.A STORY.
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Sunday, August 25, 2013

Saya dah bekerja!

Hai asslamualaikum.


Waaahhhh.. dah lama tak menjengah belog yang tak da apa pun menarik ke apa. but sekarang aku bukan lagi bergelar pelajar ye. Saya dah menjadi seorang pekerja. Ok fine. 

Kerja apa? Ha. itu malas nak cakap. Sebab masa belajar dulu dah kena sumpah jgn jadi apa yang aku jadi sekarang. But, aku jadi juga. Hahaha. Tu kan rezeki.

Now, aku sedang bekerja di utara semenanjung Malaysia..wooooo.masa mula-mula nak pergi seronok je rasa. sebabnya nak environment baru katanya. Hahaha. Then dah sampai waaaaa....jauh nya ngn rumah. Sumpah aku rindu gila kat Pahang. Atau buah hati aada kat Pahang thats why la rasa macam ni? Hahaha..bukan macam tu, aku sekarang berada di Alor Star, Kedah. Kerja klinik swasta di sini. Then, aku rasa sedikit terpinggir la kalau kawan-kawan aku ada buat reunion ke..jumpa-jumpa ke..makan makan ke..family aku buat makan-makan ke..jalan-jalan ke..seriusly aku terpinggir dan rasa jauh sangat2. kerja swasta kan mana la nk berani mintak cuti lama-lama. Lagipun aku sorang je vet kat klinik tu. Jadinya susah la sikit kalau cuti sebab bos aku nak kena cari vet lain ganti jap ke.


Masa mula-mula aku rasa macam nak balik Pahang. rasa rindu yang membuak-buak. Tapi dah seminggu lebih ni, lepas je pakwe aku kate aku ni tak bersyukur padahal dah dapat kerja ok, baru la aku cam tanamkan semangat tu balik.

Benar kata orang, masa zaman belajar tu memang best. sebab masa kerja ni, client tu memang perlu diutamakan. Kita kena bertanggungjawab dengan apa yang kita buat. Semua pun sorang-sorang la. Kawan-kawan pun dengan orang yang dah dewasa-dewasa. Tu yang malas tu bila orang ingat aku ni dah kahwin. Muka tua sangat. Bak kata Zuzu, sebab dulu belajar stress sangat, tu pasal lah muka jadi tua. Hahha.

Orait, bulan 8 ni aku dah bergelar pekerja. Nanti bulan 10 bergelar lain pulak. 

Till then, ni je my life update!

*Sedang bertungkus lumus mencari rezeki*

Monday, June 24, 2013

Alhamdulillah. You passed!

Masih terasa saat itu. Sejak pagi Jumaat 21June2013, hati dan jantung dah terasa sakit sangat2. Bergetar macam nak gugur. Sampailah pukul 9 malam, saat nama disebut.

SITI NURHAIDA RAMLI...Congratulation, you passed!

My God. Susahnya nak dapat DR. Baru dapat tepuk dengan senang hati. Baru dapat senyum dengan senang hati. Ye, semua orang dalam bilik jemaah tu, muka ketat je tunggu nama masing-masing disebut. 
Laki perempuan, tak kira. Menangis terharu. 
Seronok. 

Takpe, kepada kawan2 yang belum lagi, insyaAllah, korang akan grad sama-sama ngan kami juga! Usaha lagi!

Teringat kembali, 2 tahun lalu yang aku hampir2 lemah..nak terjatuh.nak tersadung..namun aku tetap gagahkan hati..kuatkan jiwa. Alhamdulillah. i got it.


Semoga aku dapat menjadi seorang Veterinarian yang baik dan baik. 

The Doctors


a.k.a my housemates!

Perasaan yang senang hati. 

Time ni dah tak pikirkan assignment, rotation, test or comprehensive exam anymore!

Saturday, June 15, 2013

Kalau aku minta #1

Kalau aku minta jangan sayang aku boleh? 

Sebab aku sedar.

Bila aku berjanji, kadang2 aku tak tepati.Cuma buat orang pandang rendah aku.

Bila aku yakin, dalam hati masih takut. Sekali lagi orang rimas dengan aku.

Bila aku profesional, kadang2 ada masa aku emotional. Sekali lagi buat orang tak percaya aku.

Aku sedar diri. Macam crayon. Mungkin aku bukan warna kegemaran untuk lukisanmu. Tapi mungkin satu hari nanti, lukisanmu memerlukan aku untuk menjadi lengkap.