.A STORY.: May 2013
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Friday, May 31, 2013

Tentang diri

sejenak ni..
 aku tersedar..

Ada banyak tentang diri ini yang aku selalu alpa..

aku perempuan..
 selalu lalai dgn perkara yg utama
 aku gemok..walaupun selalu mencuba untuk kurus..
 aku gelap..selalu teringin nk cerah..tp tuhan tahu apa Dia bagi..
 aku mana pandai make up..bergaya apatah lg..
 aku rabun..tapi xpandai nak bergaya bg menarik..


 mungkin..semua tentang aku menjemukan..





















Friday, May 17, 2013

My 24th Birthday! setiap tahun pada hari Guru.

Speechless. 
First time ade manusia yang aku sayang sambut birthday aku dengan surprise. Dia ni lelaki yang memang tak suka surprise. Tapi sebab dia tau aku sukakan surprise, dia sanggup buat. Dan kali ini memang surprise dia menjadi. Sangat2 sampai aku rasa speechless.

Terjadi cerita. 

4.30 petang 16 Mei: On da way nk sampai dah. Kat Gombak.

Ok fine. Aku masih berlegar di Post Mortem.

Dah pukul 5.30 ptg: Dah sampai kolej 17!

Time tu aku baru terhegeh2 nak bersiap sebab balik lambat. Mandi solat dan iron baju sume. Yelah. Semalam tak cakap nak datang awal2. kan da kalut.

" Sori tak sempat beli pape hadiah sebab kalut balik dari kursus kat Kuantan. Cari barang kat sana pun tak menarik" Dialog yg lebih kurang.

Hey! Aku sedih tapi xpelah. Cam da tak dapat pape. Kot ye pun tak nak bagi adiah besar coklat pun oke dah lah! Hahaha.

Sepanjang berdating, lepak Putrajaya, aku still berharap, nanti masa anta aku balik tu ade la kot bagi pape.Hati masih berharap. Dia tak sudah2 suruh aku baca blog dia. Nak jugak aku tahu tapi apa yang menarik sangat dia suruh baca tu kan. Maybe ucapan2 untuk aku. FIkiran aku.

9mlm: Keluar je pintu kereta tetibe dia start enjin kete terus and kata nak balik dah. Hahhhhh?? jadi betul lah tak de pape untuk aku. Muka aku bapak kecewa. Tapi aku dapat keluar dengan dia dah cukup bersyukur. Seronok sebab dia nak datang kat aku walaupun kena redah perjalanan dari Bentong ke Serdang.

Dan setelah keretanya meninggalkan pekarangan kolej 17, aku melangkah longlai. Masuk rumah tengok si kecil 2 ekor nyenyak tidor. Masuk bilik, rumate tanya, g mana tadi? Bestnye pakwe sambut birthday. Hahah. Aku cam jawab g makan2 jek. Pastu dia tanya dapat apa? Aku kate, xdapat pape. Dia tak sempat penat balik kursus.

"Eh, aku nak baca blog dia lah, dia suruh tadi" 

Teng...Semasa mengemas meja tulis, aku perasan, eh..napa bakul pakaian aku ni ada bawah meja? tak penah letak sini. Mata aku terus menangkap ke tempat asal bakul baju berada. Dan ini yang aku jumpa.





Bear itu adalah sebesar aku. Tergamam. What happen! 
Dan kisahnya dia menceritakan di blog dia.



Menitik air mata. Sebab terharu. Terharu dan terharu. Pandai dia berlakon sepanjang keluar tadi.

Untuk Sabri: Saya suka gila kat bear besar saya tu. Dan saya suka gila bunga hidup yang awak bagi yang awak duk tanya Zuzu masih segar tak bunga tu. Hahaha. Kalau bunga ni dah tak segar pun, saya tetap suka gila. Terima kasih kerana berusaha untuk mengambil hati saya. 

Saya suka gila hadiah awak. Dan saya tak rasa awak perlu buat improvement lagi macam yang awak kata tadi. Semoga hubungan ini berterusan ke arah yang lebih baik. Doakan. Amin.

Nanti saya cerita lagi. Sekarang dah 2 pagi. I LOVE U. (^^)

p/s: next. kawan2 dan birthday.

Wednesday, May 15, 2013

Semakin terasa bahangnya

Sekejap lagi aku dah tak lagi bergelar student universiti. Tinggal sebulan lebih saje lagi.
Nervous? Ye. Lepas keluar nanti kena bergaul dengan orang baru dah. Kena mula semula persahabatan dengan orang baru. Nervous. Jangan lah hati ini mudah meragam. Sebab keluar nanti aku kena bergaul dengan semua peringkat umur. Yang lebih banyak pengalaman mereka.

Mengantuk. Letih dan Monyok. Rasa macam nak tido selama sebulan. Lepas tu bangun je habes da comprehensive. Study aku? Tak terror mana. Tak sempat study semua pun lagi. Bukak laptop nak buat report, last2 buat report blog.

dalam keadaan sepatutnya busy study ni pun masih sempat lagi aku layan cerita sweet2. Mana boley aku nak tahan untuk tersenyum. Sebab kalau aku betul tengah study, muka aku kompem serius. Pernah dolu-dolu orang kata muka aku napa mcm marah semacam? Kau tau tak aku tak marah, cuma aku fokus. Kih3.

Esok. 16 Mei 2013. Pukul 1.10ptg, genaplah usia aku sebanyak 24 tahun. Kalau dulu2 jumpa akak2 yang umur 24 tahun rasa macam, eh..da tua akak ni. Yang aku rasa sekarang? Dalam diri masih bukan dewasa. Mungkin dah kerja nanti baru rasa. Mungkin?

Hari ini. Banyak benda nak kena siapkan. Report. Presentation. Study. Study. Study. Minggu ni free sikit. 

Rasa macam cuak gila. Macam banyak gila benda yang taktau. Sebab aku mula study yang betul2 fokus belum start lagi.

Mengharap aku dapat tersenyum lebar sebulan lebih nanti. InsyaAllah. Doakan.


P/s: Teringin ke pantai. Rindukan suasana itu.