mampu untuk menghadapinya. Semoga hatiku ni kuat Ya Tuhanku sebab memberiku ujian. Semoga aku lebih tabah menghadapi perjalanan ini.



Semoga sifat sabar itu sentiasa berada di dalam hati aku. Namun, sabar itu adalah satu perkara yg sakit untuk ditahan. Perit. Tapi aku tahu, semua itu ada hikmah disebaliknya.


Pada malam yang sehening begini, semoga leraikanlah kekusutan yang ada pada diri ini. Biarkan ia berlalu dengan angin lalu. Semoga hari esok lebih cerah dari hari ini.

Amin.

Tuesday, August 23, 2011

Apa Yang Perlu Ada Dalam Beg Tangan Perempuan

Assalamualaikum dan selamat malam. Sebab saya tulis entri ni waktu malam, jadi selamat malam lah! Haha. Okay, tak kelakar pun. Entri hari ini nak tulis berkisar sesuatu yang penting untuk perempuan. Okay. Tak. Penting untuk saya. Saya tak tau samada untuk orang lain penting atau tak. Tapi apa-apa pun meh kongsi-kongsi.

Perkara yang saya mahu kongsi pada malam Ramadhan yang mulia ni ialah..okay, tak perlu cakap sebab dah terang-terang pun tajuk entri tu tulis “Apa Yang Perlu Ada Dalam Beg Tangan Seorang Perempuan”.

Sebenarnya nak buat tajuk entri panjang lagi. Tapi takut bace tajuk je terus juling mata sebab panjang sangat. Okay. Singkatkan kata:

Apa Yang Perlu Ada Dalam Beg Tangan Seorang Perempuan a.k.a. saya:

Susunan yang tidak mengikut priority.

1. Handphone. Penting la. Sebab nya handphone sekarang kan dah jadi satu barang keperluan. Jangankan orang yg berumur 22 tahun macam saya, tapi budak-budak sekolah rendah sekarang pun dah ada handphone sendiri. Haish.

2. Dompet la of course. Duit juga penting untuk kita survive dalam hidup ini. Tapi ingat! Bukan lah duit semata-mata bila kita hidup ini. Okay, tak reti buat ayat yang best.

3. Manicure set. Haha. Ramai yang tak ada dalam beg alat ni. Saya bawak sebab dalam tu ada gunting kecil, pengepit kuku, dan macam2 la. Ada 6 barang kecil yg ringan.

4. Pen. Sebab kadang-kadang tiba-tiba ada mamat mintak no. phone ke. Haha. Gurau. Pen ni penting sebab kadang-kadang ada benda yang kita perlu tulis secara kecemasan kan. Kertas tak payah bawa tak pe, sebab boleh tulis kat tangan. Dan yang penting, pastikan pen tu ada dakwat oke.

5. Sapu tangan. Sebab saya ni mudah selesema dan sangat sensitive bila ada habuk atau terlalu sejuk. Jadinya sapu tangan adalah benda paling penting yang saya perlu bawa kalau keluar pergi mana-mana.

6. Pad.

7. Compact powder. Saya guna silky girl. Sangat suka. Hehe. Mungkin sebab sesuai kot. Compact powder pakej dengan cermin, jadi memang sesuai la untuk tengok penampilan kita walau bila masa pun.

8. Lipbalm & Gincu. Benda ni saya bawa dan akan touch up bila ke tandas supaya muka tak nampak pucat.

9. Hand Sanitizer. Saya guna Dettol. Kalau lepas pakai sanitizer akan rasa macam oh! Bersih sudah tanganku. Walaupun kita sendiri tak dapat tahu ada tak kuman kat tangan tapi atleast kita usaha kan.

10. Matric Card. Saya seorang student of course saya bawa sebab mana tau pegi tengok wayang dapat la murah sikit padahal jarang sangat saya tengok wayang. Ehehe.

11. Kunci pendua. Sebab ada kepentingan ketika kecemasan. Kita kan tak tahu bila kecemasan tu akan berlaku kan.

12. Kamera. Hah. Ni saya bawa jugak sebab mana tau akan guna untuk snap gambar-gambar yang boleh menggamit memori. Nape saya guna ayat yang tak leh blah ni.


Tu je kot. For your information, beg tangan saya tak besar pun, kecik je. Tapi percayalah, semua barang kat atas saya bawa. Tak berat pun sebab pastikan material beg tangan anda ringan je. Hehe. Tak pe walaupun orang kate beg tangan korang poket doremon, atleast nanti barang-barang tu semua berguna untuk korang. Percayalah.

Selain itu, barang-barang dalam beg tangan korang mungkin dapat eratkan hubungan silaturrahim. Sebab contoh: “Ida bawa tak pengepit kuku? Nak potong kuku ni. Panjang da.” Ayat-ayat yang biasa saya dengar semasa keluar dating. Hey. JAngan tak tahu, benda simple macam tu dapat rapatkan hubungan. Oke. Haha.

Okaylah. Nak tengok tv plak ni. Jumpa lagi. Assalamualaikum. (^^)

Sunday, August 21, 2011

Dialah Yang Buat Aku Tertawan

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua.

Entri ni saya nak kisahkan tentang seorang ni. Dia lelaki dan saya terima apa-apa komen kalau entri saya ni buat semua rasa suka mahupun tak suka. Sebab ni entri yang saya nak tulis tentang seseorang yang membuat saya tertawan.



Dia, seorang lelaki. Bukan artis. Bukan penulis novel. Bukan jugak ahli sukan. Seorang lelaki yang saya kenal sejak dari sekolah. Saya dah kenal dia dari saya form 1 lagi yang mana hanya kenal melalui nama. Sebab saya kenal dia sebab dia kreatif. Naik form 2, ada kakak senior saya yang sama sekolah suka mamat exist. Dia kata lelaki ni muka ala-ala mamat exist tu masa kami form 2. Dan lagi sekali saya kenal dia. Naik form 3, selalu bertembung dengan dia kat tangga masa tukar kelas untuk kelas bahsa asing. Okey, stop kat situ.




Laki ni saya dah kenal dia secara rapat selama hampir 6 tahun sehingga hari ini. Ada banyak benda yang orang lain tak tahu tentang laki ni. Dia seperti lelaki lain. Ada hobi. Ada jiwa. Ada perasaan. Ada minat.


Dia seorang yang suka bermain bola sepak. Sangat suka. Dulu dia seorang goalkeeper di sekolah. Tapi sekarang tak lagi. Penyerang plak. Futsal. Pun sama jugak. Teringin nak tengok dia main bola sepak lagi.



Memang, kalau nampak dari luaran, nampak dia garang. Yup. Dia memang garang pun. Tapi kadang-kadang dia ni kelakar. Sebab kalau dia cover, dia suka tersepak botol atau plastic atas jalan masa berjalan. Dia tak suka benda yang remeh. Dia tak suka memanjangkan rajuk. Dia akan membiarkan rajuk saya. Dia tak pandai memujuk. Yup, saya tak nafikan. Dia, seperti orang lain, sebab dia tak terlepas dari memandang sesuatu yang cantik. Sebab dia ada hormone testosterone. Macam tu jugak saya. Saya pun manusia yang sukakan perkara yang indah.



Apa yang saya kenal dia, dia seorang yang sensitive. Cepat berubah mood. Tapi, dia tak lindung rindu dia. Dia tak tunjuk romantic dia dalam msg. Tapi bila dengan dia, dia protect saya. Dia takkan pujuk saya depan orang lain. Dia akan pujuk saya bila orang lain tak nampak. Kadang-kadang, saya rasa macam marah sebab dia jarang pujuk. Tapi sebaliknya saya rasa lega, sebab dia bagi saya seorang je tau macam mana dia pujuk.




Tapi satu benda yang saya paling salute dia adalah dia terhadap keluarga dia. Saya suka dan gembira tengok hubungan dia terhadap keluarga dia. Apa yang saya paling suka, hormat dia terhadap kedua ibubapa dia. Hubungan rapat dengan adik beradik dia. Saya dapat tengok tanggungjawab dia walaupun dia tak tinggal dengan family. Saya dapat tengok penyayang dia terhadap budak-budak. Saya dapat tengok dia sebagai lelaki yang ingin berkeluarga. Saya dapat tengok dia lelaki yang ada matlamat. Sebab matlamat tu penting.


Saya tertawan dekat dia, bukan sebab semua-semua tu. Tapi saya sendiri tak dapat bagitau kenapa saya suka dia. Saya nak terima dia seadanya. Dan saya harap dia terima saya seadanya walaupun saya perempuan yang biasa. Sangat biasa.


Ada banyak benda yang berbeza antara kami. Ada-ada je tak kena. Sebab tu saya suka merajuk. Saya suka touching. Tapi saya suka jugak dia. Sebab dia adalah dia. Sebenarnya saya merajuk mengada agaknya. Huh! Tapi kan. Ada dua benda yang sama betol2 sangat2. Iaitu tarikh lahir. Bukan bulan lahir. Tarikh. Dia 16 Februari, saya 16 Mei. Dia 10 Rejab dan saya 10 Syawal.

Ni la seorang tu!






Garang kan? Kan?




Okay. Sudah. Mesti da berpinar baca entri panjang cenggini. Stop dulu la. Sebab saya ada satu pantun:

Bangun pagi cari perigi,

Jumpa lagi.

Haha. Sorry la, pantun yang singkat di dunia. Keh3. (^^)


Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Wah, berjaya sungguh petang2 macam ni mengupdate belog. ohoho. Sempena bulan Ramadhan tahun ini yang beberapa hari saja lagi akan tamat dengan kedatangan 1 Syawal yang mulia, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada umat Islam semua. Mungkin agak terlewat sebab dah 20 hari lebih pun kita berpuasa tapi rasanya tidak salah. Haha. Apehal aku macam skema gile plak ni. Eheh.


Semoga dengan Ramadhan dan bakal kedatangan Syawal ini dapat beri kita sesuatu manfaat samada secara sedar atau tidak.


p/s: Sebenarnya nak update lagi, tapi melihat jam sudah menunjukkan angka hampir senja, stop kat sini dulu. will be back soon~

updated: testing.

Wednesday, August 10, 2011

Sungguh Aku Tak Kecil Hati

baru sampai uma...amek mak kt tempat majlis berbuka puase. cepat2 je nk sampai uma sebab nak delete sesuatu..sebab aku ingat aku tak post pun..sebab mase loading nk post tu...xkeluar lagi kat wall..pastu aku pun padam je page tu..terus ke kereta nk amek mak..


mase lam kete msg2 die...tanye2..erm..nape die tak leh anggap care aku bertanya tu lembut..sungguh...aku tak bertanye dengan nada kasar..betullah ap orang kate..dari msg kite akan mudah salah paham nada..aku berase cam lambat sangat perjalanan tadi walaupun hanye ke felda sebelah..aku rase macam..cepatklah sampai...jgnlah lembu ganggu perjalanan kami sebab byk sgt..aku nk balik uma tengok aku post ke ayt tu..betol...mase tengah loading tu...aku rase cam "eh....tak perlulah kot nk post.." terus padam...tp rupenye aku xsedar bende tu dah terpost..


maafkanku..sebab tunjuk kan emosi..erm..tatau camane nk terangkan lagi..padahal ape yg aku post tu untuk budak yg tak matang tu je sebenarnya...erm..aku yg tak matang.oke..takpe lah..die marah..die suh bace msg die.tapi aku taknak..sbb aku nk percayekan die.tu je...

Monday, August 8, 2011

Blogger.

Si dia kat sini. tengoklah ni my love zirafah . he3..





p/s: nak sentiase menceriakan hidup!

new hobby?

hey..u know what..sejak cuti nie aku da suke tengok bola la..hahaha..dulu2 bf duk ckp ngah tengok bola ni..mesti rase cam "alaaaa..." tapi sekang x..walaupun aku tak reti pun main bola..ofkos la aku kan perempuan..oh..futsal pun ak tak pernah main...sebab aku rase macam kasar sangat..dulu memang aku kasar...tapi kalau aku main futsal nanti jadi kasar sangat aku nie..hhehee...


tetibe je aku rindukan nk main hoki...sebab aku rase macam nape berat aku naik mendadak sangat?dalam 3 tahun aku kat UPM berat aku naik sampai 6kg..rase macam OMG. nape nie...sebab utame aku tak de nk pi joging2...tu la pasai..



then aritu da beli tali skipping..nak try skipping setiap ari...aku dah wat 2hari...hari 1st aku rase macam kaki kanan aku sakit..sebab kaki tu cedere sikit pas jatuh moto aritu..pastu ari kedua rase macam oh..oke la sikit..then bangun pagi ni rase cam sakit2 due belah..oke..maksdunye aku punye skipping menjadi la..sakit2 macam tu sebab aku da lama tak exercise..then..aku sekang nak cari lagi byk info tentang ape kebaikan skipping nie...



(^^)jumpe lagi!

Maaf tak bisa menjadi yang terbaik


Terasa terkongkong. Bukan. Dikongkong..aku rase hidup aku sangat terkongkong..aku pun teringin nak keluar dengan kawan2 bile aku kat rumah. teringin nk pergi bandar dengan kawan2. Nak bawak kereta sendiri je pegi bandar. Pergi beli itu..beli ini. Ikot kawan bile ajak teman beli barang.

Tapi aku tak dapat buat. Aku seolah2 macam kene duduk rumah habeskan cuti aku selame 4 bulan ni. Kalau nak keluar dengan mak abah je. Jangan pandai2 nak keluar dengan kawan-kawan.kalau aku mintak izin nk pegi keluar dengan kawan2..susah nak bagi. Kalau bagi pun macam nak tak nak jek..”p la kalau nk p sangat” ble cakap macam tu..aku da hilang mood. Aku tak pandai nak lawan sebab nanti aku nanges.

Kadang2 aku rase tertekan sangat. Buat itu tak leh..buat ini takleh..aku tau aku bukan baik sangat. Sebab aku memang suka jalan2 sebena nye. Sebab aku suke habeskan mase bosan dengan jalan2. Tapi aku tak dapat buat sume tu selalu. Bile aku beruniversiti je baru aku ade peluang. Tapi tak semudah tu..sebab aku ade komitmen untuk belajar dan assignment. Sebab tu aku teringin nak amek mase cuti ni sebagai mase untuk aku keluar hangout.

Kadang2 terkilan sebab rase tak dipercayai. Bile aku keluar dengan kawan2 perempuan pun payah nak bg. Aku sedih. Aku tahu diorang sygkan aku. Aku pun sygkan diorang. Tapi diorang tak pernah bg aku peluang untuk aku rasa apa itu remaja. Aku dah 22tahun. Aku masih tahu batas2 pergaulan. Aku masih ingat dan aku tahu semua tu. Aku minta sangat supaya aku di beri peluang. Untuk mengisi mase lapang aku dengan kawan2 dan diberi kepercayaan. Bukan aku meminta untuk bebas bersosial. Tapi aku cume minta untuk jadi seorang remaja. Aku pun tak nak bebas social..Cuma aku rasa aku bukan remaja yang sebenarnya..walaupun aku dah 22tahun sebenarnya…give me a chance.. (T,T)