.A STORY.: Kadang-kadang terfikir sejenak
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Tuesday, January 10, 2012

Kadang-kadang terfikir sejenak

Indahnya kau rama-rama datang hinggap. ;)
“Kuingin kau jadi wanita mulia..”

Salah satu lirik dalam lagu Kopratasa. Kalau lagu ni ditujukan buat sesiapa, ada tak rasa tersentuh? Aku ada. Walaupun aku masih belum bergelar seorang isteri. Gaya cakap macam aku dah matang untuk semua ini. Tapi fikiran kita semakin lama, semakin membesar memang matang. Dah umur 23 kenapa masih tak boleh fikirkan tentang ini kan? Lumrah manusia. Ada yang rasa perlu berfikir tentang ini, ada yang rasa “….diri aku masih budak-budak, tak perlu fikir.” Haha.


Ini cuma pendapat aku je. Pernah tak kita terbit dalam hati kita, nanti, kalau dah jadi isteri orang, macam mana nak bertingkah laku? Masih macam sekarang? Mudah terasa, cepat merajuk, nak itu dapat, nak ini dapat, pergi mana-mana suka hati, nak pakai apa ikut hati sendiri. Nanti dah jadi isteri, boleh tak kita ikut cakap suami? Masih boleh buat ikut hati ke? Tak kot. Tapi cakap memang senang kan? Apa-apa situasi pun, cakap tu memang senang dari melakukan. Kalau kita dalam situasi macam tu, dalam hati kita nak buat lain, tapi suami suruh lain. Ikhlas atau hanya pura-pura? Dalam hati? Sebab tu semua tu kita kena persiapkan. Semakin membesar kita, matanglah berfikir.


Macam tak layak je aku nak bagi pendapat macam ni. Akan ada orang yang baca mesti akan rasa “umur kau   baru 23…tak perlu kot nak berie..” but akan ada yang tidak kisah umur orang yg bagi pendapat, just dengar dan baca. Dalam hati aku ada banyak benda. Aku fikirkan masa depan bekerja, tapi aku jugak fikirkan masa depan bekeluarga. Salah ke? Tak kan. Semua orang aka nada rasa semua tu. Tapi bergantung pada individu, samada cepat, atau lambat berfikir tentang semua tu.


Persiapkan diri sebelum menjadi isteri orang. Itu pendapat aku bila fikirkan tentang keluarga. Bila dah berkahwin, bukan diri sendiri je kena jaga. Kena jaga keluarga. Persiapkan diri tentang itu, fizikal dan mental kedua nya sangat penting. Bila letih, jangan ikut rasa hati. Hidup dah tak bujang, hati jugak bukan lagi bujang. Itulah aku rasa. Bahagikan hati.


Bila bercakap pasal ni, aku rasa macam aku ni poyo. Haha. Oke. Babai..takpe la poyo pun, Cuma berpendapat sahaja.

No comments: