.A STORY.
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Sunday, March 17, 2013

Berniat malam ini. Berimpian untuk esok.

Saya nak study sungguh2 mulai sekarang. 

Kemudian saya nak mulakan hidup dalam fasa yang baru. InsyaAllah.

Tak sabar nak berubah fasa hidup. (^^)

Dugaan tetap akan mendatang. Yang penting berusaha. Yakin lah diri.

Thursday, March 7, 2013

Hari-hari aku

Esok sudah Jumaat. sejak seminggu yang terlalu happy. Jumaat ini suram tanpa kata.
Siapa kata aku tak kisah..
Cuma sekadar menanti..
Hati terluka. sapa kata aku tak rasa apa-apa..
Korang seronoklah..
Korang happylah..
Nampak tawa kat muka aku kan? Dalam hati aku, seribu duka..
Mana siapa kisah tentang aku..
Kalau kisah macam ni ke jadinya..
Aku bukan marah..Aku bukan sedih..Aku tak juga kecewa..
Cuma aku rasa tertanya-tanya..
Selama ni untuk apa..
Aku bercakap pun tak guna..
Sebab siapa nak kisah apa perasaan aku..

Payah ke nak jadi setia..
Kalau aku boleh, kenapa orang lain tak boleh..
Aku tak marah..aku tak hilang sabar pun..
Aku masih cool.. Cuma aku masih tertanya-tanya..
Aku untuk apa..
Sejak hari-hari kebelakangan ni..
Satu perkara yang aku asyik bertanya pada diri aku..


KALAU AKU DAH TAK DE KAT DUNIA LAGI, ADA TAK YANG AKAN RASA KEHILANGAN AKU..
KALAU AKU MENYENDIRI, ADA TAK YANG NAK CARI AKU..
KALAU AKU TAK WUJUD KAT DUNIA NI, ADA TAK YANG INGIN PEREMPUAN SEPERTI AKU..

nampak macam bodoh kan tanya soalan macam tu. sebab aku keliru. dan masih termenung.

Tuesday, February 19, 2013

#Kalau aku dapat menikmati hari-hari

Pernah rasa tak selama korang belajar atau hidup ni, rasa macam masih tak jumpa apa yang dicari?
Pernah rasa tak bila buat semua benda, semua benda pun macam tak puas hati.
Pernah rasa tak bila setiap kali masa berlalu dan akan menghadapi hari esok, setiap kali itu jugak rasa bebanan yang berkumpul-kumpul.

Kalau aku cakap "boleh tak aku nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa?" mesti akan ada orang cakap, mak ayah dah susah2 nak tengok anak berjaya nape nak jadi macam tu je?

Banyak sudut dari hati aku berkata, tidak bekerja bukan bermakna tiada ilmu. Cuma zaman itu sendiri yang mengubah ayat tersebut. Seperti contoh, zaman sekarang, kalau yang jadi suri rumah sepenuh masa tu maksudnya takde sijil, diploma, or ijazah lah. Itu kata mereka. 

Cita-cita aku. Belum sampai.
Dan aku sendiri belum pasti samada aku dapat mencapai cita-cita aku.
Apa yang aku jalani sekarang, bukan cita-cita. tapi adalah nikmat Tuhan beri pada aku. Sebab Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.

Aku tahu semua itu. Tapi kenapa aku harus menangis tertekan lagi. Sebab aku manusia. Merasa terpaksa. Teruk nya aku. Teruk. 

Seronok melihat rakan-rakan menikmati hari-hari mereka. Bibir aku menguntum senyuman, hati?

Aku tiada semangat itu. Mana semangat aku seperti zaman-zaman persekolahan aku. Mana semangat aku semasa aku di matrikulasi dulu. Mana semangat aku, yang telah lepas yang membawa aku sampai hari ini.

Jangan high expectation pada aku. Sebab aku takut aku mengecewakan semua. Ingin menjadi diri sendiri. Ingin mempunyai semangat inkuiri. Ingin rasa menikmati. Apa yang harus aku lakukan untuk menikmati hari-hari seterusnya. 


Penat menangis dalam hati. Penat.
Maaf. Sebab aku selalu begini. Masih mencari yang tak jumpa.