Assalamualaikum. Setelah sekian lame tidak menconteng conteng tulisan kat sini, hari ni tetibe perasaan tu datang. Kemain lagi datang.
Korang pernah bau badan orang yang bau badan? Hampeh..baru semalam baru aku kenal apa itu bau badan yang sangat tengik even orang tu dah baru je mandi.
Perkara ini terjadi di tandas. Semasa aku dalam kawasan tandas rumah, tetibe bau something yang mencucuk2 idung selepas seseorang tu masuk tandas. kuat. Lepas tu setelah berbincang dengan kawan rapatku di kelas, dia kata. Ya! itu lah bau badan yang dia duk cerita dulu. Dan sepanjang hari di kelas aku duduk pulak belakang org tu, dan sepanjang hari aku menahan bau itu. Try gak bau diri sendiri takut dok kate orang, tapi diri sendiri plak. Tapi setelah dipastikan dengan Zuzu, tiada bau dr aku. Dan kompem lah orang itu. Bila nak pergi kafe pun..lalu sebelah dia bau. Arrgghhh..sejak aku mengenali bau tengik itu..sepanjang hari ia menghantui aku. Sampai aku pening kepala. Sebab sebelum ni aku tak cam sangat bau tengik tu camana. Dah umur 23 baru nak kenal.
Patut la mak aku dari dulu-dulu masa aku sekolah menengah mase kecik2 lagi dah pesan..kalau mandi tu, pastikan tonyoh bawah ketiak tu dengan belakang tangan. Begitu juge belakang leher. Sensored ke? Bagi aku tidak sebab nya benda ni kan info. Umur dah 23 24 kena la tahu.
Dan untuk pengetahuan semua, bau masam peluh buat kerja dengan bau badan yang tengik adalah berbeza. Ini adalah kerana.,bau masam peluh hanya akan didapati bila orang tu berpeluh buat kerja la kan. Kalau orang tu duk dalam ekon, pastu bau jugak tengik memang sah la bau badan kan.
Aku pun bukan la wangi sangat ke apa kan. Kalau peluh tu busuk jugak kan. Manusia mana perfect. Tapi kat sini aku nak memberi sedikit info bahawa petua-petua mak-mak kita tu berguna sebena berbanding dengan product2 yang cekononnya bagi putih ketiak la tak berbau la..kan..hihi.
Oke. membebel je ko kan Haida. macam la diri bagus sangat. Takpe. Aku dah 23 ni semakin mementingkan kebersihan sikit la..
Tengok la semua ni. salah satu cara tu aku amalkan!
1. Buah limau kasturi
Ambil
limau kasturi yang masih muda dan kecil, makan tiga kali sehari, iaitu
pada waktu pagi, tengahari dan malam. Anda juga boleh menjadikannya
sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Amalkan petua ini selama tujuh
hari.
2. Kulit limau kasturi
Jika anda
tidak lalu untuk memakan limau yang masih muda itu, anda juga boleh
memakan kulit limau kasturi yang telah ranum atau matang. Anda boleh
melakukannya bila-bila masa sahaja selama tujuh hari.
3. Minyak kelapa
Minyak
kelapa juga boleh digunakan. Caranya ialah dengan mencolekkan minyak
tersebut ke ketiak anda menggunakan jari dan sapukan secara merata di
ketiak anda. Amalkan cara ini sehingga bau busuk ketiak hilang.
4. Belakang tangan
Setiap
kali anda mandi, jangan gunakan tapak tangan anda untuk membasuh ketiak
anda. Sebaliknya, amalkan mencucinya dengan menggunakan belakang tangan
anda.
5. Menjolok kerongkong
Amalkan cara ini setiap kali anda mandi pagi. Jolokkan kerongkong sehingga keluar kahak dan muntah.
6. Daun sirih
Ambil
kira-kira 10 helai daun sirih yang telah tua. Rebuskan ia sebaik-baiknya
dalam periuk tembaga atau periuk tanah. Biarkan mendidih sehingga air
rebusan tinggal separuh. Sejukkan dan jadikan air minuman.
7. Cekur dan daun betik
Ambil tiga
ulas cekur sebesar ibu jari, segenggam daun betik dan daun beluntas.
Tumbuk lumat dan campurkan dengan air limau nipis dan sedikit garam.
Tapis dan ambil air dalam segelas. Minum dua kali seminggu.
8. Daun sirih dan daun kenanga.
Ambil lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Basuh bersih dan di didihkan dengan 1 ½
gelas air dan ¼ sudu teh garam. Biarkan mendidih sehingga tinggal
kira-kira setengah gelas. Tapis dan bubuh gula merah secukupnya. Amalkan
meminumnya dua kali dalam seminggu.
9. Kapur dan air limau
Bancuh
bersama kapur makan, air limau nipis dan sedikit air. Biarkan bancuhan
sedikit pekat. Sapukan air bancuhan ini ke ketiak setiap kali anda ingin
keluar dari rumah.
Info ni aku kreditkan kepada http://www.petuaherba.com
No comments:
Post a Comment