Assalamualaikum wbt dan Salam 16 May 2012. Selamat hari Guru
kepada semua guru-guru di mana saje anda berada. Hihik. Getis tol.
Dan Selamat Ulangtahun ke 23 tahun untuk diri ini tepat pukul 1.10 tengahari. Semoga
kehadiran umur baru ini aku dapat membuat sesuatu yang lebih baik dari hari
semalam. Amin…
Permulaan hari lahir yang suram. Sunyi. Rasa terabai. Sebab?
Tak perlu tahu. Cukup tahu rajuk aku sampai ke 4 ptg. Sengaja membizikan diri
pergi Mcd nak makan sedap sorang-sorang sambut birthday cukup dah bagi aku yg merajuk.
tapi..Serius, aku malu kalau orang nyanyi ramai-ramai kat kelas wish. Serius aku
segan. Sebab tu kalau boley tak mahu orang tahu. Kalau wish sorang-sorang tak
malu la.
Terima kasih buat semua yang wish kat Facebook, kat message,
kat handphone. Walau macam mana pun, terima kasih kerana tidak berat
jari-jemari menaip walaupun perkataan HB. Aku hargai.
Permulaan yang tidak baik, tak semestinya tidak baik. Jam 4
petang. Message sampai.
“ Cepat siap-siap. Ri
kat Genting Sempah dah ni. Pakai comel-comel.40minit lagi sampai.”
Panik. Tutup cerita Korea. Mandi manda. Keluar.
Terima kasih hadir petang tadi untuk menghargai tarikh ini. Tarikh yang bersamaan dengan diri
mu juga utk berumur 23 tahun 3 bulan tepat.
Tiada parti. Tiada bising-bising. Dia datang dan tersenyum.
Rajuk aku? Masih ada..Cuma rasa itu bertukar. Menghargai dirimu. Walaupun
dengan baju kerja datang jugak sebab dia kata rajuk aku tak boleh hanya dengan
message semata-mata. Teruk nya pangai aku. Sorri.
Semoga niat aku sempena berumur 23 tahun berterusan dalam
hati. Amin.
P/s: Faratul, terima kasih sebab ko orang pertama yang kol
malam tadi wish aku. Teman-teman seangkatan kelas aku sekarang, terima kasih
sebab nyanyi tadi. Actually, aku segan.
tangkap senyap2! |
No comments:
Post a Comment