.A STORY.: Percutian ke rumah memang seronok kan?
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Tuesday, December 27, 2011

Percutian ke rumah memang seronok kan?

Assalamualaikum.


Salam sejahtera! oke hari ini aku dah mula bajet2 nak struggle study. After aku taip ni mesti terus struggle. Kah3. Itu bukan aku. Aku kan relax2 jek orangnya. haha. Worait. 


Dalam banyak2 tempat, percutian berjumpe family is the best thing in my life. Ponteng cc pada hari jumaat lepas memang semata-mata untuk pulang ke Pahang. Tapi bile memikirkan untuk final minggu depan terpaksa balik. Sebab aku memang tak leh study kat rumah. Sebab dari tingkatan 1 dah terbiasa balik rumah untuk berehat. aku rasa bebudak asrama lain pun macam tu jugak kot. sebab kat sekolah la study prep bagai. Balik rumah masa time cuti jek. thats why kat rumah tak de masa nak bukak laptop sume. sebab kat rumah ada family. boley chit chat. Tapi 3-4 hari lepas aku balik Mentakab. Hehe. Pergi kenduri sana-sini macam orang tak ingat nak exam jek. Dah sampai ari isnin baru cam rasa gelabah dalam hati sorang-sorang sebab tak study lagi. haha. Okeh. Takpe. 

Seronok tengok orang kahwin. Haha. Walaupun untuk aku lambat lagi kot. 2 taun lagi? InsyaAllah. Amin...Dan seronok membawa rombongan pengantin.

Sekarang aku nak bagitau. Kenapa percutian kat rumah sangat seronok?


1. Nak makan tak payah nak pergi keluar. Berlitup semua. sebab kat dalam rumah kan. Pergi la dapur. Kalau ade makanan makan jek la. Kalau takde pandai-pandai la masak kan. 

2. Kat rumah tak de orang nak ganggu. Sebab aku tak de adik. Abang aku pun duk luar ngn bini dia.

3. Kat rumah ada tv yang boleh on off bila-bila masa.

4. Kat rumah kan aku rasa tempat yang paling selamat. 

5. Kat rumah boleh buat apa-apa jek. Nak tido kat mana-mana pu takpe.

6. Kat rumah aku suka sebab udaranya nyaman. Tak macam kat kota. Haha. Oke. tukar..tak macam kat bandar...banyak asap. Kalau duk rumah terasa kulit seperti bayi. Kah3. Tak la. Kat rumah aku udaranya nyaman. Sebab dekat dengan hutan.

7. Kat rumah ada mak dan abah. Kat rumah mentakab ada bakal family. InsyaAllah. Amin.

8. Sebab aku dilahirkan kat dalam rumah. Sebab tu aku suka rumah aku walaupun aku jarang balik rumah Pahang kalau bukan cuti yang panjang.

3-4 hari lepas...

Gambar perasan.

Nama dia Nur Qisha Uzma. Anak buah si dia.

Kami pergi kenduri.

Membawa rombongan pihak lelaki.

Kagum dengan hasil seni. Aku lah peminat seni. Haha

Ini jugak. Sangat cun la tembikai.

Kami memang bajet best jek.

4 dara pingitan. Oh. Kakak yang baju purple pink seorang pengantin baru.

Ke kenduri anak pakcik yang sudah bersunat. 


Hihi. Aku memag suka berjalan. dan paling penat adalah drive kereta dari Pahang ke Serdang. Ohoho. Paling geram masa aku drive kereta, bf aku tido sebelah then dia kata.."penatnya tido. bangun2 tak sampai lagi..bangun2 tak sampai lagi..." Cis. Lambat ke aku drive? huh!


Babai. Masa untuk study dah lama sampai. 

Wassalam!

2 comments:

ieranaz said...

sab mmg...dia kutuk aku drive lg horror...lepas ni xnak bwk sab dah..haha...

xpe aida..lepas ni..kita asah skill driving kita kasik mantap...

hahaha..

SitiNurhaida said...

Haha..tu la..bajet je..padahal die keje tido jek..tapi aku da tukar ngn abg aku dah kete..sekang kene gune manual...lagi horror...haha