.A STORY.: Rasa Selepas Final Exam Sem 7 tu Macam Ni
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Saturday, January 14, 2012

Rasa Selepas Final Exam Sem 7 tu Macam Ni

Assalamualaikum wbt.


Seronok tak terkata selepas keluar kan diri dr bilik lecturer oral petang Jumaat itu. Sebab satu benda je. Wah. Dah lepas final exam untuk sem7. 3 sem lagi. Pastu terus niat dalam hati, sem depan kena study awal2 supaya aku tak over gelabah mcam sem ni. Kena lebih bijak membahagikan masa.


Dan petang Jumaat itu rasa sungguh keletihan bercampur hujan turun menurun tak henti-henti. Satu rahmat yang tidak terhingga untuk menyuburkan semua yang ada di muka bumi ini.


Dan rasa petang Jumaat itu tidak rasa seperti hari ini. Kerana hari ini terasa seperti, oh, dah sehari berlalu cuti. Nanti pejam celik pejam celik masuk sudah sem8. Takpe. Try semula untuk jadi lebih baik. Ye Haida.


Lepas ni aku praktikal di Hospital Vet Cheras. Datang la bawak pet korang ke sana. Oke.
Mase lapang aku dalam masa sehari Sabtu.


Seronok mengait-ngait dan siapkan suatu.

Memang la tak cantik sangat sebab ni first time buat. Practices make perfect! ye dok? eh..mane ade benda perfect kt dunia ni. Ingat tu. Cuma kita cuba bg yang terbaik.
Rasa seronok selepas final exam macam ni.....



*****Sambil mengait, sambil tengok cite Ombak Rindu kali kedua pun nanges-nanges jugak. Haha. What ever!



No comments: