Assalamualaikum wbt.
Selalu betol update blog kan. Sebab aku banyak sangat waktu free yang aku perlu isi dengan study. Nama pun study week. Tapi aku bukanlah robot sebab perlu jugak otak aku rehat. Biasa nya kalau rehat otak samada layan fb atau pun isi blog dengan entri diari harian. Eh, blog aku, suka ati aku la kan. Huhu.
Apabila rasa syukur itu wujud...segala yang kita buat akan lebih rasa tenang dan senang. Betol. Seperti entri yang lepas aku ada mengatakan rasa ketidaksyukuran aku yang teruk itu. Maafkan ku mak abah.
Tapi bila hari ini asek berkoling dengan mak dan abah..timbul rasa syukur dalam diri dengan apa yang mereka dah beri pada aku. Sebab aku rasa lemah semalam semua nya sebab nafsu yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Dan petang tadi aku nekad...walau macam mana pun...aku mesti terus bawak kereta manual tu! Mesti jugak pergi jalan-jalan malam ni dengan kereta tu. Ni semua gara-gara pinjam kete abang 2bulan, then dah takut nak bawak manual lek. Cis. Sebab abah dah bagi kepercayaan kepada aku. Kenapa aku nk sia-siakan...
Dan alhamdulillah...seperti lebih kurang 2 bulan lepas..aku dapat memandu kereta itu dengan baik. Tak perlu nak drift. Cukup sekadar keperluan aku. Bukan terlalu lambat..bukan terlalu cepat. Sedang-sedang aje. Practices make perfect. kan? Kalau aku tinggalkan kereta manual, sampai bile2 pun aku tak cekap kan. Bukannya tak boleh. Cume rasa tidak bersyukur tu buat aku lemah. InsyaAllah...kalau ada waktu dan ketika..aku akan pergi check up kaki aku. Semoga dapat legakan semua pihak. Pihak aku..dan pihak kedua ibubapa.
But of course, kereta wira lama..mestilah ada yang tak kena seperti bunyi-bunyi apa ntah. Tapi satu persatu la kan..baiki satu persatu. aku pun bukannya pernah baiki gune duet aku pun. Semua pun abah aku tanggung berkenaan kereta tu kecuali minyak. Jadi oleh sebab rasa lega sebab pemanduan yang lancar tadi semasa pergi isi minyak dan ke kedai-kedai di Seri Serdang, aku harap dapat study dengan tenang dan senang.
Sebab rasa syukur itu banyak nikmatnya. Sepetang tadi fikiran aku tak tentu arah kerana semua ini. Dan kini, aku lebih tenang. Semoga dapat belajar dengan baik. Amin...
Kenape sy mrah...
10 years ago
No comments:
Post a Comment