.A STORY.: Apa Yang Perlu Ada Dalam Beg Tangan Perempuan
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Tuesday, August 23, 2011

Apa Yang Perlu Ada Dalam Beg Tangan Perempuan

Assalamualaikum dan selamat malam. Sebab saya tulis entri ni waktu malam, jadi selamat malam lah! Haha. Okay, tak kelakar pun. Entri hari ini nak tulis berkisar sesuatu yang penting untuk perempuan. Okay. Tak. Penting untuk saya. Saya tak tau samada untuk orang lain penting atau tak. Tapi apa-apa pun meh kongsi-kongsi.

Perkara yang saya mahu kongsi pada malam Ramadhan yang mulia ni ialah..okay, tak perlu cakap sebab dah terang-terang pun tajuk entri tu tulis “Apa Yang Perlu Ada Dalam Beg Tangan Seorang Perempuan”.

Sebenarnya nak buat tajuk entri panjang lagi. Tapi takut bace tajuk je terus juling mata sebab panjang sangat. Okay. Singkatkan kata:

Apa Yang Perlu Ada Dalam Beg Tangan Seorang Perempuan a.k.a. saya:

Susunan yang tidak mengikut priority.

1. Handphone. Penting la. Sebab nya handphone sekarang kan dah jadi satu barang keperluan. Jangankan orang yg berumur 22 tahun macam saya, tapi budak-budak sekolah rendah sekarang pun dah ada handphone sendiri. Haish.

2. Dompet la of course. Duit juga penting untuk kita survive dalam hidup ini. Tapi ingat! Bukan lah duit semata-mata bila kita hidup ini. Okay, tak reti buat ayat yang best.

3. Manicure set. Haha. Ramai yang tak ada dalam beg alat ni. Saya bawak sebab dalam tu ada gunting kecil, pengepit kuku, dan macam2 la. Ada 6 barang kecil yg ringan.

4. Pen. Sebab kadang-kadang tiba-tiba ada mamat mintak no. phone ke. Haha. Gurau. Pen ni penting sebab kadang-kadang ada benda yang kita perlu tulis secara kecemasan kan. Kertas tak payah bawa tak pe, sebab boleh tulis kat tangan. Dan yang penting, pastikan pen tu ada dakwat oke.

5. Sapu tangan. Sebab saya ni mudah selesema dan sangat sensitive bila ada habuk atau terlalu sejuk. Jadinya sapu tangan adalah benda paling penting yang saya perlu bawa kalau keluar pergi mana-mana.

6. Pad.

7. Compact powder. Saya guna silky girl. Sangat suka. Hehe. Mungkin sebab sesuai kot. Compact powder pakej dengan cermin, jadi memang sesuai la untuk tengok penampilan kita walau bila masa pun.

8. Lipbalm & Gincu. Benda ni saya bawa dan akan touch up bila ke tandas supaya muka tak nampak pucat.

9. Hand Sanitizer. Saya guna Dettol. Kalau lepas pakai sanitizer akan rasa macam oh! Bersih sudah tanganku. Walaupun kita sendiri tak dapat tahu ada tak kuman kat tangan tapi atleast kita usaha kan.

10. Matric Card. Saya seorang student of course saya bawa sebab mana tau pegi tengok wayang dapat la murah sikit padahal jarang sangat saya tengok wayang. Ehehe.

11. Kunci pendua. Sebab ada kepentingan ketika kecemasan. Kita kan tak tahu bila kecemasan tu akan berlaku kan.

12. Kamera. Hah. Ni saya bawa jugak sebab mana tau akan guna untuk snap gambar-gambar yang boleh menggamit memori. Nape saya guna ayat yang tak leh blah ni.


Tu je kot. For your information, beg tangan saya tak besar pun, kecik je. Tapi percayalah, semua barang kat atas saya bawa. Tak berat pun sebab pastikan material beg tangan anda ringan je. Hehe. Tak pe walaupun orang kate beg tangan korang poket doremon, atleast nanti barang-barang tu semua berguna untuk korang. Percayalah.

Selain itu, barang-barang dalam beg tangan korang mungkin dapat eratkan hubungan silaturrahim. Sebab contoh: “Ida bawa tak pengepit kuku? Nak potong kuku ni. Panjang da.” Ayat-ayat yang biasa saya dengar semasa keluar dating. Hey. JAngan tak tahu, benda simple macam tu dapat rapatkan hubungan. Oke. Haha.

Okaylah. Nak tengok tv plak ni. Jumpa lagi. Assalamualaikum. (^^)

No comments: