Assalamualaikum dan Selamat Malam semua.
Entri ni saya nak kisahkan tentang seorang ni. Dia lelaki dan saya terima apa-apa komen kalau entri saya ni buat semua rasa suka mahupun tak suka. Sebab ni entri yang saya nak tulis tentang seseorang yang membuat saya tertawan.
Dia, seorang lelaki. Bukan artis. Bukan penulis novel. Bukan jugak ahli sukan. Seorang lelaki yang saya kenal sejak dari sekolah. Saya dah kenal dia dari saya form 1 lagi yang mana hanya kenal melalui nama. Sebab saya kenal dia sebab dia kreatif. Naik form 2, ada kakak senior saya yang sama sekolah suka mamat exist. Dia kata lelaki ni muka ala-ala mamat exist tu masa kami form 2. Dan lagi sekali saya kenal dia. Naik form 3, selalu bertembung dengan dia kat tangga masa tukar kelas untuk kelas bahsa asing. Okey, stop kat situ.
Laki ni saya dah kenal dia secara rapat selama hampir 6 tahun sehingga hari ini. Ada banyak benda yang orang lain tak tahu tentang laki ni. Dia seperti lelaki lain. Ada hobi. Ada jiwa. Ada perasaan. Ada minat.
Dia seorang yang suka bermain bola sepak. Sangat suka. Dulu dia seorang goalkeeper di sekolah. Tapi sekarang tak lagi. Penyerang plak. Futsal. Pun sama jugak. Teringin nak tengok dia main bola sepak lagi.
Memang, kalau nampak dari luaran, nampak dia garang. Yup. Dia memang garang pun. Tapi kadang-kadang dia ni kelakar. Sebab kalau dia cover, dia suka tersepak botol atau plastic atas jalan masa berjalan. Dia tak suka benda yang remeh. Dia tak suka memanjangkan rajuk. Dia akan membiarkan rajuk saya. Dia tak pandai memujuk. Yup, saya tak nafikan. Dia, seperti orang lain, sebab dia tak terlepas dari memandang sesuatu yang cantik. Sebab dia ada hormone testosterone. Macam tu jugak saya. Saya pun manusia yang sukakan perkara yang indah.
Apa yang saya kenal dia, dia seorang yang sensitive. Cepat berubah mood. Tapi, dia tak lindung rindu dia. Dia tak tunjuk romantic dia dalam msg. Tapi bila dengan dia, dia protect saya. Dia takkan pujuk saya depan orang lain. Dia akan pujuk saya bila orang lain tak nampak. Kadang-kadang, saya rasa macam marah sebab dia jarang pujuk. Tapi sebaliknya saya rasa lega, sebab dia bagi saya seorang je tau macam mana dia pujuk.
Tapi satu benda yang saya paling salute dia adalah dia terhadap keluarga dia. Saya suka dan gembira tengok hubungan dia terhadap keluarga dia. Apa yang saya paling suka, hormat dia terhadap kedua ibubapa dia. Hubungan rapat dengan adik beradik dia. Saya dapat tengok tanggungjawab dia walaupun dia tak tinggal dengan family. Saya dapat tengok penyayang dia terhadap budak-budak. Saya dapat tengok dia sebagai lelaki yang ingin berkeluarga. Saya dapat tengok dia lelaki yang ada matlamat. Sebab matlamat tu penting.
Saya tertawan dekat dia, bukan sebab semua-semua tu. Tapi saya sendiri tak dapat bagitau kenapa saya suka dia. Saya nak terima dia seadanya. Dan saya harap dia terima saya seadanya walaupun saya perempuan yang biasa. Sangat biasa.
Ada banyak benda yang berbeza antara kami. Ada-ada je tak kena. Sebab tu saya suka merajuk. Saya suka touching. Tapi saya suka jugak dia. Sebab dia adalah dia. Sebenarnya saya merajuk mengada agaknya. Huh! Tapi kan. Ada dua benda yang sama betol2 sangat2. Iaitu tarikh lahir. Bukan bulan lahir. Tarikh. Dia 16 Februari, saya 16 Mei. Dia 10 Rejab dan saya 10 Syawal.
Ni la seorang tu!
Garang kan? Kan?
Okay. Sudah. Mesti da berpinar baca entri panjang cenggini. Stop dulu la. Sebab saya ada satu pantun:
Bangun pagi cari perigi,
Jumpa lagi.
Haha. Sorry la, pantun yang singkat di dunia. Keh3. (^^)
2 comments:
hahahha..touching btol bce ni...adoyai...byk ksilapan dn kekurngn sy dlm hubng jgk ok...mnde sume tu xtuleh plk..hehehe..cver pkwe la tu...ape2 pn..thank yuk!!syg kt die..huhuhu...nti sy buat entry tuk awk plk yeh...sje je die bg org smngt tuk tuleh blog jgk...mmuuaaahhh3!!caw lu...
mana ada sy cover la! hehe. kekurangan n kesilapan tu mematangkan sy dan kamu~ semoga dipermudahkan hubungan ini. Amin.
Post a Comment