.A STORY.
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Tuesday, February 19, 2013

#Kalau aku dapat menikmati hari-hari

Pernah rasa tak selama korang belajar atau hidup ni, rasa macam masih tak jumpa apa yang dicari?
Pernah rasa tak bila buat semua benda, semua benda pun macam tak puas hati.
Pernah rasa tak bila setiap kali masa berlalu dan akan menghadapi hari esok, setiap kali itu jugak rasa bebanan yang berkumpul-kumpul.

Kalau aku cakap "boleh tak aku nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa?" mesti akan ada orang cakap, mak ayah dah susah2 nak tengok anak berjaya nape nak jadi macam tu je?

Banyak sudut dari hati aku berkata, tidak bekerja bukan bermakna tiada ilmu. Cuma zaman itu sendiri yang mengubah ayat tersebut. Seperti contoh, zaman sekarang, kalau yang jadi suri rumah sepenuh masa tu maksudnya takde sijil, diploma, or ijazah lah. Itu kata mereka. 

Cita-cita aku. Belum sampai.
Dan aku sendiri belum pasti samada aku dapat mencapai cita-cita aku.
Apa yang aku jalani sekarang, bukan cita-cita. tapi adalah nikmat Tuhan beri pada aku. Sebab Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.

Aku tahu semua itu. Tapi kenapa aku harus menangis tertekan lagi. Sebab aku manusia. Merasa terpaksa. Teruk nya aku. Teruk. 

Seronok melihat rakan-rakan menikmati hari-hari mereka. Bibir aku menguntum senyuman, hati?

Aku tiada semangat itu. Mana semangat aku seperti zaman-zaman persekolahan aku. Mana semangat aku semasa aku di matrikulasi dulu. Mana semangat aku, yang telah lepas yang membawa aku sampai hari ini.

Jangan high expectation pada aku. Sebab aku takut aku mengecewakan semua. Ingin menjadi diri sendiri. Ingin mempunyai semangat inkuiri. Ingin rasa menikmati. Apa yang harus aku lakukan untuk menikmati hari-hari seterusnya. 


Penat menangis dalam hati. Penat.
Maaf. Sebab aku selalu begini. Masih mencari yang tak jumpa.

Tuesday, January 29, 2013

The best masker for me.

Amek yogurt yang dibeli di pasaraya.
Before tido, setengah sebelum sapukan yogurt tersebut sebanyak satu sudu cukup lah pada muke. Setengah jam kemudian. Basuh. Then boley tido. Bangun pagi rasa. Alahai nape cun sangat ni? Ahakss.
Tak la. just rasa macam, fuh.kulit aku dah tak berminyak. Baru la semangat nak jogging pagi2.

Daaa~~

Sunday, January 20, 2013

#Masa itu mengubah.

Cerita pagi ahad. Masih sama seperti seminggu yang lalu. Masih utuh badan di sini.

Aku tahu banyak tentang dia. Tahu sedikit tentang mereka. Jadi kenapa mereka memandang buruk pada dia. Janganlah. Buruk-buruk dia, ada baiknya. Baik-baik orang lain, ada buruknya.

Aku tahu mereka rasa dia sebenarnya begitu begini terhadap mereka. Tapi mereka mana pernah tahu dia terhadap aku. Jadi jangan rasakan dia buruk. Kita kan ada masa depan. Masa depan yang menentukan kita. Masa lalu? Sebagai pedoman. Sebagai pelajaran. Sebagai pengalaman. Buruk. Baik. Semua itu mengajar. Tolong jangan fikir buruk terhadap dia.

Kau kutuk-kutuk dia. Kau rasa dia buruk. Kau yang pergi layan dia tak buruk?

"3 things you cannot recover in life:

the WORD after it's said
the MOMENT after it's missed
the TIME after it's gone."

...the time after it's gone
...the time after it's gone
and the time after it's gone.

Biarkan masa itu berlalu. Yang aku mahu. Meneruskan masa akan datang. Bersama-sama pengalaman yang aku pikul. Berat tak berat mana. Tapi penat jugak bawak pengalaman 23 tahun yang lalu.


Wassalam dan selamat tengahari Ahad.
~masih aku di sini.