.A STORY.: Perempuan Ini Dan Hati Dia.
BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »
online photo effects

Sunday, March 18, 2012

Perempuan Ini Dan Hati Dia.

Assalamualaikum wbt. 

Hari ni penat yang amat. Bercampur baur dengan keadaan demam. Bercampur baur dengan test 2 hari lagi. Bercampur baur dengan rotation. Terima kasih hati sebab masih mampu bersabar.


Bukan perkara itu (penat, lelah, sabar, test, rotation) yang aku nak luahkan. Tapi aku nak bagitau special kat seorang ni. Yup. Kalau yang lain bace rasa nak loya ke hape aku tak kisah pun. Sebab aku nak bagitau sifat lelaki yg aku suka dulu dan kini berbeza.

Sebab sekarang:

1. Aku suka lelaki yang tak pernah mengaibkan aku. Tak memalukan aku depan-depan orang lain. Tak pernah malu bila bawak aku jumpa dengan kawan-kawan dia. Walaupun aku sedar aku ni terlalu banyak kekurangan.

2. Aku suka lelaki ini. Yang walaupun selangkah je jarak nak redahi hujan, die tunggu aku redah sama-sama dan tetap jugak cuba lindung aku daripada kena hujan walaupun xda payung.

3. Lelaki ini, yang selalu bersabar dengan aku walaupun aku selalu mintak dia datang even aku hanya selesema sikit sejauh 45 minit naik motor, redahi hujan.

4. Lelaki ini yang selalu marah aku sebab perkara-perkara yang aku buat yang kadang-kadang terukkan diri aku sendiri.

5. Dan lelaki ini, yang tak pernah perasan atau tinggi diri sikit pun, selalu mencuba jadi yang terbaik untuk aku walaupun dia sedar dia nakal.


Dan dia seorang lelaki yang selalu berbincang tentang masa depan. Masa depan bukan untuk kami berdua sahaja, tetapi masa depan keluarga dia dan keluarga aku juga.


Seorang abang yang sangat mementingkan adik-adiknya, seorang adik yang selalu membantu, dan seorang anak yang menjadi harapan keluarga.


Terima kasih sebab hadir dalam hidup ini. Banyak bagi nasihat tentang macam-macam. Banyak sabarkan aku dalam setiap perkara. Banyak berkongsi segala perkara yang aku tak mampu kongsi dengan orang lain. Semoga berkekalan dengan dirinya.


 


No comments: